Bab 6

58 1 0
                                    

6A FARIZAN

Kuching.

Puas sudah aku berpusing dalam mall ni, tapi hasilnya kurang memberansangkan. Aku terus menatap Facebook Normala untuk mendapatkan idea. Selalunya minah ni rajin update status atau check-in kat mana-mana. Tapi sejak dengan mamat tu, dia dah kurang. Takat upload gambar je, tu pun kadang-kadang. Ke dia tau yang aku nak stalk dia. Siallah!

Dah dekat dua jam aku pusing-pusing. Buang masa betul aku kat tempat ni. Dahlah kat KL sana belambak shopping mall. Ni apahallah aku datang jauh-jauh sampai Kuching tapi lepak mall gak. Ini tak boleh jadi. Ini semua penangan Normala.

Mungkin bunyinya aku seperti terlalu obses dengan Normala. Tapi aku percaya apa yang aku percaya. Aku nak jumpa dia supaya aku boleh mendengar penjelasan dia. Dia tinggalkan aku macam tu je. Pakai mesej kat Facebook dan kemudian terus tukar nombor telefon. Pada aku, ini sungguh tak adil untuk aku. Aku tak suka sekadar membaca penjelasan dia kat Facebook. Aku mahu dengar dari mulut dia sendiri dan menyatakan apa yang aku rasa.

Lalu aku pun terus berjalan keluar dari Plaza Merdeka ni. Kemudian aku ternampak seorang peniaga menjual aiskrim gula apong. Tengah-tengah panas ni sedap kalau pekena aiskrim gula apong. Selalu juga dengar-dengar orang kata kalau pergi Sarawak, pekenalah aiskrim gula apong. Aku pun singgah beli aiskrim gula apong.

Semangkuk kecil RM3, besar RM5. Topingnya dibubuh kacang. Memang sedap. Ada rasa macam pakai gula Melaka. Mungkin sama la kot tapi kat sini panggil gula apong. Aku pun tak pasti. Takde sapa untuk jadi guide aku pada waktu ni. Aku sebat je aiskrim ni dan nikmatinya sambil menghisap rokok.

Kemudian aku pun terus berjalan lagi. Berjumpa lagi dengan tempat yang aku kena pau semalam. Trauma plak aku tengok tempat ni. Mungkin salah aku sendiri gak sebab berjalan sorang-sorang masa malam. Kawan aku pernah cakap gak, kat Kuching ni lagi-lagi area waterfront ni tak digalakkan jalan sorang-sorang. Kalau ramai-ramai selamat lagi. Asalkan lebih dari sorang. Tapi nak buat macam mana. Malang tu boleh jadi kat mana-mana. Kemalangan pun boleh berlaku kat rumah sendiri.

Aku pun berjalan di tepi Sungai Sarawak ni. Sambil-sambil tu aku mengambil beberapa foto untuk dibuat kenangan. Suasana tengah cantik ni. Cuaca cerah menyerlahkan lagi kecantikan foto yang diambil ni. Kemudian aku tengok ke seberang. Rasa macam nak ke seberang. Aku pun dekati orang yang digelar penambang ni.

Upah RM1 diberikan untuk membawa aku ke seberang. Kecik je sampan dia. Terdapat juga beberapa orang lain yang turut nak merasa naik penambang ni. Bolehlah muat dekat 8 orang dalam ni. Sambil menyeberang, sempat juga aku ambil foto lagi. Nikmati pemandangan. Terlupa sekejap pasal Normala. Ok, sekarang ni dah teringat pulak pasal Normala.

Sampai di seberang, kelihatan seperti satu keadaan yang berbeza. Lebih banyak rumah-rumah kayu kampung kelihatan di seberang sini. Di sini ada dijual kek lapis Sarawak dengan bermacam pilihan. Ada banyak warna sampai aku pun tak tau nak beli ke tak. Bukan aku tak pernah makan kek lapis Sarawak ni tapi tempat ni aku tengok macam femes je. Ramai pulak orang beli kek lapis Sarawak kat sini.

Sudah bosan berjalan di kawasan sini, aku pun kembali menyeberang dengan penambang. Sampai di seberang sana aku pun mahu melintas jalan. Terdapat banyak muzium juga di sekitar sini. Buat peminat muzium, bolehlah datang tengok kat sini. Ada Muzium Sarawak, Muzium Cina, Muzium Islam dengan muzium apa entah lagi.

PIN! PIN!

Sebuah kereta Viva warna putih hon terhadap aku ketika nak melintas jalan. Aku patah balik tak jadi melintas. Kereta tu ke depan sikit dan turunkan tingkap.

"Mauk gi siney?" Azril rupanya. Kawan mamat yang aku lupa nak tanya namanya tu.

"Huh? Padia tu?" aku kebingunan dengan pertanyaan dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 16, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GerekWhere stories live. Discover now