Bab 15

634 12 0
                                    

Syahrin mengenggam kedua-dua tangan Syahirah.Muka mereka sangat hampir.Sekiranya Syahirah berpaling ke kiri atau kanan, besar kemungkinan pipinya akan berlaga dengan bibir Syahrin.

"Kenapa?Sya cakap Sya cintakan abang. Kenapa Sya tak percayakan abang?Kenapa Sya hubungi Syahrul? "Syahrin memandang tepat ke wajah Syahirah.Syahirah terkejut. Dia tidak menyangka Syahrin tahu.Dia cuba meloloskan dirinya dari abangnya.

"Abang... Abang lepaskan Sya.Apa yang abang cakap ni? "

"Sya... Jom kita kahwin.Abang dah lama cintakan Sya. Lagipun Sya cintakan abang kan? "

"Abang...apa abang cakap ni? Kita tak boleh kahwin...kita kan adik beradik."
Syahirah menolak Syahrin sekuat hati apabila merasakan gengaman abangnya semakin longgar. Syahrin jatuh terduduk dari katil.

"Sya...Sya tak cintakan abang ke?"

"Tak... Sya tak cintakan abang. Sya sayang abang macam Sya sayang Abang Rul."Mendengar sahaja jawapan dari bibir Syahirah,Syahrin berdiri dan berlalu untuk keluar dari bilik tersebut.

"Abang...keluar sekejap. Abang nak tenangkan fikiran abang."

"Abang... "
....
Syahirah berjalan untuk mencari Syahrin. Matanya melilau.Dari semalam abangnya tidak balik ke bilik mereka. Tiba-tiba lengannya dipegang oleh seseorang.Syahirah tersenyum.

"Abang... "Senyumannya mati apabila itu bukan orang yang dia cari.

"Sya...Sya buat apa jalan sorang-sorang ni? Syahrin mana? "Tanya Syahrul.

"Sya.. Sya tak tahu...Dari semalam abang Rin tak balik ke bilik yang kitaorang sewa. Sekarang ni Sya tengah cari dia... "Air mata yang ditahan sejak pagi tadi akhirnya mengalir.

"Apa dah jadi? "Syahrul memegang bahu Syahirah.

"Sya tak tahu... Semalam abang Rin ajak Sya kahwin. Sya cakap tak boleh kahwin dengan dia.. Lepastu.... "Syahirah menangis teresak-esak.

"Takpelah..mungkin dia dah pulang ke rumah. Jom kita balik. "

"Tapi.. Kalau abang Rin tak balik macam mana? "

"Tak... Abang yakin dia cuba nak tenangkan fikiran. "

🐇🐇

" Syahrin nak makan apa hari ni? Nanti nenek masakkan. "

"Erm.. Tom yam. Boleh tak nek? Dah lama Rin tak makan tom yam. Bleh tak? "Tanya Syahrin. Dia duduk melepak depan Tv.

"Untuk cucu nenek apa saja nenek boleh buat. "Nek Timah berlalu ke dapur untuk memasak tom yam yang dipesan oleh cucu sulungnya itu.

"Rin tak nak balik ke? "

"Hah? Balik ke mana nek? Rumah ni je tempat yang Syahrin boleh pulang."
Syahrin cuba berdalih. Sudah seminggu dia tidak pulang ke rumah ibu angkatnya.

"Rin tak rindu ke dekat mereka? Mesti mereka risau.Dah lama mereka cari Rin. "

"Rin.... Rin dah berjanji dengan diri Rin yang Rin tak kan pulang ke rumah tu lagi. Lagipun Rin dah tiada sesiapa dah selain nenek. "Syahrin menutup Tv. Dia berbaring di atas sofa.
"Rin dah lukakan Sya...Rin takut kalau Rin balik ke rumah tu lagi,Rin akan dibenci oleh Sya....Rin takut diorang akan benci Rin. "

"Siapa yang benci Rin? Semua orang sayang Rin. Nenek, Syahrul dan Ibu sayang Rin.Syahirah pun sayang sangat dekat Rin."Nek Timah cuba memujuk Syahrin.

