"Wuduk merupakan syarat sah solat. Tanpa wuduk, solat tidak sah dan tidak diterima oleh Allah, maka sia-sialah ibadah kita. Ayuh, ustaz ajarkan cara-cara berwuduk. Kita ke bilik wuduk dulu."
Aku membuntuti langkah Ustaz Amin. Ketika sedang menyarung selipar untuk ke bilik wuduk, terdengar satu suara yang sangat kukenali.
"Hawa! Sampai pun. Ingat tak jadi datang tadi."
"Maaflah, Pak Ngah. Ada hal sikit tadi, tu yang lambat sikit."
Pak Ngah? Ustaz Amin and Ainil Hawa?
"Oh, kenalkan, ini anak saudara saya, Ainil Hawa. Dia guru mengaji di masjid ini, ajar budak-budak ngaji. Hawa, ini saudara baru kita, Jaeden."
Dia tersenyum kepadaku.
Aku mengangguk dan membalas senyumannya.
"Pak Ngah, saya pergi dulu ya."
Aku melihat langkahnya pergi. Sayang, dia sudah berpunya.
Ustaz Amin menyiku aku, menyedarkan aku dari lamunan.
"Kenapa kamu tengok dia macam tu? Jatuh cinta pandang pertama?"
"Eh, tak adalah ustaz!" Dia isteri orang, ustaz!
"Kalau dah berkenan, cepat-cepat masuk meminang. Nanti kena kebas orang, menganga kamu!"
Huh?
YOU ARE READING
The Gift
Short StoryPertemuan dengan Ainil Hawa pada mulanya merimaskannya. Tetapi siapa sangka, senyuman manisnya memaksa Jaeden meluahkan hasrat hati semasa Valentine Day. Menginjak dewasa, Jaeden semakin matang dan sibuk mengurus bisnes keluarga. Sekali lagi, setela...