5A FARIZAN
Kuching.
Dua orang makwe orang putih tu baru je bangun tidur ketika aku keluar dari dorm. Mereka ajak aku bersarapan bersama tapi aku khabarkan aku dah bersarapan. Kini aku mahu keluar bersiar-siar di kala hari yang cerah ini.
Mungkin aku boleh je nak lupakan pasal Normala jika aku melepak dengan dua orang makwe orang putih ni. Sekurang-kurangnya dapatlah aku peneman di kala sedang bersedih. Tapi apakan daya, aku ni hanya seorang loser. Aku cuma nak dapatkan balik Normala. Tak habis-habis dengan Normala.
Aku diumpamakan sudah taksub dengan kelibat Normala. Takde sehari pun dalam diri aku berlalu tanpa aku stalk Facebook dia sejak dia pergi meninggalkan aku bersama lelaki tu. Harapnya ia tak membuatkan aku gila walaupun mungkin ada orang akan kata aku sudah gila bayang dengan dia.
Hari yang terang ni aku berjalan-jalan saja. Merayau tanpa hala-tuju. Sedang berjalan tu, aku melalui kawasan kedai di Chinatown Kuching ini. Kelihatan semua sudah mula membuat urusan masing-masing.
Lalu di kawasan kedai makan Cina, aku lihat ramai orang sedang melepak. Malah orang Melayu juga ramai sedang menjamu selera di kedai makan Cina ni. Halal ke tak tempat makan diorang ni? Aku pun tak tau. Tapi selamba je orang Melayu kat Sarawak ni makan kat sini.
Kalau di Semenanjung mesti persoalan halal atau tak akan bermain di fikiran orang Melayu Islam di Malaysia. Tapi kat Kuching ni, aku tengok dorang seperti takde pun nak berfikirkan hal tu. Bila aku tengokkan harga di kedai-kedai makan Cina ni, boleh kata murah-murah juga berbanding dengan kedai-kedai makan yang banyak ada kat waterfront sana tu.
Dan aku pun berjalan lagi sampailah ke kawasan Padang Merdeka. Kelihatan sebuah shopping mall di sini. Tertera nama Plaza Merdeka Mall. Mungkin aku boleh masuk ke sini. Lagipun Normala memang suka pergi ke shopping mall. Aku dah masak sangat dengan perangai dia. Normala memang pantang berjumpa dengan mall. Bila jumpa, mesti dia nak masuk. Dia punya ketagihan adalah membeli-belah dan aku pula adalah nikotin.
Hhhhffffffffffffff.......
Sebatang rokok dibakar di depan pintu masuk mall. Aku mahu menikmati nikotin dulu sebelum masuk ke dalam pusat pemujaan era baru ini. Dari luar aku tengok ada ramai orang sedang beratur panjang di sebuah kedai dalam ni. Tertanya-tanya juga aku? Kedai apa tu. Ke ada model telefon baru keluar yang sampai semua orang kat sini sanggup beratur panjang.
Aku tak pedulikan semua tu. Aku teruskan merokok. Beberapa orang lain juga turut merokok. Ramai juga orang pagi ni. Terfikir juga aku yang hari ni hari Sabtu. Mungkin sebab tu ramai. Tapi lepas tu aku terfikir jugak yang hari Sabtu, bukan selalunya ramai orang bangun lambat ke sebab dah berapa hari sibuk bekerja. Ke itu hari Ahad. Entahlah. Aku ni kerja tiap-tiap hari dulu masa perniagaan nasi lemak kukus aku masih hidup.
Puntung rokok aku pijak di atas lantai dan kemudian berjalan masuk ke dalam mall. Harapnya aku dapat bertemu dengan kau di sini wahai Normala. Bukanlah satu idea yang bagus untuk aku sebenarnya untuk berkunjung ke mall di kala kau datang dari satu tempat yang jauh. Tapi untuk mencari Normala, aku tak kisah. Ini itinerari aku, bukan kau.
5B NORMALA
Kuching.
Panasnya hari ni. Berpeluh pulak aku berjalan kaki nak menuju ke Plaza Merdeka Mall. Tapi kat sini pun ada mall jugak. Lagi dekat dengan hotel. Tapi takkan aku nak dok terperuk kat area dekat dengan hotel je. Tak kira berjalanlah. Jauh-jauh datang tapi tak bersiar di kawasan sekitar.
Sambil berjalan ni, aku juga ditegur oleh van-van sapu yang melalui di sepanjang jalan ini. Van sapu ni berfungsi sebagai pengangkutan awam alternatif kepada teksi dan juga bas. Harga lebih murah berbanding teksi namun masih mahal berbanding bas. Tapi aku malas nak naik. Dah lama tak berjalan. Mungkin lebih baik berjalan sekurang-kurangnya bolehlah keluar peluh. Bersenam pun dah berapa lama tak buat.
