Julianna hanya memandu kereta milik Farah dengan tenang sekali. Fikirannya terganggu dengan imej lelaki misteri yang dijumpainya tadi. Sedang khusyuk dia berfikir , bahunya ditepuk oleh seseorang di sebelah tempat duduk penumpang. Dia hanya menjeling ke arah sebelahnya memandangkan dia sedang memandu kereta.
"Kenapa Nia?" Tanyanya penuh tenang. "Anna macam berkelakuan lain je. Ada apa-apa berlaku ke tadi?" Tanyanya pada Julianna. Julianna hanya menggelengkan kepala lalu memandu semula dengan fokus. Seusai masa berlalu , akhirnya tibalah mereka di bangunan yang merupakan tempat kerja mereka.
Julianna yang baru sahaja mengunci kereta hanya menunggu Farah yang sibuk membetulkan sandal nya. "Jom , kita pergi ke makmal forensik sekarang." Ujar Farah sebelum berlalu masuk ke dalam bangunan tersebut meninggalkan Julianna di belakang. "Eh? Tunggulah." Ujarnya sambil berlari anak ke arah Farah.
Butang lif ditekannya lalu lif terbuka. Tingkat G ditekan sebelum pintu lif mula tertutup rapat. Julianna hanya berdiam diri. Entah mengapa terasa lama pula nak sampai ke tingkat G. Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu aplikasi Wattpad dibukanya. Cerita Bumbung kepunyaan author 'CafeaNyan' dibukanya.
Dibacanya bab seterusnya cerita tersebut. Lamanya nak sampai tingkat G , monolognya dalam hati. Sesekali dia menjeling ke arah Farah yang turut sibuk bermain dengan telefon bimbitnya juga. Senyuman di bibir terus terukir memandangkan satu idea hadir di fikirannya.
"Nia , buat apa tu?" Tanya Julianna tanpa memaling ke arahnya. Dari sudut kirinya dapat lihat Farah sedang memandangnya dengan pipi yang sedikit merah. "C-cuma mesej kawan." Katanya sedikit gagap. Dalam hati , Julianna sudah mencuba untuk menahan ketawa melihat gelagat Farah pada waktu itu.
"Yeke? Kawan ke? Bukan Khairul?" Kata Julianna terus membuatkan Farah merah padam. Kepalanya disembamkan pada dinding lif cuba untuk menghilangkan rasa malunya. "Mana adalah , Anna." Katanya masih menyembamkan muka pada dinding lif. Julianna hanya tertawa kecil melihat karenah Farah seperti budak-budak itu.
Akhirnya , tibalah mereka di tingkat G. Lif terbuka lalu mereka melangkah keluar. Masing-masing menyimpan telefon bimbit semula ke dalam beg tangan. Coat putih yang disediakan disarung lalu Farah mengiringi Julianna ke pejabat milik Zack. Pintu pejabat di hadapan mereka dibuka menampakkan Zack sedang sibuk meneliti beberapa helaian kertas.
"Eh? Farah , Cik Julianna. Masuklah. Silakan duduk." Pelawa Zack. Mereka berdua melangkah masuk lalu duduk berhadapan Zack. "Jadi , Abang Zack dah periksa mayat mangsa ke?" Tanya Farah. "Dah. Nampaknya kes ni berat." Ujar Zack. Julianna hanya mengangkat sebelah keningnya. "Kenapa abang Zack cakap macam tu?" Tanya Julianna pula.
"Berdasarkan keadaan mayat , mangsa sudah mati lebih 48 jam. Yang peliknya kat sini , ada torehan pisau pada leher mangsa yang agak dalam." Kata-kata Zack menarik perhatian Julianna untuk mendengar. Kertas di atas mejanya diambil lalu diselak. Sesekali telinganya peka mendengar segala apa yang diperkatakan oleh Zack.
