Bab 3

52 0 0
                                    

3A FARIZAN

Kuching.

Setelah habis melepak dengan mamat tadi, aku berjalan-jalan sebentar di sekitar waterfront seorang diri. Mamat tadi masih lagi lepak bersama kawan-kawannya. Mujur kawannya tu yang memang orang sini belanja makan tadi. Tapi rasa tak sedap hati plak bila orang dah belanja makan dan kau blah merayau seorang diri.

Sebatang rokok dikeluarkan. Aku bakar rokok itu sambil menghembuskan asap di udara. Sambil berjalan, aku berfikir di mana boleh aku jejaki Normala. Oh Normala. Cinta hatiku yang takkan pernah luput. Aku tak pernah dapat lupakan kau Normala. Dah serupa gila talak aku rasa waktu ni walaupun aku tak pernah bernikah.

Limpahan lampu neon warna ungu yang bertukar-tukar menjadi warna jingga dan kemudiannya menjadi warna hijau menerangi tempat ini. Sambil tu aku lihat ke arah sungai. Ada beberapa orang menggunakan perkhidmatan penambang (ini apa yang diterangkan oleh kawan mamat tadi tu) untuk menyeberang sungai ini. Dikatakan penambang ini adakalanya hanya berumah di dalam sampannya saja.

Bayarannya cuma 50 sen untuk ke seberang. Tapi kawan mamat tadi kata bayar je seringgit. Bagi saguhati kat dorang ni. Punca rezeki para penambang ni hanya bergantung pada berapa ramai yang nak menggunakan perkhidmatan mereka.

Di seberang sungai sana pula ternampak dengan jelas bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang megah berdiri di depan Sungai Sarawak. Tak berapa jauh dari dewan tu terletaknya Fort Margherita yang dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke. Kubu yang diberikan nama sempena nama isteri Brooke sendiri iaitu Margaret Alice Lili de Windt. Dibina bagi menangkis serangan lanun. Aku pun terus berjalan sambil ditegur oleh para peniaga yang masih sibuk berniaga di sepanjang waterfront ini.

Asap rokok aku tarik dalam-dalam. Haih, kusutnya kepala ni fikir pasal perempuan! Kenapalah aku tak boleh je lupakan Normala tu. Ramai lagi pompuan lain dok ada. Tapi apakan daya, makin aku nak lupakan dia, makin kuat ingatan aku kat dia. Ini sungguh celaka. Mungkin benar apa yang aku baca mengenai psikologi. Selagi kau mahu lupakan sesuatu perkara itu, semakin kuat ia bermain di dalam fikiran kau.

Aku pun terus berjalan lagi menuju ke hujung. Kelihatan ada bangunan bersejarah yang sedang dalam proses baik pulih. Bangunan itu adalah Square tower. Bangunan tinggalan keluarga Brooke di Sarawak. Berfungsi sebagai kubu yang menjaga dari sebarang ancaman dari arah sungai sama seperti Fort Margherita. Dibina pada tahun 1879. Masih kelihatan juga simbol yang mewakili keluarga Brooke terletak di bangunan ini. Dikatakan juga bangunan ini pernah digunakan sebagai penjara.

Tapi sekarang sedang melalui proses penambahbaikan. Namun begitu, kafe yang terletak di dalam bangunan ini masih dibuka untuk orang melepak. Tapi aku tak mau lepak. Aku mau terus berjalan saja di sekitar ini. Jam pun sudah pukul 10. Orang dah tak berapa ramai pada waktu ni.

Aku pun berjalan kembali ke arah aku datang tadi. Kembali ke bahagian waterfront mengadap ke Jalan Main Bazaar. Tiba-tiba aku ditarik oleh seseorang ke tepi. Dia keluarkan pisau lipat dan diacukan ke arah aku. Fuck!

Malam pertama aku di Sarawak, aku dirompak. Kerana fikirkan keselamatan, aku berikan saja wang aku kepada dia. Tapi kelihatannya dia tak berpuas hati dengan jumlah wang yang aku berikan. Terus dia meraba-raba aku lagi. Aku harap dia tak terjumpa sejumlah wang yang aku sorok kat spender aku ni.

Setelah puas meraba dia pun berlalu pergi dari situ. Aku berasa lega juga kerana dia tak menjumpai sejumlah wang yang aku sorok tu. Kiranya ada beberapa tempat aku sorokkan wang aku. Ada sikit di spender yang aku modified, di dalam kasut dan di celah tali pinggang.

Memikirkan aku baru saja dirompak, ada baiknya aku pulang saja ke hostel. Tak selamat pulak aku rasa berjalan seorang diri waktu malam ni.

****

GerekWhere stories live. Discover now