Beg dijinjing kemas. Kini , berdirinya Julianna di hadapan pintu gerbang masuk di International Airport of United Kingdom. Jam di pergelangan tangannya ditatap seketika. Lagi beberapa minit je sebelum panggilan terakhir untuk flight berlepas , omelnya dalam hati.
Dipandang ke kiri dan ke kanan seakan-akan mencari sesuatu. Langsung tiada kelibat sesiapa yang dikenalinya di situ. Julianna hanya mengeluh. Tak apalah tunggu sekejap je boleh kot , bisiknya dalam hati. Ditolehnya ke kiri dan kanan lagi. Tiada kelibat yang ditunggu-tunggunya itu.
"This is the last boarding for UK45 to Malaysia. Please stand by at the boarding gate as soon as possible. I repeat , this is the last call," suara yang keluar dari pembesar suara tersebut mula memecah gegendang telinganya. Julianna hanya mengeluh. Nampaknya ayah memang tak boleh datang , bisiknya dalam hati. Beg galasnya disangkut pada sebelah bahu manakala beg rodanya mula ditarik ke boarding gate yang diarahkan.
Baru sahaja Julianna mahu berlalu pergi , didengarinya suara seseorang menyerunya. "Anna!" Mendengar suara tersebut membuatkan Julianna terus berpaling ke arah suara. Matanya terbuntang melihat kelibat ayahnya di hadapan matanya. "A-ayah...." Bisiknya pada diri sendiri. Tanpa dia sedari , badan kecilnya sudah dipeluk erat oleh ayahnya.
"Jaga diri tau. Jangan rindukan ayah." Pelukan dieratkan lagi. Julianna yang hanya terkaku mencuba untuk menahan airmatanya daripada gugur. Perlahan-lahan tangannya memeluk semula ayahnya. "I will. Ayah pun jaga diri juga." Katanya sebelum melepaskan pelukan.
Tangannya terus menggenggam pemegang beg rodanya lalu berlalu pergi meninggalkan ayahnya. Langkahnya mati secara tiba-tiba. Julianna menoleh ke arahnya lalu melambai ke arah ayahnya dengan senyuman di bibir. Ayahnya membalas lambaiannya membuatkan Julianna terus berpaling ke hadapan.
Airmatanya akhirnya gugur jua. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Ini kali pertama aku akan berjauhan dengan ayah , omelnya dalam hati. Julianna meneruskan langkah melepasi gate ke flightnya ke Malaysia.
✡✡✡
Selepas 12 jam 50 minit berada di dalam pesawat Airbus , Julianna keluar menjejakkan kaki di Malaysia buat kali pertama. Segala begnya diambil sebelum melangkah keluar dari boarding gate. Telefon bimbitnya mula berdering membuatkan Julianna menyeluk poket bajunya. Mesej daripada ayahnya hanya dibaca sekali imbas.
Nampaknya ada orang akan jemput aku berdasarkan mesej yang ayah hantar , monolognya. Dia melangkah keluar hanya melihat seseorang memegang sign board bertuliskan namanya. Segera dia berjalan dengan pantas ke arah kelibat tersebut. Beg rodanya ditarik. Langkahnya mati betul-betul di hadapannya.
"Cik Julianna?" Tanya gadis berambut pendek di hadapannya. Julianna hanya sekadar mengangguk setakat membalas pertanyaannya. "Welcome to Malaysia! Please come with me." Pelawa gadis itu. Julianna hanya tersenyum lalu mengikut gadis itu dari belakang.
Gadis itu mengiringi Julianna sehingga ke sebuah kereta Myvi. Muncul seorang lelaki dari tempat duduk pemandu keluar membantu Julianna dengan menyimpan beg-begnya di dalam bonet kereta. Pintu belakang dibukanya lalu masuk ke dalam perut kereta.
"Where are we going?" Tanya Julianna kepada gadis berambut pendek itu. "We will take Cik Julianna to our office." Balas gadis tersebut dengan senyuman yang manis. Julianna hanya mengangguk sebelum melemparkan pandangan ke luar tingkap.
Sepanjang perjalanan ke sana , hanya sunyi sepi. Disebabkan bosan , telefon bimbitnya diseluk keluar dari poket. Aplikasi Wattpad ditekannya. Untuk menghilangkan rasa bosan , cerita Maid Maiden ditekannya untuk dibaca. Wah! Ada update bab baru , omelnya dalam hati. Senyuman tidak lekang dari bibirnya sepanjang membaca cerita tersebut.
YOU ARE READING
Tanpa Noktah Tanpa Sudah (DISCONTINUED)
Misterio / Suspenso"Jenayah yang paling berbahaya , ialah jenayah dalam percintaan" ------------------------------------------------------------------------------ Cinta bagaikan pertarungan. Pertarungan yang mengadili sama ada siapa yang bakal menang dan siapa yang ba...