BAB 1 :MARAH

2.5K 105 7
                                    

Adush! Sekolah dah nak bermula. Tinggal dua minggu sahaja lagi. Beg dan buku sekolah pun belum aku beli lagi. Cukup benci aku menghadiri sekolah. Seronok apabila waktu pendidikan jasmani sahaja dan juga waktu rehat.Sudah penat aku menjadi *'most wanted student'* setiap tahun. Bukan sebab disiplin aku dikagumi, Ini sebabkan aku yang sangat nakal dan jahat. Sudah pula tahun ini aku bakal menduduki peperiksaan amat penting iaitu SPM!

"Iris Danisya!" jerit ibuku Iris Dahlia penuh kuat. Panggilan maut itu aku sahut dengan "Ye mama".

"Aku mengkuak pintu bilik tidur dan melangkah keluar menuju ruang tamu.

"Whatsup mama! Bro!" Aku mengangkat tanganku ala-ala artis hip - hop.

"Iris! Berapa kali mama nak cakap? Jangan pakai baju lelaki? Kamu tu perempuan Iris! Kalau nak keluar hari ini pergi tukar baju!" Keluarga aku tidak kaya. Rumah pun rumah kampung sahaja. Ibuku risau melihat perangaiku persis lelaki. Dia sudah ada dua anak teruna. Buat apa lagi dia perlu menambah bala dengan seorang anak lagi seperti aku?

"Tengok *tomboy* ni! Baju kita pula dia sambar!" kata abang pertamaku Ikram Danial.

"Tu jaket tu macam kenal ja?" kata abang Ilham pula. Aku menarik senyum.

"Ini jaket kau lah beruk!" aku mengusutkan rambut abang keduaku. Dalam banyak- banyak benda? Dia paling tidak suka orang mengacau rambutnya.

"Dah Iris tak payah keluar"marah ibuku dan mula aku naik meroyan.

"Serabut ah korang ni! Suka hati Danish la nak pakai apa pun!" kataku lalu pantas mencapai helmet di atas rak kasut. Kunci motorsikal abangku di ambil.

"Iris letak balik kunci motor abang!"jerit abang Ilham tak ingat dunia. Aku ketawa terkekeh-kekeh.

"Okay bye!" kataku menjelir lidah dan melangkah pantas melarikan diri.

****************************

*M*otorsikal milik abangku diberhentikan di hadapan rumah salah satu sahabat baikku Mariyya Melissa.

"Lissa! Ummi tak izinkan awak keluar dengan budak tomboy tu"jerit Datin Maghribatul Melissa. Aku terkejut dek kata-kata ibu sahabat baikku ini.

"Beb sorry! Aku rasa aku tak boleh ikut kau" kata Melissa mengigit bibirnya. Aku berdengus geram.

"Baru ingat nak ajak kau lepak! Mak kau dah meroyan. Kenapa mak kau tak kasi kau keluar dengan aku?" soalku pelik dengan semua manusia yang tidak pernah memahami perspektif orang lain.

"Cuba tengok diri kau! Mana Iris Danisya yang mummy aku kenal dulu? Kau dah berubah Iris! Daripada Iris seorang gadis comel ke seorang pengkid bernama DANISH! Apa lagi sebab yang kau nak untuk mak aku tak bagi aku berkawan dengan kau? Asal keluar ja masyarakat pandang serong. Luaran nampaknya kau macam jantan! Orang yang kenal tahulah kau perempuan...Yang tak tahu? Kau tak kesian kat mak kau ke? Berubah lah beb..." hujah panjangnya membuat telingaku bingit. Aku cukup tidak suka orang mempersoalkan penampilanku. Aku tidak pernah menegur sesiapa! Tetapi mengapa orang sibukkan hal aku?

"Okay lah! Lagi lama aku duduk sini lagi banyak kau ceramah! Gerak lu,pape rodger!" kataku mula menunggang motorsikal kesayangan abangku. Tiba- tiba air mata jatuh berderai. Aku berasa sayu melihat diriku. Mungkin aku bahagia, tetapi adakah orang di sekelilingku bahagia?

"Paaaapppppppppp"

Aku terjaga daripada perasaan sedihku. Motorsikal abangku yang ku tunggang baru sahaja melanggar sebuah kereta BMW.

"Apa aku nak buat ni!" aku panik. Seorang lelaki keluar dari perut kereta tersebut. Dia memakai kemeja berlengan panjang berwarna hitam. Lengan kemejanya dinyingsing ke siku. Dikenakan dengan jeans dan kasut berjenama Bonia. Aku ternganga melihat keindahan di hadapan aku.

"Bapak punya handsome..." aku terus melarikan diri sebelum dia menghampiri aku. Mahu tak naya? Mati aku jikalau disuruh bayar. Mesti abangku marah jikalau mendapat tahu ada insiden seperti ini yang berlaku. Cepat- cepat aku meluncurkan motorsikalku ke rumah.


Hye Guys! Sila vote dan komen ye ! Bab 1 maybe boring tapi jangan lupa baca ye semua .

Lots of love ,
Mizz3

Cikgu? Jom Kahwin!Where stories live. Discover now