"Baik , semua boleh bersurai. Ini fail kes untuk Cik Julianna. Saya harap Cik Julianna boleh bantu kami selesaikan kes ini." Ujar Encik Khairi. "Baiklah. Saya akan cuba yang terbaik." Kata Julianna sebelum melangkah keluar dari pejabat Encik Khairi diikuti dengan yang lain.
Sedang khusyuk Julianna menyelak satu persatu helaian kertas di dalam fail yang diberi oleh Encik Khairi tadi , bahunya dicuit membuatkannya berpaling ke arah kanannya. "Oh. Farah. Ada apa ya?" Tanya Julianna saat melihat Farah berada di sebelahnya. "Saya nak tanya sesuatu boleh?" Ujar Farah sambil bermain-main dengan jarinya.
Julianna hanya merenungnya seketika sebelum mengukirkan senyuman. "Nak tanya apa?" Katanya semula. Baru sahaja Farah mahu membuka mulut , tiba-tiba sahaja Khairul lalu di sebelahnya lalu memotong percakapannya. "Eleh kau. Buat-buat comel. Fikir kau comel ke buat cam gitu? Cakap je lah." Kata Khairul sebelum berlalu pergi dari situ.
Jantung Farah seakan-akan berhenti berdegup saat mendengar Khairul berkata begitu. Tangannya digenggam menjadi penumbuk. Farah mencuba sedaya upaya menahan kemarahannya yang membuak-buak dalam diri. "Eh sibuklah kau , Khairul!" Jerit Farah sambil menunjukkan penumbuknya pada Khairul.
Khairul hanya tersenyum sinis lalu menjelirkan lidah ke arahnya. Farah hanya menjelingnya sebelum kembali bercakap dengan Julianna. "Apa yang saya nak kata tad..." Sekali lagi percakapannya dipotong tetapi bukan oleh Khairul , oleh Julianna sendiri. "Awak dengan Khairul ni ada apa-apa ke? Macam rapat je. Macam pinang dibelah dua." Kata-kata Julianna tadi terus membuatkan wajah Farah membahang.
Kedua-dua telapak tangannya mula menekup wajahnya yang merah bak saga. "Mana adalah Cik Julianna ni....saya je menyampah dengan Khairul tu." Kata Farah sambil mengibas-ngibas wajahnya hanya untuk mengurangkan kebahangan wajahnya. "Yelah tu menyampah. Jangan benci lama-lama , nanti bertukar jadi suka baru tau." Ujar Julianna sambil tertawa kecil.
Ish aku kena bahanlah pula , bebel Farah dalam hati. "Whatever lah. Cik Julianna dah ada tempat tinggal sementara ke?" Tanya Farah masih mengibas-ngibas wajahnya yang merah. Ya juga , aku tak ada rumah lagi nak duduk sementara , bisiknya dalam hati. "Cik Julianna?" Farah melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Julianna membuatkan Julianna tersedar daripada lamunannya.
"Ha? Apa yang awak cakap tadi?" Tanya Julianna semula. "Cik Julianna dah ada tempat tinggal sementara ke?" Tanya Farah sekali lagi. Cik Julianna hanya tersenyum kelat sebelum menggelengkan kepalanya. Lengan milik Julianna tiba-tiba sahaja dipeluk oleh Farah membuatkan Julianna memaling ke arahnya.
Farah ni macam budak-budak , seronok siapa dapat dia as a wife , omelnya dalam hati. Julianna hanya memandang mata Farah yang seakan-akan bersinaran seperti kelipan bintang. "Kenapa ni Farah?" Tanyanya sedikit hairan. "Saya ada idea!" Kata Farah dalam nada yang teruja. "Idea apa?" Tanya Julianna lagi.
"Apa kata Cik Julianna tumpang rumah saya?! Mesti seronok!!!" Jeritan kecil Farah membuatkan Julianna tertawa tanpa pengetahuannya. "Ha-ha okay okay" Mendengar jawapan Julianna membuatkannya tersenyum kegembiraan lantas lengan Julianna ditariknya. "Eh eh kita nak pergi mana?" Tanya Julianna.
Namun pertanyaannya tidak dihiraukan oleh Farah sebaliknya Farah menjerit memanggil nama seseorang. "Khairul!" Jeritnya dengan lantang. Mujur tiada sesiapa di dalam tempat kerja. Semuanya sudah pergi makan tengah hari. "Apa dia , Farah?" Kata Khairul yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka berdua.
"Tolong hantar aku dengan Cik Julianna pergi rumah aku boleh?" Katanya sambil mengelipkan matanya beberapa kali. Khairul hanya berdecit. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain secara tiba-tiba. "Yelah yelah." Kata Khairul sambil menyeluk poket kirinya.
"Yeah! Jom , Cik Julianna." Ujar Farah sambil menarik-narik lengannya. "Eh eh perlahan lah sikit Farah oi." Kata Julianna mencuba untuk berlari seiring dengan Farah. Kereta Myvi milik Khairul mula berbunyi lalu pintu dibuka sebelum memasuki perut kereta tersebut.
