Lukisan-8

112 14 0
                                    


"Arghhhh benda yang paling aku tak sangka jadi.Macam mana aku boleh lupa benda tu.Haishh.Sial.Kalau aku tak cuai benda ni takkan berlaku dan rahsia aku takkan hampir terbongkar.Kenapa aku tak tutup pintu tu tadi.Arghh tak guna."kata seseorang.Dia kelihatan gelisah kerana takut identitinya terbongkar dan rahsia yang disimpan kemas akan diketahui.

Dia menuju semula ke bilik itu setelah dipastikan semua sudah lena dibuai mimpi.Ya dialah yang melukis.Dia mahu pastikan tiada sesiapa yang tahu identitinya.Jika rahsianya terbongkar, membunuh juga dia sanggup.Dia seorang yang tekad."Aku janji rahsia ni takkan terbongkar tau, aku nak kau tolong aku.Tolong cover tentang kewujudan aku."katanya lagi sebelum tertawa seolah-olah benda yang dikatakan itu sungguh kelakar.Dengan tiba-tiba dia menangis.

"Aku akan pastikan dorang takkan keluar dengan selamat dari vila ni.Aku mahukan dorang menjadi penemanku disini.Aku sunyi.Ya sunyi, haha sunyi sangat."katanya seorang diri lagi sebelum bertindak menggigit kuku jarinya.Dia juga menyerabutkan rambutnya sebelum kembali tertawa.Jika dilihat seperti orang tidak normal.Gambar yang berada di dalam bilik itu dibelek dan disentuh sebelum air matanya mengalir dalam keadaan dia tersenyum.

Kepalanya digeleng dan dipusingkan ke kiri dan kanan.Dia seperti sudah hilang kawalan kerana kegelisahan yang melanda diri.Dia pergi ke laci yang berada di dalam bilik itu dan mencapai pisau lipat.Pisau itu digenggam dengan kuat mengakibatkan tangannya terluka dan darah menitik.Dia kemudiannya bertindak menadah darah itu dan mengambil berus untuk melukis.Dia melakarkan potret mereka berempat tanpa wajah.Kemudiannya potret itu ditatap dengan senyuman sinis.

Potret sudah siap, tangannya juga sudah dibersihkan.Kini dia sudah mulai beredar dari bilik itu tanpa meninggalkan sebarang kesan pun.Bukti tentang kehadirannya juga sudah dilupuskan.Tiada sesiapa yang akan tahu tentang kehadirannya pada hari seterusnya.

"Yien, semalam kau perasan ape-ape tak dekat bilik larangan tu?"soal Wisya kepadaku yang sedang asyik mengunyah keropok twisties.Aku berpaling dan kemudian kembali menghadap ke arah laptop."Nampak ape?ade bende pelik ke?"soalku cuba untuk menutup kegelisahan.Aku takut mereka tahu yang aku pernah masuk ke bilik itu."Semalam, time kitorang nak turun bawah an si Wisya nak minum air pastu kitorang nampak bilik larangan tu terbuka pastu an ade orang duh.Pakaian dia semua all black pastu pakai mask.Time aku ngan Wisya nak datang dekat dia tolak Wisya pastu terus lari.Tapi an yang peliknya dalam bilik tu banyak lukisan and macam ade kene mengena dengan kite berempat duh.Pemilik vila ni ke yang sengaje nak mendajalkan kite? Nak suruh kite keluar dari vila ni ke wey."tu dia bile budak yang paling pendiam bukak mulut.

"Ermm korang nampak ke muka dia?bentuk badan dia ke,bende dekat dia yang boleh jadi petunjuk ke?"soalku excited.Cerita mereka seperti menarik perhatianku untuk selalu masuk ke bilik itu dan bertemu si pelukisnya.Pasti ade lukisan baru kerana sudah tiga hari aku tidak mengunjungi bilik itu.

"Tak nampak yang malangnya.Bentuk badan pun tak boleh nak agak sebab dia pakai baju loose.Tapi tinggi dia lebih kurang tinggi kau kot.Lelaki ke perempuan tak sure sebab memang tak nampak."jelas Wisya.Aku hanya mengangguk dan kembali mengunyah twisties.Izzah di sebelah hanya mendiamkan diri.Aku tahu pasti dia tidak sihat kerana mukanya kelihatan pucat.Mungkin takut dengan cerita kami.Ermm tak boleh nak agak sebab si Izzah ni memang seorang yang lemah semangat.

LUKISANWhere stories live. Discover now