Bab 1

73 0 4
                                    

1A: Farizan

Kuching.

Jam 3 petang, aku tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sebagai orang Semenanjung yang datang ke sini, tempoh visa 90 hari diberikan. Boleh tunjuk guna IC kat imigresen atau guna passport. Terpulang. Aku pakai IC je dan diberikan sekeping kertas visa sebesar resit untuk disimpan. Jangan hilang sudah.

Aku ke sini tanpa sebarang perancangan yang teratur. Apa yang aku tau, aku nak mencari Normala dan kalau boleh mendapatkannya kembali. Dari apa yang aku bersembang dengan seorang budak perempuan yang belajar kat UNIMAS, khabarnya takde bas awam dari airport untuk ke pusat bandar Kuching. Ada pun jauh. Yang ada cuma teksi.

Pening pulak kepala sebab ni kali pertama aku mengembara kat satu tempat asing seorang diri. Aku pun melilau di dalam lapangan terbang. Dalam kepala otak aku fikir cuma satu. Mesti cari Normala sampai dapat. Ke hulu, ke hilir dan kemudian aku pun membuat keputusan untuk ke kaunter tiket teksi. Dari apa yang aku research last minit untuk tempat tinggal, aku tertarik dengan satu hostel di Jalan Wayang. Aku pun beli tiket teksi ke situ dan harganya RM23.

Pelik jugak kenapa takde bas awam kat lapangan terbang. Bukan selalu patutnya kena ada ke. Bila tanya, memang dah lama takde perkhidmatan bas awam kat sini. Aku pun malas nak fikir pasal tu, terus aku naik teksi.

Sebaik aku naik teksi, hujan pun mula turun. Aku pun melayan perasaan di dalam teksi sambil memikirkan perancangan untuk menjejaki Normala. Aku turun ke Kuching pun kerana aku stalk Facebook dia yang dia sedang berada di Kuching. Bukan main seronok lagi dia. Tak tau ke aku tengah merana.

Pak cik Cina yang bawak teksi ni cuba bersembang dengan aku. Tak pakai bahasa Sarawak pun. Tapi pakai bahasa Melayu pasar campur Cina sikit. Aku angguk je kepala. Sekali-sekala tanya soalan yang konon-konon nak buat borak.

"Sekarang ni selalu hujan ke uncle?"

"Kadang-kadang woo.."

Kemudian suasana kembali senyap.

"Apa bikin sini?"

"Saja jalan-jalanla uncle. First time datang Sarawak."

"Ooooo...." Balas uncle tu sambil korek hidung.

Hujan masih turun. Perjalanan dari airport ke Jalan Wayang bergerak dengan lancar. Aku perhatikan pemandangan sekeliling yang ternyata asing buat aku. Takde beza sangat pun dengan bandar di Semenanjung tapi tetap juga terasa kelainannya berada di sini. Kemajuan masih berlaku di Sarawak. Selama ni aku ingatkan mundur je Sarawak ni tapi ternyata jangkaan aku meleset.

Selama ni pun aku sebagai orang Semenanjung memang merasakan Sarawak ni macam tempat pedalaman je. Kalau ikutkan ingat ibu negeri Sarawak ni macam pekan-pekan je. Rupanya tidak.

Beberapa minit kemudian, aku pun sampai ke Jalan Wayang. Jalan Wayang ni berhampiran dengan Waterfront Kuching, tempat lepak sekitar sini berhampiran dengan Sungai Sarawak. Dekat jugak dengan Chinatown Kuching. Kira dalam kawasan Chinatown aku duduk ni. Depan sikit dari hostel ni ada Muzium Cina. Aku ambik backpack aku dan berjalan menuju ke kaunter. Ada dalam tiga orang yang sedang lepak kat kaunter. Dua makwe dan seorang lagi lelaki. Semua mereka melirik senyuman sebaik saja aku menghampiri mereka.

"Hai, ada kosong lagi tak?" tanya aku kepada seorang makwe yang jaga depan tu. Banyak basikal kat depan hostel ni. Hostel ni jugak berfungsi sebagai travel agency nampak gayanya.

"Ada. Nak private ke mix dorm?" tanya dia.

"Dormlah."

"Ok, ada."

GerekWhere stories live. Discover now