"Okay guys masa menjawab dah tamat.You guys boleh pass ke depan untuk saya kutip ye.Ermm okay done your final exam for this semester. Selamat bercuti dan hati-hati jaga diri ya.Okay dismiss. "Ucap Madam Arya sebelum dia beredar keluar dari dewan kuliah.Aku termenung memikirkan wasiat yang arwah mama berikan.Wasiat mengenai vila kepunyaannya ketika dia masih hidup.Ya vila idamanku sedari kecil.Vila yang menyimpan beribu kisah silam dan kenangan pahit manis aku.
Mengapa perlu mama menyuruhku mencari kunci bilik rahsianya? Bukankah lebih mudah jika dia selitkan bersama kunci utama vila itu.Ermm aku musykil.Perkara apakah yang begitu penting sehingga dia menyuruh aku mencari sendiri kunci bilik itu.Kata ada yang penting di balik bilik itu.
Aku tertanya-tanya mengapa sehingga seorang teman kuliahku menepuk bahu untuk menyedarkan aku."Yien jom lah keluar, kau buat ape lagi termenung di sini.Member lain semua dah blah, tinggal kau dengan aku je ni."ujar Laily teman yang berada di sebelahku.
"Maaflah terberangan pulak.Jomlah ke kafe, aku pon dah lapar ni."jawabku sambil menggosok tengkuk.Aku sudah mengemas barang-barang aku sejak Madam Arya mengutip kertas tadi.
Aku dan Laily pon melangkah keluar dari bilik kuliah menuju ke kafeteria.Selepas sampai aku dan Laily pon berpisah kerana dia bersama temannya dan begitu juga dengan aku.Menunggu gadis-gadis tiga orang itu bagai menunggu bulan jatuh ke riba.Apa yang melambatkan pergerakan mereka aku pun tidak mengerti.
Aku tahulah mereka antara hot stuff di kampus, tapi perlukah terhegeh-hegeh dan membuatku menunggu.Ish pantang sungguh.Dari aku kebosanan baik aku menyiapkan editing gambar yang ditempah pelanggan.Ya aku bekerja sambilan sebagai editor.
"Woi, sorrylah lambat.Macam biase fans giler kejar.Giler duh hari-hari macam ni.Semak betol."sergah Wisya.Dia gadis yang paling popular antara kami berempat kerana mempunyai paras rupa kacukan.Dia juga antara yang bermulut lancang bicara lepas.
"We are so sorry Ayien.Bukan sengaja.Aku belanja kau makan sebagai tanda minta maaf.Okay? " pujuk Izzah. Dalam mereka bertiga dia yang paling rapat dengan aku.
"Alang-alang belanje aku sekali.Haus duh, teh ais satu eh.Sayang kau beb."Rizah mencelah.Dia hanya menayang sengihan berserta lesung pipit dikiri pipinya apabila Izzah menjengkilkan matanya.
"Dah-dah tak payah gadoh.Nah duit, gi lah beli apa-apa yang korang nak.Tu pon nak gadoh."kata ku sambil menghulurkan sekeping wang rm50 kepada Izzah.
Kami makan dengan berselera sambil diselangi gelak ketawa.
Tiba-tiba perbualan kami terhenti kerana bunyi yang mencuriga seperti perempuan menjerit kedengaran."Korang rasa bunyi ape, aku pelik ah takkan siang-siang--"belum sempat Izzah menyambung percakapannya, Rizah menutup mulutnya dengan tangan menyuruhnya senyap.
YOU ARE READING
LUKISAN
Mystery / ThrillerSetiap kejadian yang berlaku pasti ada penyebabnya, tapi berbeza dengan yang ini.Setiap kejadian yang berlaku seolah-olah sudah dirancang.Lukisan itu memberitahu kejadian yang akan berlaku. Lukisan ini bukan lukisan biasa.Walaupun dilukis oleh orang...