Prolog

85 3 6
                                    

      Hujan renyai-renyai hanya memecah keheningan malam. Tersergam cantik sebuah rumah yang terletak jauh dari bandar. Bayangan seorang lelaki dapat dilihat dari tingkap rumahnya. Malam yang sunyi hanya dipenuhi bunyi dari kaca televisyen. Ternyata kesunyian memenuhi ruang dirinya.

      Sesekali matanya mengerling ke arah skrin telefon. Mungkin tertunggu-tunggu panggilan atau mesej dari orang tercinta. Wajahnya hanya dihiasi senyuman yang kelat. Tentunya sedih tiada siapa yang menemannya malam itu. Sedang khusyuk menukar siaran televisyen , bunyi pintu dikuak jelas kedengaran.

      Lelaki tersebut segera memaling ke arah pintu rumahnya. Tertanya-tanya siapa empunya tubuh di hadapan pintu rumahnya. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke pintu hanya dilihatnya gadis rupawan yang merupakan teman wanitanya sedang berpelukan bersama lelaki yang lain.

      Hati bagai mahu terbakar akibat kemarahan yang membuak-buak dalam diri. Lelaki tersebut hanya mendengus lalu mengheret teman wanitanya masuk ke dalam rumahnya sebaik sahaja kereta empunya lelaki yang baru sahaja berpelukan bersamanya berlalu pergi.

      Gadis rupawan itu cuba meloloskan diri daripada cengkaman kuat lelaki tersebut akibat kesakitan yang menguasai pergelangan tangannya. Kerana marah , ditolaknya kasar gadis rupawan itu ke dinding. Gadis tersebut memegang kepalanya yang sudah berdarah disebabkan hentakan yang kuat tadi.

      Lelaki itu menghampiri gadis rupawan itu membuatkannya menggigil ketakutan. Rambut ikal mayang gadis itu ditariknya membuatkan gadis tersebut menjerit kecil.

      "Awak! L-lepaskan s..s-saya..." Rayu gadis tersebut dengan tangisan yang membasahi pipinya. Namun segala rayuannya langsung tidak diendahkan oleh lelaki tersebut.

      "Lepaskan kau? Hei perempuan! Kau fikir aku tak tahu ke selama ni kau tikam belakang aku?! Kau datang jumpa aku , merayu-rayu nak duit....lepastu kau habiskan dengan lelaki buncit kat luar tadi tu?!" Pekik lelaki tersebut sambil menguatkan tarikan rambut gadis tersebut.

      Gadis tersebut hanya merintih ketakutan. Tubuhnya yang dibaluti baju yang mencolok mata hanya menggigil ketakutan. Lelaki tersebut hanya merenung gadis tersebut sebelum tangannya mengusap-usap kepala gadis tersebut dengan lembut.

      Gadis itu mengundur ke belakang hanya untuk cuba meloloskan diri daripada cengkaman lelaki tadi. "Jangan pegang s...s-saya..." Ujar gadis itu.

      Tanpa disedari gadis tersebut , lelaki tadi hanya tersenyum sinis. Ditolaknya kasar kepala gadis tersebut. Rasa puas hati belum mencukupi dalam diri. Gadis itu merayu untuk dilepaskan namun lelaki tersebut hanya mengheret gadis tersebut ke dapur dengan menarik kasar rambut gadis tersebut.

      "Tolonglah! Tolonglah lepaskan s-saya! Saya janji tak akan curang dengan awak! Tolonglah...." Rayu gadis itu lagi. Namun segala-galanya sudahpun terlambat. Lelaki tersebut mencapai pisau lalu memandang wajah gadis itu dengan reaksi muka yang kosong.

      "Awak...awak letak balik pisau tu...s-saya tau awak seorang pemaaf..." Ujar gadis itu terketar-ketar. Lelaki itu hanya menayangkan reaksi muka yang kosong sahaja lalu meletakkan pisaunya di bawah tengkuk gadis tersebut.

      Pisau ditarik meninggalkan garis yang panjang pada leher gadis itu. Jeritan nyaring bergema di ruang dapur. Percikan darah memancut keluar dari leher gadis tersebut hanya direnung lelaki itu. Darah yang terpercik pada mukanya hanya dikesat dengan selamba. Lelaki itu tersenyum puas. Pisau di tangan hanya dimainnya.

      Saat tubuh gadis tersebut rebah ke tanah , lelaki itu hanya tertawa seorang diri dan darah yang mengalir menjadi bukti pembunuhan kejam berlaku buat kali pertama.

     

Tanpa Noktah Tanpa Sudah (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now