Kereta dimatikan di hadapan gudang lama itu. Julianna dan Farah mula melangkah masuk semula ke dalam kawasan tempat kejadian. Perlahan-lahan mereka mengambil langkah berhati-hati memandangkan gudang tersebut masih dikuarantinkan.
"Nia. Periksa sebelah kiri , biar Anna periksa sebelah kanan." Ujar Julianna kepada Farah. Farah hanya memberi tabik hormat sebelum berlalu pergi meninggalkannya. Langkahnya bergema satu gudang tersebut. Bunyi kasut butnya memenuhi ruang gudang tersebut.
Matanya meliar mencari apa-apa tangga rahsia di dalam gudang itu. Satu tapak demi satu tapak , dia berhati-hati berjalan sekeliling gudang tersebut sehinggalah dia menjumpai suatu tangga yang agak tersembunyi daripada pandangan mata kasar. Perlahan-lahan dia menghampiri tangga tersebut.
Satu demi satu anak tangga didakinya. Setakat ini tiada apa-apa yang dijumpainya lagi. Didakinya sehingga ke penghujung tangga tersebut diikuti dengan satu laluan ke tengah-tengah gudang besar itu. Julianna hanya tersenyum sinis melihat tangga tersebut sudah dijumpainya. Bingo! , soraknya dalam hati.
Laluan yang menghala ke tengah gudang dilalui Julianna. Dari atas dilihatnya kawasan di mana Erica telah mati. "Kedudukan sama..." Katanya sedikit terkejut. Jadi , jangkaan aku betul , katanya dalam hati. Sedang asyik dia memerhati dari atas , kedengaran tapak kaki menuruni tangga tersebut dari arah kanannya. Segera Julianna memaling ke arah bunyi tersebut.
"Hello? Nia? Awak ke tu?" Katanya sedikit kuat. Pistol di tali pinggang ditariknya keluar. Perlahan-lahan dia mengorakkan langkah ke arah bunyi tersebut. Dari jarak jauh seperti seseorang sedang sibuk mengesat sesuatu berhampiran anak tangga tersebut. Siapa pula tu? , monolognya dalam hati.
"Pakcik? Buat apa kat si..." Belum sempat Julianna menghabiskan percakapannya , tiba-tiba sahaja lelaki berhoodie di hadapannya menghalakan sepucuk pistol. Julianna membulatkan mata lalu segera bersembunyi di sebalik tiang besar di belakangnya. Mujur ada tiang besar ni , monolog Julianna dalam hati.
Dua tiga das tembakan dilepaskan namun langsung tidak mengenanya. "Angkat tangan! Saya , polis! Hentikan tembakan sebelum awak yang kena tembak dengan saya." Ujar Julianna di sebalik tiang besar itu. Namun , lelaki itu hanya meneruskan tembakan sambil berlalu menuruni tangga tersebut dengan kelam kabutnya.
Sebaik melihatnya berlari menuruni tangga , Julianna segera keluar dari tiang tersebut lalu mengejarnya dari belakang. "Nia! Datang ke arah kanan awak! Ada suspek kat sini! Cepat halang dia!" Teriak Julianna dengan kuat. Pistol di tangan digenggam erat. "Jangan lari!" Jeritnya lagi.
Baru sahaja dia mahu menuruni tangga tersebut , bunyi satu das tembakan yang kuat memecah gegendang telinganya. "Argh!" Mendengar jeritan kuat itu menyebabkan Julianna segera berlari menuruni tangga itu dengan pantas. Alangkah terkejutnya Farah sudah terbaring dengan bajunya yang sudah berlinang darah.
"Nia!" Jeritnya. Keadaan Farah diperiksanya dahulu sebelum dia mengerling ke arah kiri dan kanannya. "Argh! Terlepas!" Dengusnya. Tanpa berlengah , Julianna segera memapahnya lalu membawanya masuk ke dalam keretanya sebelum menghidupkan kembali enjin. Kereta segera dipandu ke hospital.
"Nia , bertahan ya." Ujar Julianna cuba untuk menenangkan Farah yang sudah kehilangan darah yang agak banyak. Baik aku telefon Khairul , omelnya dalam hati. Telefon bimbit digapai lalu didailnya nombor milik Khairul. Earphone disumbatkan ke telinga sambil menunggu panggilannya diangkat.
"Hello?" Suara milik Khairul mula kedengaran. "Khai , cepat datang ke hospital berdekatan Jalan Melawati sekarang! Farah cedera!" Ujar Julianna dalam keadaan cemas sebelum dia mematikan panggilan , langsung tidak memberi ruang untuk Khairul membalasnya.
Julianna memandu sepantas yang boleh. Sesekali juga dia menoleh ke arah Farah yang sudah kehilangan darah yang banyak. Bertahanlah Farah... , monolognya dalam hati. Seusai masa berlalu , tibalah dia di hadapan Hospital Jalan Melawati. Kereta diparkir tepi lalu enjin dimatikan. Tubuh Farah dipapahnya ke dalam hospital.
Orang-orang yang sibuk berbaris menunggu giliran habis dirempuhnya. Tak kisahlah apa yang pakcik-pakcik , akak-akak tu nak cakap , aku kena selamatkan Farah dulu , ujarnya dalam hati. Dalam hati , dia berdoa berbanyak-banyak agar Farah tidak kritikal. "Nurse! Tolong kawan saya! Dia cedera!" Rayu Julianna pada akak jururawat di hadapannya. Segera dia memanggil doktor untuk merawat Farah.
