Bab 16

1.1K 14 1
                                    

"Nek Syahrin ada kat sini ke? "Mata Syahrul melilau mencari Syahrin.

"Syahrin.... Syahrin tiada dekat sini..Bila nenek tanya dia cakap suatu tempat.. Nenek minta maaf... Nenek nak bagi tahu kamu semua tapi dia tak bagi. "Nek Timah meminta maaf.

"Syah... Syahrin ke ke mana nek? "Tanya Syahirah dengan penuh harapan.

"Nenek tak tahu....Tapi lepas dia ke tempat tu....dia akan ke luar negara. "

"L.. Lu... Luar negara nek? "Syahirah terduduk.

"Bila dia pergi nek? "Tanya Syahrul.

"Pagi tadi... Tapi... "

"Tapi apa nek? "Dengan nada sedikit kecewa Syahirah bersuara.

"Nenek rasa kalau kamu kejar dia pun sempat lagi sebab tarikh penerbangan dia Esok. Nenek rasa tempat tu tempat paling buat dia bahagia.Dari air muka dia nenek dapat rasa dia sayang tempat tu... "

"Tapi dekat mana? "Syahirah mengenggam penumbuknya.
Nrk Timah memegang bahu Syahirah.

"Tanya hati kamu... Tempat mana paling buat dia gembira.Nenek pasti kamu berdua pernah sampai ke tempat tu.."

"Jom kita cari Syahrin... Mana tahu dia ada dekat kawasan ni je... "

"Nenek rasa kamu berdua patut cari dia esok pagi. Lagipun langit dah gelap ni."Cadang Nek Timah.

"Tapi.... "

"Abang rasa betul juga apa yang nenek cakap tu... Lagipun susah kita nak cari Syahrin malam-malam. "
...
Malam tu Syahirah tidak dapat melelapkan matanya. Hatinya bercelaru. Dia sudah nekad untuk mencari abangnya malam tu juga. Dia mengambil mencari sebatang payung apabila hujan lebat di luar tingkap bilik.Tanpa pengetahuan abangnya dia mencuri keluar dari rumah Nek Timah. Dia tiada pilihan. Sudah seminggu dia tidak dapat tidur memikirkan Syahrin yang hilang entah kemana. Dia berlari di kawasan perumahan itu. Tiba-tiba matanya terpandang ke sebuah kedai yang menjual alatan menjahit. Dia memegang gelang manik yang dibuat Syahrin untuknya dengan erat.

Tiba-tiba Syahirah mendengar satu suara yang berbisik.

'Sya... Lari...Cepat Sya ke sana.. 'Syahirah memandang ke cermin melihat siapa yang memanggilnya. Tapi hampa kerana cuma ada pantulan wajahnya sahaja di situ.

"Kemana? Mana aku nak cari?"Syahirah merintih. Dia pasti Syahrin tidak akan pulang ke Malaysia lagi. Ini mungkin kali terakhir mereka akan jumpa Syahrin.

'Pantai.... Pantai... 'Suara itu berbunyi lagi... Pantulan wajahnya di cermin seakan-akan menyerupai wajah papanya. Air matanya menitis. Dia tidak menyangka keajaiban berlaku. Mungkin satu illusi.Papanya yang tidak pernah dia jumpa membantunya mencari Syahrin.

"Pantai... Pantai... Ye pantai... "Syahirah berlari mencari stesen bas.

"Papa... Terima kasih.. Walaupun Sya tahu ini mungkin imiginasi je... Thanks sebab bantu Sya. "

....
Dari jauh Syahirah dapat melihat seseorang duduk bersendirian sambil melihat ke arah laut. Dia pasti itulah orang yang dia cari.Orang yang dia cintai.

"Abang.."Syahirah menjerit memanggil Syahirah.Sebaik melihat Syahirah, Syahrin berlari menjauhi Syahirah.

"Abang... Tunggu... Abang... "Sambil mengejar Syahirah memanggil Syahrin.

Syahrin terus berlari tanpa menghiraukan panggilan Syahirah. Dia takut... Takut untuk berundur... Takut Syahirah akan terluka bila  bersamanya.

Puk..

"Ouwh... "

Syahrul memandang ke belakang. Syahirah terjatuh disebabkan tersadung kaki pada batu. Syahrin mula berjalan untuk menjauhi Syahirah. Tetapi langkahnya terhenti disaat mendengar tangisan adiknya@Wanita yang dicintai yang sangat kuat.Sangat kuat sehinggakan membuatkan hatinya sakit. Tanpa berfikir panjang dia berpatah balik. Dia menghampiri Syahirah.Dia mengangkat Syahirah bak princess.

Abang, I Love You.  (completed)Where stories live. Discover now