Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Tombol pintu dipulas menampakkan susuk tubuh Julianna di sofa. "Cik Julianna! Terkejut sayalah!" Teriak Farah sambil mengusap-usap dadanya. Julianna pula hanya tertawa kecil melihatnya.
"Seronok buat cerekarama dengan Khai tadi?" Usik Julianna sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Farah tersentak mendengar kata-kata Julianna terus menyembunyikan wajahnya yang sudah membahang. "M-mana adalah Cik Julianna." Katanya tergagap-gagap.
"Apa-apa lah awak ni. Lagi satu panggil je saya , Anna." Katanya dengan senyuman. Farah hanya mengangguk lalu membalas senyumannya. "Ah! Bilik Anna dekat dengan dapur , pintu warna biru cair." Mendengar kata-kata Farah , dia segera bingkas bangun lalu mengambil beg-begnya ke arah dapur.
Tombol pintu berwarna biru cair dipulasnya perlahan menampakkan ruang bilik yang sungguh tenang. Bilik tersebut ditatapnya seketika. Mulutnya terlopong melihat betapa tenang dan cantiknya bilik tersebut. Pandai Farah hias bilik ni , monolognya dalam hati.
"Puas hati?" Julianna terus berpaling ke arah sumber suara tadi. Kelihatan Farah bersandar pada pintu dengan tangannya yang memeluk dirinya. "Puas hati! Pandai Nia hias." Kata Julianna dengan ceria.
Farah memandangnya dengan mengangkat sebelah kening. "Nia?" Ujarnya sedikit hairan. "Oh! Nama gelaran awaklah. Awak panggil saya , Anna. Saya panggil awak , Nia. Walaupun kita beza setahun." Katanya penuh ceria. Mata Farah terus bersinaran bak bintang. Ternyata dia teruja mendapat nama gelaran daripada Julianna.
"Saya suka nama gelaran tu!" Katanya sambil melompat-lompat seperti budak-budak. "Oklah , saya nak pergi bilik saya dulu. Kalau ada apa-apa , panggil je saya ya." Katanya dengan sopan sebelum berlalu pergi dari situ. Pintu biliknya ditutup rapat lalu sesi mengemas barangannya pun bermula.
Selepas beberapa minit , selesailah juga akhirnya. Tidak lama mana pun sebenarnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya mula berdering. Segera dia mengangkat panggilan. "Hello?" Katanya sebagai pemula bicara.
"Hello , Anna!"
Suara ayahnya mula bergema pada pembesar suara telefonnya. Keterujaan menguasai diri Julianna.
"Ayah!"
"Anna macam mana? Okay tak?"
"Ok! Seronoklah! Dapat jumpa idol Anna~"
"Ha-ha. Jaga diri tau"
"Ayah pun sama."
"Oklah , ayah telefon ni cuma nak pastikan Anna selamat sampai sana. Ayah ada kes nak diselesaikan sekarang. Bye bye , Anna."
"Nanti Anna call la..-"
Panggilan terus dimatikan. Ala , ayah ni , bebelnya dalam hati. Beg rodanya diletak ke tepi katil lalu merebahkan badannya pada katil yang empuk. Terasa mahu dibuai mimpi sahaja. Tetapi belum sempat matanya dipejam , pintu biliknya terus diterjah.
"Anna!" Jerit Farah selepas menerjah masuk ke dalam biliknya. Julianna yang baru sahaja mahu terlelap terus terjaga daripada buaian mimpi. Badan terus dibangunkan daripada baring. "Encik Khairi suruh siasat tempat kejadian mangsa pertama sekarang. Cepat bersiap. Saya tunggu kat luar." Kata Farah sebelum berlalu pergi.
Ala..ingat boleh rehat sekejap. Tak bolehlah nampaknya , bebelnya dalam hati. Segera dia bingkas bangun lalu menukar pakaiannya. Baju kemeja berwarna putih dipadankan dengan seluar slack hitam disarungnya. Setelah berpuas hati , beg tangannya diambil sebelum mengorakkan langkah keluar dari rumah milik Farah.
Pertama yang difikirkannya ialah rupa Farah pada waktu itu. Cantiknya! , monolognya dalam hati. Segera dia merapati Farah lalu menyiku bahunya. "Lawanya Nia~" Pujinya. "Anna pun apa kurangnya." Pujinya semula. "So kita nak pergi naik apa?" Tanya Julianna. Farah hanya menggeleng kepala sekadar tidak tahu.
YOU ARE READING
Tanpa Noktah Tanpa Sudah (DISCONTINUED)
Mystery / Thriller"Jenayah yang paling berbahaya , ialah jenayah dalam percintaan" ------------------------------------------------------------------------------ Cinta bagaikan pertarungan. Pertarungan yang mengadili sama ada siapa yang bakal menang dan siapa yang ba...