Sirih junjung jadi tradisi,
Sejak zaman nenek moyang lagi,
Kehadiran kami niatnya murni,
Izinkan kami bermadah lagi.Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Teruna kami berhajat besar,
Merisik khabar si bidadari.Cik Siti riang menyanyi,
Sambil menyiram pokok di laman,
Hajat kami moga dirai,
Mahu menyunting bunga di taman."Amboi, amboi, amboi... ustaz... hebat berpantun. Tapi maaflah, saya ni tak pandai sangat bab-bab ni. Kita straight to the point jelah ya."
"Long, tak payah nak berustaz dengan sayalah, ya. Jadi, macam mana? Hawa tu, belum ada yang merisik kan?"
"Setakat ni, tiada lagi lah. Kalau orangnya baik bagi Angah untuk Hawa, maka kami suami isteri setuju je. Cumanya kena tanya tuan punya badan sebab yang nak kahwinnya dia. Tapi, macam yang kamu tahu apa yang jadi sebelum ni..."
"Kami faham."
"Jadinya, Long harap kamu tak menaruh harapan yang tinggi. Long bukannya apa, takut nanti kecewa dengan keputusan Hawa. Kamu pun faham kan dia macam mana."
"Tak apa, saya faham. Insyaallah, kami terima segala keputusannya dengan baik. Semoga Allah memberikan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak."
Mereka berbisik. Umi bangun dan masuk ke bilik.
"Hawa."
"Umi."
"Kan umi dah kata. Mereka datang nak pinang kamu."
"Siapa pula kali ni umi? Cakap jelah, tak ada jodoh antara kami. Hawa tolak."
"Aishh... kamu ni. Belum kenal lagi siapa orangnya, dah tolak."
"Cinta Hawa hanya untuk abang Adam. Cinta sampai mati, umi. Hawa tak pernah terfikir nak menduakan cinta abang Adam."
"Hawa... termasuk kali ni, dah lima pinangan kamu tolak. Hawa jangan macam ni. Hawa kena fikirkan juga masa depan Maisarah. Takkan kamu nak besarkan dia seorang diri, tanpa kasih sayang seorang ayah?"
"Umi, Hawa boleh bagi kasih sayang lebih dari seorang ayah. Selama ni hidup kami bahagia je. Dibuatnya bakal suami Hawa nanti tak terima Maisarah macam mana?"
"Hawa kena fikir positif. Buka hati untuk terima orang lain demi Maisarah. Sampai bila Hawa nak macam ni sedangkan Hawa masih muda? Ramai yang berkehendakkan Hawa? Terimalah kali ni, Hawa. Dia lelaki yang baik. Anak murid Pak Ngah kamu juga. Hawa kena terima hakikat Adam dah tak ada. Kamu kena reda dengan ketentuan Ilahi."
"Hawa reda, umi. Hawa reda dengan pemergian abang Adam."
"Kalau Hawa reda, Hawa takkan jadi macam ni!"
"...."
"Hawa, umi sayang Hawa. Umi faham tentu sukar untuk Hawa lupakan Adam. Umi nak yang terbaik untuk Hawa. Terimalah pinangan kali ni, Hawa. Fikirkanlah masa depan Maisarah, yang juga perlukan kasih sayang seorang ayah. Sekarang dia kecil lagi, dia tak tahu apa erti kasih, apa itu cinta. Nanti bila dah besar, dia cari ayah dia, Hawa. Buka hati kamu untuk belajar mencintai orang yang mencintai kamu."
Umi menepuk bahu Hawa. "Hargai orang yang mencintai kamu supaya kamu tak menyesal nanti."
Umi bangkit mahu beredar.
"Umi... siapa namanya?"
"Muhammad Adam."
YOU ARE READING
The Gift
Short StoryPertemuan dengan Ainil Hawa pada mulanya merimaskannya. Tetapi siapa sangka, senyuman manisnya memaksa Jaeden meluahkan hasrat hati semasa Valentine Day. Menginjak dewasa, Jaeden semakin matang dan sibuk mengurus bisnes keluarga. Sekali lagi, setela...