Khairul hanya menggelengkan kepala. Hm macam budak-budak lah Farah ni. Budak-budak pun masih nampak comel dia tu, bisiknya dalam hati. Entah macam mana senyuman tiba-tiba diukirkannya. Lamunannya mati sebaik sahaja mendengar jeritan oleh Farah. "Khairul cepatlah! Tersenyum-senyum macam kerang busuk tu dah kenapa." Mendengar kata-kata Farah terus membuatkan senyumannya mati.
Spoil mood , bebelnya dalam hati sebelum mengorakkan langkah ke arah tempat duduk pemandu. Enjin dihidupkan lalu kereta pun mula bergerak. Perjalanan ke sana hanya sunyi dan sepi sahaja. Dari jarak jauh dapat dilihatnya deretan rumah teres di situ. Mungkin dekat sini kot rumah Farah , monolog Julianna.
Setelah 20 minit memandu , akhirnya tiba di rumah milik Cik Farah Danialle. Rumah teres setingkat milik Farah ditatapnya seketika. Hm okaylah. Tak besar dan tak kecil. Saiz yang sesuai , monolog Julianna dalam hati. Beg-beg milik Julianna dibawa keluar dari bonet kereta oleh Khairul. Julianna hanya mengucapkan terima kasih sebelum menggapai beg galasnya dan menarik beg rodanya ke arah pintu hadapan rumah Farah.
Kunci dipulas pada pintu. Pintu dikuak besar menampakkan ruang tamu yang sungguh luas. Julianna menanggalkan kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Eh. Farah tak bagitahu mana satu bilik aku. Baik aku tanya , omelnya dalam hati. Begnya diletak tepi lalu dia berjalan ke pintu hadapan.
Namun langkahnya mati sebaik melihat cerekarama antara Farah dan Khairul. Jadi dia bercadang untuk tidak mengganggu lalu berjalan masuk ke dalam rumah itu semula.
✡✡✡
Melihat Julianna masuk ke dalam , Farah mengambil peluang untuk berterima kasih kepada Khairul. Mereka berdua merenung satu sama lain. Masing-masing melayan perasaan sendiri. "Ok lah , aku balik dulu." Kata Khairul lalu mengangkat tangan kirinya sekadar melambai.
Secara tiba-tiba , kaki Farah automatik bergerak ke arah Khairul. Lengan bajunya ditarik sedikit menyebabkan Khairul mematikan langkah. Khairul memaling ke arahnya lalu mengangkat sebelah keningnya. "Ya?" Katanya penuh hairan.
Perlahan-lahan Farah menurunkan tangannya. Entah macam mana dia boleh bertindak sedemikian. Farah hanya bermain-main dengan jarinya. Tercari-cari apa yang mahu dicakapkan. "Terima kasih , Khairul." Akhirnya dia bersuara setelah sekian 1 minit mendiamkan diri.
Khairul terkesima dengan senyuman yang diukirkan oleh Farah. Jantungnya seakan-akan berdegup laju bak angin yang kencang. Perlahanlah sikit jantung. Banyak sangat kau guna minyak eh apa aku merepek ni , monolognya dalam hati. Kepalanya digeleng-geleng untuk kembali ke realiti.
"Eh. Tak apalah. Lagipun akukan selalu tumpangkan kau ke tempat kerja. Taklah menyusahkan pun." Kata Khairul sambil mengusap-usap belakang lehernya. Muka Farah terus membahang melihat wajah Khairul yang kelihatan comel? Arghhhhhh stop it Farah , monolognya dalam hati.
Kepalanya dipegang lalu digelengnya berulang kali. Khairul hanya memandangnya dengan pelik. Apa benda dia tengah buat tu? , bisiknya dalam hati. "Oklah aku balik dulu. Assalamualaikum." Katanya sebelum mengorakkan langkah ke arah tempat duduk pemandu. Pintunya dibuka sebelum dirinya masuk ke dalam perut kereta.
Baru sahaja dia mahu masuk ke dalam kereta , dia mematikan langkahnya. Dia kembali memandang wajah Farah. "Nanti aku mesej kau bila aku dah sampai rumah. Aku tau kau risaukan aku. Cakap jelah." Katanya dengan selamba. Wajah Farah terus membahang mendengar kata-katanya. "Mana adalah!" Bentaknya.
Khairul hanya tertawa sebelum kembali memasuki keretanya. Pintu ditutup sebelum enjin dihidupkan. Dia memandang ke arah Farah sekali lagi. Tangan kanannya diangkat lalu melambai kecil ke arah Farah. Farah yang tersentak dengan perbuatannya perlahan-perlahan mengangkat tangannya untuk membalas lambaian.
Akhirnya , kereta milik Khairul meninggalkan pekarangan rumahnya. Farah hanya tersenyum kecil melihat keretanya berlalu pergi. Waalaikumsalam , Khairul , omelnya dalam hati sebelum mengorakkan langkah ke arah pintu rumahnya.
YOU ARE READING
Tanpa Noktah Tanpa Sudah (DISCONTINUED)
Mystery / Thriller"Jenayah yang paling berbahaya , ialah jenayah dalam percintaan" ------------------------------------------------------------------------------ Cinta bagaikan pertarungan. Pertarungan yang mengadili sama ada siapa yang bakal menang dan siapa yang ba...