Sekali-sekala aku menyinggah di kedai-kedai kraftangan yang banyak terdapat di kawasan rumah kedai ini. Banyak juga baju-baju dan seluar yang cantik. Jadi rambang mata nak pilih. Aku tertarik dengan seluar-seluarnya yang aku lihat macam sedap untuk dibuat seluar tidur. Lalu aku beli dalam tiga helai.
Terasa agak janggal juga kat sini sebab aku tak berapa faham bahasa Sarawak. Adakala aku mahu cuba tawar-menawar tapi terbantut kerana terpana dengan perkataan yang keluar dari mulut mereka. Mungkin kalau aku dapat berbahasa Sarawak, dapatlah aku membeli dengan harga yang lebih murah.
***
Aku pun sampai ke Plaza Merdeka. Ramai orang hari ni. Aku tengok kat satu kedai ni, ramai plak orang dok beratur. Kedai H&M. Baru je nak masuk sini tapi macam tak jadi je tengok ramai lagi yang beratur. Ada apa yang sampai semua beratur ni. Dah macam butik mahal ni. Kalau kat luar H&M ni apalah sangat pun. Tapi takpe aku boleh jalan-jalan kat tempat lain.
Sedang aku window shopping tu, ada seorang wanita terlanggar bahu aku.
"Ops, sorry."
"Takpe, it's ok."
"Eh, Normala kan?" tanya wanita tu.
"Err.. ye.." aku tercengang cuba ingat sapa dia ni.
"Eh, you dah tak ingat I ke? Anne. Dulu study sama kat UiTM Shah Alam. Kita satu kelas jugak masa diploma kat UiTM Samarahan." Terangnya lagi. Ok baru aku ingat Anne. Kami sama-sama ambik jurusan Pengurusan Pejabat. Tapi aku takdelah rapat sangat dengan Anne ni dulu. Dalam kelas pun tegur-tegur macam tu je. Rasa janggal pula bila jumpa balik.
"You buat apa sekarang?" tanya Anne.
"Kerja biasa je. Kerani am."
"Seriouslah. Takkan belajar tinggi-tinggi lepas tu kerja kerani am je?"
"Susahlah cari kerja. Mana I dapat, I ambik je." Terang aku. Memang ramai yang bertanya kat aku kenapa memilih untuk kerja sebagai kerani walhal pendidikan aku ni sampai peringkat sarjana.
Aku pun tak tau macam mana nak cakap. Tapi yang pasti, lepas aku habis belajar, aku masih tak dapat kerja mengikut kelulusan aku hampir dua tahun. Dan kerana tu juga aku sapu je apa kerja yang ada. Yang pakai SPM pun aku tak kisah. Dah dapat kerja kerani tu, aku ambil saja dan takde lagi tawaran kerja lain.
"You plak, kerja apa? Eh, you memang orang Sarawak ke?"
"I sekarang tak kerja. I bukan orang Sarawak pun. Tapi suami I kerja offshore kat Bintulu. But now, I kat Kuching because nak pergi kenduri kahwin kawan I esok." Khabar Anne. Aku angguk je. Perasaan janggal kembali menguasai diri. Tiba-tiba berborak macam rapat gila masa belajar sama-sama dulu.
"So apa plan you ni?"
"Nahh... just window shopping I think. Haha."
"Hahaha.. jom lah ikut I."
"Pergi mana?"
"Hmmm... you suka kucing tak?"
"Suka. Kenapa tiba-tiba keluar topik kucing ni? Haha."
"I nak pergi muzium kucing. Nak join? Bosan takde teman. Lagipun lama kita tak jumpa kan. Dulu kat KL susah betul nak jumpa. Ni tiba-tiba boleh jumpa plak kat Kuching. Jauh tu. Haha!"
"Hahaha! Bolehlah. I pun takde apa nak buat. Ni pun tak tau kenapa datang kat mall ni."
"Dah, jom ikut I. Lagipun buat apa datang jauh-jauh takat pergi mall je. Sama je semua mall. Pusing-pusing barang sama kat KL jugak."
Lalu aku pun pergi mengikuti Anne untuk ke muzium kucing. Entah apa jadahlah aku nak buat kat muzium kucing. Selama ni aku pun tak pernah pergi ke mana-mana muzium. Inikan pulak muzium kucing. Memang aku suka kucing tapi entah kenapa, aku ikutkan saja Anne untuk ke muzium kucing. Tapi takpelah. Lagipun aku bukan ada apa-apa nak buat hari ni.
YOU ARE READING
Gerek
RomanceFarizan merupakan seorang peniaga nasi lemak kukus. Dulu perniagaannya sangat laku ketika nasi lemak kukus menjadi tarikan kepada semua orang di Malaysia. Gerainya sentiasa penuh dikunjungi orang ramai. Farizan juga mempunyai seorang makwe cun berna...