11

41 3 0
                                    

"Islam itu terdiri dari lima perkara.

Pertama, syahadah. Syahadah ialah pengakuan. Mengaku dan percaya bahawa hanya Allah tuhan yang layak disembah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Assyhaduan lailaha illallah wa assyhaduanna muhammadan rasulullah

Kedua, solat lima waktu sehari semalam.

Ketiga, menunaikan zakat apabila cukup haulnya.

Keempat, puasa di bulan Ramadan.

Kelima, menunaikan haji di Baitullah."

Terasa berat. Keputusan yang bukan main-main. Mampukah aku menggalasnya? Mengabdikan diri sepenuhnya dalam agama ini?

"Islam itu indah. Islam itu mudah. Islam tidak pernah memberatkan penganutnya. Setiap ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda, tetapi bukan ganjaran yang kita kejar. Kita mengejar keredaan Allah. Cinta Allah. Cinta yang hakiki. Kerana Dia yang mencipta kita, yang Maha Pemurah memberikan kita peluang untuk hidup sekali lagi di dunia ini. Memberikan kita oksigen untuk bernafas secara percuma tanpa perlu dibayar. Memberikan kita peluang untuk menikmati kemanisan iman. Maka, apa lagi alasan kita untuk kufur perintah-Nya dan tidak tunduk dengan kekuasaan-Nya?"

Aku semakin tertarik dan percaya dengan agama ini.

Bukan lagi kerana Ainil Hawa.

Kali ini kerana manisnya bercinta dengan Maha Pemberi Cinta.

The GiftWhere stories live. Discover now