Jangan cinta setinggi langit,
Kerana langit akan runtuh.Jangan cinta sedalam lautan,
Kerana lautan akan surut.Jangan cinta seluas alam,
Kerana alam akan binasa.Tetapi bercinta kerana Ilahi,
Sesungguhnya Dia kekal abadi.
"Sudah lama ustaz perhatikan kamu. Kalau dah suka, berterus terang jelah. Jangan simpan. Nanti dikebas orang."
Sudah kali kedua ustaz mengulang ayat yang sama.
"Tapi, ustaz. Saya kena lupakan cinta ini."
"Kenapa?"
"Sebab dia dah berpunya. Tak baik kan ustaz, kalau mencintai hak orang."
"Kita sedang bercakap tentang orang yang sama kan?"
Kening aku bertaut. "Huh? Ustaz cakap pasal siapa?"
"Ainil Hawa."
Setiap kali nama itu disebut, rama-rama hatiku bagai ditembak jatuh. Macam mana nak lupakan dia kalau macam ni?
"Dia bagi saya seorang yang sangat berpegang pada agama. Dia sangat suka belajar. Rajin ke perpustakaan. Sentiasa mencari ilmu baharu kerana baginya, semakin banyak ilmu yang seseorang itu miliki, semakin banyak yang dia tidak tahu. Saya sejujurnya sangat kagum dengannya. Dia seorang wanita yang sangat tabah. Dia diuji pada usia yang sangat muda, ketika baru nak mengenal erti cinta."
Aku membetulkan sila. Semakin tertarik dengan cerita ustaz.
"Pada usia setahun jagung perkahwinannya dengan lelaki yang dicintai, suaminya kemalangan, dilanggar lori. Menurut cerita orang, arwah nak selamatkan seorang anak kecil yang melintas. Tetapi, mungkin sudah tertulis ajalnya, arwah meninggal di tempat kejadian.
Ainil Hawa, dia tenang saat dikhabarkan berita ini. Tiada setitis pun air mata yang tumpah saat mencium dahi arwah buat kali terakhir. Tapi, Tuhan saja yang tahu, mungkin di sebalik dirinya yang kuat yang ditonjolkan kepada orang, hatinya rapuh. Apa pun, dia juga seorang wanita. Wanita yang Allah ciptakan lemah. Nasib baik ada ibu bapanya yang sentiasa di sampingnya."
Arwah? Selama ni, aku salah sangka lah?
"Arwah meninggalkan Hawa dengan zuriatnya yang baru berusia tiga bulan dalam kandungan. Si kecil Maisarah tak pernah nampak wajah ayahnya. Hawa tabah membesarkan anaknya seorang diri tanpa suami di sisi. Dialah mak, dialah ayah. Bagi Maisarah, Hawa adalah segala-galanya."
"Dia tak kahwin lagi lepas tu?"
"Cinta Hawa hanya untuk suaminya Adam Hafiz. Dah banyak pinangan orang ditolak. Yang kaya, yang alim, yang berpangkat, yang ada rupa, semua dia tolak. Dia takut bakal suaminya tidak dapat menerima dan menyayangi Maisarah."
"Oh..."
So, that was the story behind the angel Ainil Hawa. She hid her misery behind her beautiful smile.
"Mungkin Hawa akan terbuka hati untuk menerima kamu. Siapa tahu?"
Yea, who knows our destiny? At least try. And don't forget, pray.
YOU ARE READING
The Gift
Short StoryPertemuan dengan Ainil Hawa pada mulanya merimaskannya. Tetapi siapa sangka, senyuman manisnya memaksa Jaeden meluahkan hasrat hati semasa Valentine Day. Menginjak dewasa, Jaeden semakin matang dan sibuk mengurus bisnes keluarga. Sekali lagi, setela...