"Kalau dah berkenan sangat, masuk minanglah bro!"
Aku terdiam.
"Mana boleh."
"Siapa pula kali ni?"
"Siapa lagi."
"Ustazah tu? Duh, bro! Cinta sejati betul la kau ni! Move on la, kau kata dia dah kahwin."
Aku meraup rambut ke belakang. "Susah. I cannot forget her. I love her since primary school kau tahu!"
"Dari darjah satu... aku suka kamu...." Amin ni tak pernah nak serius!
"Kau ni sure ke dia tu dah kahwin?"
Aku terdiam. Betul ke dia dah kahwin? Entah. Tapi dia dah ada anak. Kalau tak kahwin macam mana nak ada anak kan? Tapi aku tak pernah pula dapat kad kahwin dia. Yalah, dia kan dah lama pindah, kau ni pun. Tak kan dia nak jemput kau pergi majlis kahwin dia, kau tu siapa pada dia?
"Ni aku nak pesan sikit, jodoh itu di tangan tuhan. Kita tak tahu siapa jodoh kita sebenarnya. Even kita dah kahwin sekalipun, kita masih tak tahu isteri kita tu jodoh kita atau tidak. Jadi sebagai manusia, kita cuma kena berusaha dan berdoa agar Allah jodohkan kita dengan orang yang kita cintai. Doa itu, senjata kita yang paling utama. Ingat tu."
Ya, kena usaha.
YOU ARE READING
The Gift
Short StoryPertemuan dengan Ainil Hawa pada mulanya merimaskannya. Tetapi siapa sangka, senyuman manisnya memaksa Jaeden meluahkan hasrat hati semasa Valentine Day. Menginjak dewasa, Jaeden semakin matang dan sibuk mengurus bisnes keluarga. Sekali lagi, setela...