"Habis tu kenapa dia buang Rin? Kenapa dia tak mengaku Rin ni anak dia? "

"Tak... Dia sakit Rin.Dia tak sedar apa yang dia buat. Dia terlalu muda. "

"Dahlah nek... Rin tak nak dengar. Rin ada satu permintaan. Rin nak nenek ikut Rin ke luar negara. Kita tinggalkan negara ni. "

"Rin... Nenek tahu Rin sayang negara ni... Rin yakin ke Rin nak tinggal negara ni? Kalau Rin nak pergi... Rin pergilah...lagipun nenek dah tua. Dah tak larat dah... "

"Tapi..."

"Takpa... Nenek boleh jaga diri nenek dekat sini. Rin jagalah diri Rin baik-baik dekat sana nanti. "

🐰🐰
Sudah seminggu Syahrin tidak pulang ke rumah. Syahirah,Syahrul dan ibunya sangat risau.

"Argh.... "Syahrul mengaru kepalanya yang berserabut.

"Abang....Ibu... "Tiba-tiba Syahirah datang dengan membawa satu buku milik Syahrin. Dia menunjukkan muka surat tersebut kepada Syahrul dan ibunya. Jelas menujukkan seakan coretan salasilah. Dan anak panah menunjukkan ibu bapa masing-masing.

"Betul ke ni? Syahrin sebenarnya anak mak cik Damia!"Syahrul sedikit terkejut.Wahida hanya mampu berdiam diri.

"Ibu... Betul ke ni? "Syahirah mendesak

"Bawa ibu ke rumah Damia. "Arah Wahida.

"Buat apa? Kenapa... "Syahrul berdiam diri apabila melihat wajah serius ibunya.Dia mengambil kunci keretanya.

....
"Kau buat apa dekat sini?"Tanya Damia.

"Sya... "Haikal memanggil Syahirah.

"Aku nak cakap dengan kau. "Wahida menghampiri Damia.
"Kamu semua boleh keluar sekejap tak?Ibu nak cakap dengan mak cik.. "
Sejurus mendengar arahan Wahida,Syahirah dan Syahrul berjalan ke luar rumah. Haikal juga turut sama mengikuti mereka.
....
"Syahrin ada datang jumpa kau? "Tanya Wahida.

"Syahrin? Oh... Anak lelaki kau sorang lagi tu? Budak tu datang jumpa aku minggu lepas. "

"Dia dah janji dengan aku dia tak tak kan kacau keluarga aku lagi. Anak perempuan kau pun sama.Tapi kedua-dua anak kau mungkir janji.Macam mana kau ajar anak kau hah? "Damia memarahi Wahida.

"Kau ceritakan segalanya pada mereka berdua? "

"Ya... Aku cerita segalanya. Aku cerita aku yang buang abang diorang.Aku cakap tu bukan anak aku.Aku juga cakap... "

Pang...

Wahida menampar pipi Damia. Kesabarannya sudah kemuncak.

"Kau... Berani kau tampar aku.. "

"Kau tahu tak?Kau memang tak berperikemanusiaan.Sanggup kau cerita perkara sebenar dekat anak kau sendiri. Kau ni mak jenis apa hah? "Wahida hilang sabar.

"Maksud kau? Dia an... Anak tu?"Damia sangat terkejut.Tangannya mengigil.

"Aku bela dia sejak dia bayi lagi... Aku jaga dia dengan penuh kasih sayang. Dia tu dah macam anak aku sendiri.Walaupun aku tak dapat menyusukan dia.Kau tahu tak sejak kecil lagi dia menderita. Dia hampir mati sebab kau tinggal dia dalam kesejukkan. Tapi kau.. "

"Tak... Tak mungkin.Kimi hampir mati? "

"Ya... Dia hampir mati. Malam tu,aku yang selamatkan dia. Dalam keadaan aku yang sarat mengandung, aku yang bawa dia ke hospital."

"Ak.. Aku minta maaf...Tapi dia bukan anak aku lagi.... Semua ni salah Farish. Kalau dia tak pergi dengan pompuan tu."

"Tak... Farish tak salah.... Semua ni salah faham.. "

"Apa maksud kau? "

"Sebelum aku terangkan dekat kau. Aku nak minta alamat ke rumah mak kau. "

"Kenapa kau nak alamat rumah mak aku? "Damia kebingungan.

"Untuk cari anak aku yang dah seminggu tak pulang ke rumah.. "

"Maksud kau..... "

🐇🐇
Aku rasa story ni dah hampir ke ending dia.... Mungkin 1 atau dua chapter lagi...



Abang, I Love You.  (completed)Where stories live. Discover now