0.8

693 89 25
                                    

"Aduh! Chim! Kau pergi la cafe dulu ehh. Tiba-tiba la pulak perut aku memulas." Kata Taehyung sambil berkerutkan mukanya.

"Okey la. Lain kali, makan la elok-elok. Jangan makanan yang dah tamat tempoh pun kau bedal jugak." Taehyung tersengih. Lantas dia berlari ke tandas. Jimin menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Taehyung.

Jimin berjalan ke cafe. Selepas dia membeli makanan, dia duduk di sebuah meja yang agak jauh daripada pelajar yang lain.

Dia pun makan makanannya. Sesekali dia melihat sekeliling. Tengok sama ada Taehyung datang atau tak.

"Hoi budak miskin." Suapan Jimin terhenti. Dia memandang orang yang memanggilnya. Dia terkaku.

"Dah kenapa senyap? Sebab kau la, kitorang kena tengking dengan Taehyung tau tak? Kau memang tak sedar diri kan?" Ujar pelajar namja tu. Jimin menundukkan mukanya.

"Kalau aku tengah cakap, pandang aku! Bukan pandang kasut kau yang kotor tu!" Jerkah pelajar namja tersebut. Badan Jimin terhinjut akibat terkejut. Perlahan-lahan dia memandang pelajar namja tu.

"Menyampah la pulak aku tengok kau lama-lama. Guys, kerjakan dia!" Jerit pelajar namja tu. Serentak dengan tu, semua pelajar yang ada di kantin membaling makanan kepada Jimin.

Ada yang baling makanan dan minuman yang masih lagi panas ke arah Jimin. Ada jugak yang baling sisa makanan ke arahnya. Jimin sedaya upaya untuk menghalang serangan dari mereka semua.

"Kau tak layak nak bersekolah dekat sini!"

"Sekolah ni hanya untuk anak orang kaya macam kitorang!"

"Kau pembawa sial!"

"Dah la miskin!"

"YAH!!! GEUMANHAE!!!" Semua pelajar berhenti apabila mendengar jeritan tersebut. Mereka semua memandang ke arah orang yang menjerit tadi. Kim Taehyung.

Taehyung berjalan ke arah Jimin yang mengaduh kesakitan apabila terkena makanan yang panas. Dia berasa geram lalu memandang semua pelajar yang ada di cafe.

"Kalau korang dah tak nak kawan dengan dia, perlu ke korang kutuk dia?! Buli dia?!" Dada Taehyung turun naik.

"Korang ingat, korang kaya sangat ke?! Kaya sikit dah berlagak. Korang jangan bangga sangat yang korang tu anak orang kaya. Satu hari nanti, kebahagiaan korang tu akan lesap. Baru padan muka." Sambung Taehyung. Dia menolong Jimin bangun lalu keluar dari cafe.

•••

"Sakit la! Biar aku buat sendiri la!" Jimin merampas bungkusan ice dari tangan Taehyung lalu meletakkan di tempat yang melecur dengan berhati-hati. Taehyung duduk di sebelah Jimin.

"Tae.. aku pelik la."

"Apa yang pelik?" Taehyung memandang Jimin.

"Kenapa kau nak kawan dengan aku? Aku kan miskin. Tak macam kau." Jimin menundukkan kepalanya.

"Dah aku memang nak kawan dengan kau. Lagipun, miskin ke.. kaya ke.. sama je." Ujar Taehyung.

"Lagipun, aku ikhlas berkawan dengan kau. Memang la dulu aku ada kawan jugak. Kitorang rapat gila. Tapi dia tikam belakang aku." Sambung Taehyung. Suara dia mula mengendur. Jimin memandang Taehyung.

"Mianhae. Aku teringatkan kau dekat chingu lama kau pulak." Taehyung tersenyum nipis.

"Gwaenchana. Namja yang cakap kau perosak pemandangan dia, tu la chingu lama aku." Jimin mengangguk faham.

•••

Ahjussi Lee membawa Taehyung dan Jimin ke satu tempat. Dah banyak kali Jimin bertanya kepada Taehyung yang mereka hendak ke mana. Tapi Taehyung hanya mendiam diri. Jimin putus asa dan hanya mengikut.

