Cuaca yang cerah bersertakan kicauan burung di langit menambahkan lagi keindahan pagi. Pagi dipenuhi kenderaan di jalan raya memandangkan waktu untuk ke tempat kerja sudah tiba. Pejalan kaki berpusu-pusu datang ke tempat kerja dengan pakaian yang kemas dan segak. Ada juga sesetengah daripada mereka kelam kabut ke tempat kerja.
Jauh di dalam sebuah bangunan , terlihatlah seorang gadis berambut panjang sedang khusyuk menyemak beberapa fail di atas meja. Kelihatan matanya galak meneliti setiap isi kandungan di dalam fail tersebut.
Bilik yang diduduki sungguh bersih dan kemas. Gadis itu sibuk meneliti dan memeriksa fail-fail tersebut sehingga suatu bunyi ketukan kedengaran di pintunya. "Come in." Ujar gadis tersebut. Pintu dikuak sedikit menampakkan seorang pekerja berkaca mata.
"Miss Julianna , Inspector Renders want to see you at his office," kata pekerja berkaca mata itu sebelum meninggalkan pejabat Julianna. Julianna segera mengemas fail-failnya sebelum melangkah keluar dari bilik pejabatnya.
Mungkin ayah nak tanya pasal kes haritu , monolognya dalam hati. Bagi Julianna , ia sudah menjadi kebiasaan jika Inspector Renders atau lebih tepat , ayahnya ingin berjumpa dengannya. Maklumlah dia mengikut jejak ayahnya menjadi seorang inspektor. Kini , berdirinya dia di situ menjadi inspektor yang disegani oleh masyarakat di United Kingdom.
Julianna tiba di hadapan pejabat ayahnya lalu mengetuk perlahan pintu pejabat ayahnya. "Come in." Kedengaran suara ayahnya menyuruh Julianna untuk masuk ke dalam. Tombol pintu dipulas lalu pintu dikuak sedikit. Kelihatan ayahnya sedang sibuk menghirup kopi sambil menyemak beberapa helaian kertas di tangannya.
"Oh! Julianna. Come in." Mendengar arahan ayahnya , Julianna terus melangkah masuk. Pejabat ayah diteliti seketika sementara menunggu ayahnya menghabiskan secawan kopi. Matanya hanya tertumpu pada ayahnya yang galak meneliti helaian kertas di tangannya.
"First of all , we should speak in another language so this discussion won't be known by anyone in this company." Ujar ayahnya sebelum menghirup lagi kopi. Julianna hanya mengangguk faham sebelum mula bersuara semula. "Ada apa ayah nak jumpa Anna?" Tanya Julianna kepada ayahnya. Helaian kertas yang dipegang oleh ayahnya tadi dihulurkan kepadanya lantas diambilnya.
Kertas di tangan ditelitinya seketika. Julianna tertanya-tanya apa yang sebenarnya dimaksudkan di dalam helaian kertas tersebut. Kepalanya diangkat untuk memandang wajah ayahnya. "Malaysia?" Kata Julianna penuh kehairanan. Malaysia? Kenapa ayah hantar aku ke Malaysia? , bisiknya dalam hati.
"Anna kenal kan Ketua Inspektor Muhammad Khairi Sofian?" Mendengar kata-kata ayahnya terus membuatnya terkinja-kinja seperti budak kecil. Ayahnya hanya tertawa melihat telatah Julianna namun kembali serius semula. "Anna. Manners." Tegas ayahnya. Julianna kembali berdiri tegak dengan wajah ketatnya.
"Anna kenal. Idol Anna tu~" kata Julianna mencuba untuk tidak menjerit keterujaan. Maklumlah dia ni manja sedikit dengan si ayah. "Ketua Inspektor Khairi minta tolong dengan ayah untuk bantu dia dalam sebuah kes tentang penculikan dan pembunuhan gadis remaja...." Ujar ayahnya. "Jadi?" Kata Julianna yang tidak sengaja memotong percakapan ayahnya.
"Eh budak ni. Dia minta tolong hantar seorang wakil untuk bantu kes tu. Ayah tak boleh pergi sebab ayah ada kes yang belum selesai. Jadi..." Belum sempat ayahnya mahu menghabiskan percakapan , Julianna memotong percakapannya lagi sekali. "Julianna lah yang pergi kan!?" Katanya dalam nada yang teruja.
Ayahnya hanya mengangguk membuatkan Julianna lebih teruja. Sudah tentulah dia gembira. Ketua Inspektor Muhammad Khairi Sofian merupakan salah seorang penyiasatan terkemuka di Malaysia. Beliau pernah menyelesaikan seorang diri sahaja dan menumpaskan penjenayah dengan penuh berkarisma.
YOU ARE READING
Tanpa Noktah Tanpa Sudah (DISCONTINUED)
Mystery / Thriller"Jenayah yang paling berbahaya , ialah jenayah dalam percintaan" ------------------------------------------------------------------------------ Cinta bagaikan pertarungan. Pertarungan yang mengadili sama ada siapa yang bakal menang dan siapa yang ba...