Lukisan-13

101 15 0
                                    

Sudah genap seminggu mereka di tahan di bilik larangan itu.Hari-hari pasti akan ada lukisan baru yang dilukis Ayien walaupun mereka tidak pernah melihatnya melukis.Mungkin waktu mereka tidur Ayien melakukan aktiviti itu.Pelik,lukisan itu seperti menceritakan apa yang akan terjadi kepada mereka, kerana setiap kali lukisan baru digantung pasti kejadian itu akan berlaku kepada mereka.Seperti sudah dirancang,Ayien kelihatan semakin hari semakin di luar kawalan kerana gelak sendirian.Dia juga pernah mengetuk kepalanya di hadapan mereka kerana sebab yang tidak diketahui.

Pada malamnya,Ayien tidak masuk menjenguk mereka seperti biasa.Mereka bertambah pelik kerana telefon bimbit yang mereka gunakan disertakan di situ.Izzah apa lagi, cepat-cepat dia mencapai telefon itu dan mula mendail talian kecemasan.Nasib mereka baik kerana panggilan tersebut berjaya disambungkan.Selepas membuat aduan,telefon itu diletakkan kembali ke tempatnya bimbang sesuatu akan berlaku.

Pada keesokkannya sewaktu Ayien seperti biasa mula menggantung lukisannya,pistol diacu di belakang badannya.Dia terpaksa kaku disitu bimbang peluru dilepaskan.Tapi siapa sangka,walaupun anggota polis sudah bisa melepaskan yang lain Wisya berjaya dicapai sebelum pisau di poket di letakkan betul-betul dia lehernya."Kalau mahu dia selamat,letakkan pistol kalian.Pisau ini tajam,sekali aku tusuk pasti tembus ke dalam dagingnya."kata Ayien dengan nada yang bengis.Wisya tidak bisa melakukan apa-apa kerana dia sudah bisa merasakan ngilu apabila pisau tersebut diletakkan dilehernya.

"Kami mintak Cik lepaskan pisau itu.Kalau Cik lepaskan, saya janji hukuman Cik akan ringan.Tolong jangan cederakan sesiapa."kata anggota polis yang kelihatan berpangkat disitu.

Ayien tidak mempedulikan amaran yang diberikan,sebaliknya dia menguatkan lagi pegangan di leher Wisya.Walaupun Wisya sedikit tinggi,tapi itu tidak mematahkan cubaannya.Ketika Ayien mahu melepaskan Wisya, sebiji peluru hinggap diperutnya.Akibatnya Ayien jatuh rebah dipangkuan Wisya.Rizah dan Izzah berlari ke arah mereka.Tangan Ayien sudah berlumuran darah.

"Aku mintak maaf sebab sakitkan korang.Niat aku mahu bergurau tapi aku tak pasti apa yang menghasut aku sehingga bertindak begini.Maafkan aku,aku janji lepasni korang akan selamat."kata Ayien dalam nada yang pilu.Airmata mengalir dari tubir matanya.Izzah bertindak merenung lukisan baru dan agak terkejut kerana apa yang berlaku sama seperti kejadian sekarang.

Ayien tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital sekaligus untuk memeriksa tahap mentalnya.

LUKISANWhere stories live. Discover now