Jimin semakin pelik apabila kereta yang di pandu Ahjussi Lee masuk ke kawasan mall. Dia memandang Taehyung. Taehyung hanya menayangkan muka selamba.

Siap Ahjussi Lee parking kereta, terus Taehyung keluar dari kereta. Jimin cepat-cepat keluar dari kereta untuk mengejar Taehyung.

"Yah Tae. Kita nak buat apa pergi sini?" Jimin menyoal.

"Buat apa lagi? Beli barang la. Jom." Taehyung memaut leher Jimin lalu mereka berdua masuk ke dalam mall.

"Kau nak beli phone baru ke?" Soal Jimin apabila mereka berdua masuk ke dalam kedai phone. Taehyung diam dan mula melihat phone.

"Excuse me, saya nak phone Iphone 6+ dengan Oppo R9s." Ujar Taehyung. Penjual tersebut mengangguk faham lalu mengambil phone tersebut. Jimin hanya mendiamkan dirinya.

"Here." Penjual tu meletakkan phone di atas meja. Taehyung membelek phone tersebut.

"Okey. Saya beli. Saya nak beli sekali dengan simkard and memory card. Charger phone sekali." Taehyung meletakkan phone tersebut. Penjual tu mengambil phone dan masukkan ke dalam kotak.

"Nak simkard apa and nak memory card berapa GB?" Soal penjual tersebut.

"Saya tak kisah. Tapi saya nak memory card yang paling besar dekat sini." Terang Taehyung. Penjual tu mengangguk faham.

"Kenapa kau beli sampai 2 phone? Untuk dongsaeng kau ke?" Soal Jimin. Taehyung menggeleng.

"Tak la. Untuk kau dengan eomma." Selamba Taehyung berkata. Jimin membuntangkan matanya.

"Tak payah la Tae. Membazir duit kau je. Lagipun aku dengan eomma mana la tau nak guna benda alah tu." Terang Jimin.

"Kalau kau, aku tak percaya. Sebab kau pelajar yang cemerlang dekat sekolah. Mesti kau cepat tangkap. Lain la eomma. Nanti aku ajar la." Kata Taehyung. Jimin hanya mendiamkan diri.

Taehyung berdiri lalu pergi ke tempat gantung casing banyak-banyak. Dia mengambil beberapa casing phone Iphone 6+ dengan Oppo R9s.

"Yah Chim! Sini kejap!" Jimin pun pergi ke arah Taehyung.

"Ni untuk phone kau. Kau pilih la mana satu yang cantik. Aku pilihkan untuk eomma." Jimin hanya menurut lalu melihat casing-casing tersebut.

"Aku ambik yang ni." Kata Jimin. Taehyung melihat casing tersebut.

"Okey la tu. Aku pun berminat dengan casing tu. Kalau eomma, yang ni boleh?" Taehyung menunjukkan casing tersebut. Jimin mengangguk. Lalu, mereka berdua pergi ke tempat tadi.

"Ni barang-barang encik." Penjual tu menolak beg kertas ke arah Taehyung. Taehyung dengan Jimin meletakkan casing ke dalam beg kertas tersebut.

"Okey. Berapa?" Soal Taehyung. Penjual tersebut menyatakan harga barang-barang tadi dan Taehyung menghulurkan card creditnya kepada penjual tersebut.

Siap apa semua, penjual tersebut menghulurkan card credit Taehyung kembali.

"Kamsahamnida. Sila datang lagi."

"Jom." Taehyung dan Jimin keluar dari kedai tersebut sekaligus terus keluar dari mall. Mereka masuk ke dalam kereta.

"Ahjussi, malam ni saya nak tidur dekat rumah Jimin. Kalau mama dengan papa tanya, ahjussi tolong coverkan Tae ehh." Taehyung tersengih.

"Okey. Nanti ahjussi tolong coverkan Taehyung." Ahjussi Lee mula memandu.

"Yeay!! Gomawo ahjussi!" Jimin hanya tersenyum melihat gelagat Taehyung.

Comel.

[C] best friend | vmin.Where stories live. Discover now