Manusia asalnya daripada kisah cinta Adam dan Hawa. Setiap Adam ditakdirkan dengan Hawanya. Itulah namanya jodoh. Rahsia Allah yang tiada siapa pun tahu.
Ini bukan kisah Adam dan Hawa. Ini kisah Ainil Hawa dan Jaeden.
"Assalamualaikum."
Dia tergamam seketika. "'Alaikum salam." Perlahan dia menjawab.
"Nak ambil order buku hari tu ke?"
"Oh, ya. Ha, dah sampai ke?"
"Sudah, sudah. Kejap, saya ambil kat belakang."
Seketika kemudian aku kembali dengan kotak besar di tangan.
"Oh, berat tu, takpe ke you angkat seorang?"
"Tak apa, saya kan lelaki. Kuat tau." Aku bercanda. Kotak diletak lalu tangan pantas menyediakan resit pembelian.
"Hi, sweetie!" Aku menegur seorang kanak-kanak perempuan.
"Say hi to uncle."
"Hi."
I smiled. I hand her a lollipop. "For you my dear. Siapa ni? Adik you? Comel je."
"Eh, tak. Ini anak saya."
Senyuman pudar. Tangan yang sedang menulis terhenti.
'Ini anak saya.'
I tried to smile.
"Saya hantar ke kereta ya?"
"Oh, tak menyusahkan ke?"
"Boleh, boleh." Aku mengangkat kotak itu ke but keretanya.
"Terima kasih Jade. Say goodbye to uncle."
"Bye, uncle!"
"Haiyya, jangan panggil uncle ma. I muda lagi tau! Bye bye sweetie."
Axia meluncur pergi.
'Ini anak saya.'
YOU ARE READING
The Gift
Short StoryPertemuan dengan Ainil Hawa pada mulanya merimaskannya. Tetapi siapa sangka, senyuman manisnya memaksa Jaeden meluahkan hasrat hati semasa Valentine Day. Menginjak dewasa, Jaeden semakin matang dan sibuk mengurus bisnes keluarga. Sekali lagi, setela...