Lukisan-7

124 15 0
                                    


Kini sudah hampir seminggu aku berulang masuk bilik itu dan yang peliknya setiap kali aku masuk pasti ada lukisan baru.Aku musykil kerana tidak pernah terserempak dengan pelukis tersebut.Hari-hari aku cuba untuk mengintai kalau-kalau pelukis itu memasuki bilik itu.Sudah puas aku menunggu tetapi hasilnya hampa.Tiada yang memasuki bilik itu.

"Lukisan yang unik dan pelukis yang misteri? Waterpark sungguh.Kenape aku tak pernah terserempak dengan orang tu.Kalau terserempak mungkin lukisan dia aku boleh beli dan buat pameran.Arghhhhh."kataku sendirian.Telefon aku dibelek takut-takut aku terlepas whatsapp group.

Wisya p.o.v

Tiba-tiba aku tersedar dari tidur sebab dahaga.Ermm aku kejut Rizah suruh teman.Alang-alang supperlah sekali, lapar pulak."Beb, teman aku gi dapur jap.Lapar haus ah pulak.Jomlah, lepastu boleh lepak bilik dorang.Mane tau tengah nengok movie ke boleh join."kataku sambil mengejut Rizah."Ha yelah, aku gi bilik air jap.Basuh muka."kata Rizah dalam keadaan mamai.

Ketika kami berdua melintasi bilik Ayien dan Izzah, kami ternampak lampu di bilik larangan menyala.Aku memandang Rizah dan sebaliknya.Kami pelik kerana tiada sesiapa yang dibenarkan memasuki bilik itu."Wey kau rase sape dalam bilik tu.Bukan Ayien kata bilik tu larangan ke.Ke ade orang---" belom sempat Rizah meneruskan percakapannya, aku bertindak untuk menutup mulutnya dan menariknya menuju ke bilik tersebut.

Aku terlihat seorang manusia mungkin, berpakaian serba hitam sedang melukis didalam bilik itu.Kami menuju ke arahnya sebelum Rizah terlanggar meja yang berhampiran dengan pintu dan menyebabkan figura itu tersedar dan bertindak menutup mukanya dengan mask yang dipakainya sejak tadi.Kami menghampirinya sebelum dia bertindak menolak aku dan melarikan diri.

Aku terkejut dan sedikit tersentak kerana ditolak.Habis berterabur semua peralatan melukis yang berada di situ.Rizah membantuku untuk bangun.Perghh perit sia tangan kene bucu meja.Aishh aku nampak kesan luka pulak and guess what, darah mengalir elok je dekat siku.Aku tak mampu nak mengejar lagi, rasa macam nak pitam dah ni.

Aku dan Rizah pergi ke bawah kerana aku tahu yang lain ada di bawah.Sampai di bawah aku terlihat Izzah sedang elok lena di atas sofa sambil televisyen terpasang.Ayien tiada?Mana dia, dalam bilik pun dia takde.Aku terdengar suara orang menuang air didapur.

"Aik, berpeluh kenape kau? Marathon ke ape? ".soalku kepada Ayien.Aku terlihat sesuatu ditangannya tetapi menghiraukan sahaja."Tadi terlelap, pastu mimpi main lari-lari.Terjaga tu yang berpeluh, pastu aku haus tu yang minum air ni."kata Ayien sambil mengelap peluhnya yang mengalir di dahi.Rambutnya yang terjuntai diraup ke belakang.

Aku dan Rizah masing-masing kepenatan.Mungkin terkejut dengan apa yang dilihat.Lukisan yang kami nampak itu seperti mempunyai kaitan dengan kami berempat.Siapa manusia berpakaian serba hitam tu.Kenapa dia boleh masuk ke dalam vila ni sedangkan kunci hanya pada kami sahaja.Takkan pula pemilik vila ni yang buat hal.Pelik.Hampir dua minggu kami disini dan pertama kali aku terserempak dengan manusia tu.Mungkinkah dia selalu disini pada waktu kami sedang lena dibuai mimpi.Arghh persetankan semua itu.Aku akan mengajak mereka menyiasat.

End Wisya p.o.v

LUKISANWhere stories live. Discover now