"Kepala mangsa ada tiga kesan hentakan. Macam kena hentak kat dinding..." Belum habis Zack berbicara , tiba-tiba sahaja Farah memotong percakapannya. "Eh?! Tapi kan abang Zack , hari sebelum Cik Julianna tiba ke sini , seluruh dinding gudang lama tu saya periksa tak ada apa-apa kesan darah atau hentakan pun." Kata-kata Farah pula turut menarik perhatian Julianna pada waktu itu.
Julianna hanya mencatat segala apa yang diperkatakan oleh Farah dan Zack. Sedikit sebanyak dapat merungkai misteri kes gadis bernama Erica. "Dua hentakan berdekatan dengan telinganya dan hentakan terakhir di mana dia terhentak kuat." Ujarnya lagi.
"Kejap. Abang Zack dengan Nia periksa tak dekat gudang tu ada apa-apa tangga yang boleh menunjukkan Erica ni mati kena campak dari atas? Sebab tak logik kalau penjenayah hentak kepala dia banyak kali sampai berdarah kan?" Kata-kata Julianna hanya diangguk oleh mereka. "Tak apalah. Nanti saya dengan Nia pergi balik ke gudang untuk periksa." Katanya lagi.
"Ada apa-apa lagi kesan pada badan mangsa?" Tanya Julianna. "Apa yang saya tau , ada beberapa kesan lebam pada pergelangan tangan dan kaki mangsa." Julianna hanya mencatat segala yang diterangkan oleh Zack. "Kalau macam tu kami minta diri dulu ya , Abang Zack." Kata Farah sebelum mengajak Julianna keluar dari pejabatnya.
Sebelum sempat mereka keluar , Zack menteriak nama Julianna secara tiba-tiba. "Cik Julianna! Ada sesuatu lagi yang belum saya bagitahu." Ujarnya. Julianna mematikan langkah sebelum berpaling ke arah Zack semula.
"Pada baju mangsa ada satu pin. Daripada research yang saya dapat dari Khai , pin tu dari kelab sukarelawan kolej Erica. Saya rasa mesti ada kawan-kawannya yang tahu apa yang terjadi dengan Erica sebelum-sebelum ni." Kata-kata Zack menambahkan lagi kerumitan kes tersebut.
Julianna hanya menganggukkan kepala sebelum mengucapkan terima kasih kepada Zack. Kunci kereta terus dikeluarkan lalu butang unlock ditekan. Segera Farah dan Julianna melangkah masuk untuk ke gudang lama itu semula. Dalam fikirannya , ligat berfikir tentang gadis , Erica ini. Padanya dia hairan. Bagaimana Erica boleh ada tiga hentakan pada kepala?
Dia hanya menggelengkan kepala untuk memfokus semula. Kereta dipandu sedikit laju. Firasat hatinya berkata bahawa gudang lama itu bukan tempat kematian sebenar gadis bernama Erica ini. "Nia. Waktu periksa mayat Erica ni , ada jumpa handphone atau dompet dia tak? Tanya Julianna.
"Tak. Gadis ni mati tanpa apa-apa barang di sampingnya." Kata-kata Farah membuatkan Julianna hairan lagi. Pelik. Gadis zaman sekarang termasuklah aku takkan pernah nak tinggal benda penting macam handphone atau dompet. Tapi kenapa Erica tiada bawa apa-apa dengan dia? , bisiknya dalam hati.
Dia kembali menumpukan perhatian terhadap memandu ke gudang lama itu semula sambil terfikir-fikir bagaimana kejadian sebenar kematian gadis bernama Erica ini.
YOU ARE READING
Tanpa Noktah Tanpa Sudah (DISCONTINUED)
Mistério / Suspense"Jenayah yang paling berbahaya , ialah jenayah dalam percintaan" ------------------------------------------------------------------------------ Cinta bagaikan pertarungan. Pertarungan yang mengadili sama ada siapa yang bakal menang dan siapa yang ba...