Badan kecil Farah dipapah perlahan oleh dua orang jururawat untuk dibaringkan pada katil pesakit sebelum ditolak ke bilik kecemasan. Julianna hanya memandang Farah dari jauh sahaja memandangkan dia tidak dibenarkan untuk masuk sekali. Bangku di tepinya terus didudukinya. Rasa bersalah mula memberat di bahu. Tolonglah Nia dalam keadaan yang baik , rayunya dalam hati sementara menunggu di luar bilik kecemasan.
✡✡✡
Kereta Myvi milik Khairul dipandu laju namun berhati-hati. Jantungnya berdegup kencang memikirkan keadaan gadis kecil bernama Farah Danialle. Kata-kata Julianna sewaktu Julianna menelefonnya masih terngiang-ngiang di telinga. Farah...tolonglah selamat , monolognya sebelum memberi perhatian penuh pada jalan raya.
Seusai masa berlalu , tibalah dia di hadapan hospital yang dikatakan oleh Julianna tadi. Keretanya diparkir sebelum dimatikan enjin. Bergegas dia meluru masuk ke dalam hospital tersebut. Khairul terus meluru ke arah kaunter pertanyaan. "Maaf cik , boleh saya tau ada tak pesakit bernama Farah Danialle?" Tanya Khairul.
"Sebentar ya , encik." Ujar jururawat itu dengan penuh sopan sebelum dia menyelak beberapa helaian kertas pada fail yang dipegangnya. "Ada , encik. Dia baru sahaja dimasukkan ke wad 243. Boleh saya tau apa hubungan encik dengan cik Farah?" Tanya jururawat itu pula. "Kawan sekerja." Ujar Khairul dengan senyuman kelat. Jururawat hanya mengangguk sahaja.
"Wad 243 ada di tingkat dua , sebelah kanan ya." Ujar jururawat itu lagi. "Terima kasih." Ucap Khairul lalu meluru ke arah lif. Butang lif ke tingkat dua ditekannya. Hatinya berdebar-debar. Dia tertanya-tanya bagaimana keadaan Farah dan Julianna sekarang ini. Pintu lif terbuka lalu dia bergegas ke wad 243.
Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu menampakkan Julianna yang hanya tertunduk melihat Farah yang tidak sedarkan diri di katil. Hatinya luluh melihat keadaan Farah yang tidak sedarkan diri. Julianna yang hanya tertunduk disapanya. Dilihatnya juga baju Julianna dipenuhi darah yang banyak.
"Cik Julianna..." Sapanya perlahan sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Julianna. Julianna terus mengangkat muka. Matanya yang sedikit kabur dikesat perlahan. "Oh. Khairul. Saya minta maaf. Farah cedera disebabkan saya." Kata Julianna sambil mengeluh. Khairul hanya terdiam. Tentu Cik Julianna rasa bersalah sangat , ujarnya dalam hati.
Kesunyian memenuhi ruang bilik tersebut sehinggalah Khairul bersuara semula. "Farah memang takut darah. Dia fobia dengan darah." Ujar Khairul hanya memandang ke kakinya. Julianna hanya memerhati Khairul sahaja. Dari riak muka seperti tiada apa-apa , namun dalam hati siapa sahaja yang tahu.
"Doktor kata dia mengalami kecederaan ringan sahaja. Doktor sempat mengeluarkan peluru tersebut sebelum Farah kehilangan lebih banyak darah. Doktor kata sedikit lagi peluru tu terkena bahagian perut. Dia bernasib baik kerana penembak tu tersasar." Ujarnya perlahan. Tiba-tiba sahaja bunyi deringan telefon mula memecah gegendang telinga lantas Julianna melihat skrin telefonnya.
"Mesej dari Abang Zack..." Katanya sambil melihat kandungan mesej yang diberi oleh Zack. Matanya terbeliak sedikit melihat mesej tersebut lalu bergegas meninggalkan wad tersebut. "Saya pergi dulu. Call saya kalau Farah dah sedar." Ujar Julianna sebelum menutup pintu dengan rapat.
Khairul hanya mengeluh sebelum melabuhkan punggung pada kerusi yang diduduki Julianna. Wajah Farah ditatapnya. Kepalanya hanya ditundukkan. "Kenapa mesti dia...." Ujarnya dengan sayu. Wajah Farah yang putih mulus ditatapnya lagi. Rindu pula nak dengar suara mengada-ngada budak ni , katanya dalam hati.
Jauh di sudut hati , dia berharap agar Farah sedar dengan cepat. "Awak dah janjikan dengan saya...." Katanya penuh sayu. Dia hanya mampu mengeluh lalu kembali menatap wajah Farah. Saat itu , hanya bunyi mesin berdekatan dengan katil Farah sahaja yang memenuhi ruang bilik tersebut.
YOU ARE READING
Tanpa Noktah Tanpa Sudah (DISCONTINUED)
Mystery / Thriller"Jenayah yang paling berbahaya , ialah jenayah dalam percintaan" ------------------------------------------------------------------------------ Cinta bagaikan pertarungan. Pertarungan yang mengadili sama ada siapa yang bakal menang dan siapa yang ba...