"oh! evening doktor Haira!" Zhi Hui melambaiku dan menuju ke arahku. "petang too, doktor Zhi Hui,"
"let's grab dinner jom, i check jadual you, you are free for an hour," katanya dan menarik lengan kot ku. "ehh, no i can't lah Zhi Hui."
dahinya terus mengerut dan senyuman bertukar muram. hei takkan sedih sangat kot.
"kenapa lo?" soalnya.
aku menggeleng kepala, "i nak visit patient i,"
"eh, sejak bila you pandai jenguk patient you? hei, mesti patient ni special kan!" dia mengusik dan tersengih sengih macam kambing.
"eh tak! no way! special kepala otak kau!" aku menjeling Zhi Hui membuatkan dia gelak lebih besar.
"you ni, i usik sikit pun nak marah, relaks lah sayang," hatiku yang panas terus sejuk apabila menerima kerdipan mata darinya.
kami berdua sering membahasakan diri sebagai sayang, baby, honey- tapi selalunya dia je yang panggil aku camtu, aku segan lak nak panggil dia sayang. heheheheheheh
so tak hairan lah kalau orang tanya kami ni couple ke tak sebab aku dan Zhi Hui bagai pasangan suami isteri yang hangat bercinta je. huhuhu sila aminkan.
"uh, i guess i will eat dinner alone then," Zhi Hui mengeluh, "next time ya!" aku terlebih dahulu meninggalkan Zhi Hui dan menuju ke bilik Harry.
aku mengetuk biliknya dan disambut oleh nurse yang menjaganya. nurse meninggalkan aku dengan Harry yang masih belum sedar.
aku mengambil tempat duduk di bangku bersebelahan katil Harry, wajahnya yang kelihatan tenang diperhati olehku.
aku mencapai telefonku dan memainkan lagu bahasa cina kegemaranku.
aku memerhati wajah Harry yang selalunya berkerut tetapi entahlah malam ni, dia nampak tenang je, berseri.
"kamu tak seteruk yang saya jangkakan," bisikku.
jariku mulai berani menyentuh rambut hitam Harry, tanpa sedar aku mengusap lembut wajahnya. "comel," aku tersenyum.
"get well soon, Harry." suasana yang tenteram membuatkan aku yang keletihan ini terlena dengan sekejap.
-----
deringan telefon membangunkan Harry. dia cuba mengangkat dirinya tetapi tewas apabila merasai kesakitan pada bahagian abdomennya.
dia mengeran kesakitan. "wo-" katanya terhenti apabila melihat susuk tubuh di bangku sebelah katilnya.
who? tanya Harry di dalam hati.
Harry mendekatkan wajahnya ke arahnya, jarinya menolak rambut yang melindungi wajah wanita tersebut.
senyuman terukir apabila melihat wajah tidur Haira, "ke ai..." comel bisik Harry dengan perlahan.
Harry mencapai telefon milik Haira dan me-reject panggilan dari telefonnya.
biliknya sekali lagi ditemani lagu yang dimainkan oleh Haira sebentar tadi. "lagu ni..." Harry membaca tajuk lagu yang amat dikenali olehnya.
kenangan lama mulai menjelma ke ingatannya.
12 tahun yang lalu...
Harry dengan bosan melihat gadis tingkatan menghampirinya, "hai Jia Min!" sapa gadis itu dengan riang.
perasaan gembira mulai hadir dalam hati Harry. dia cuba menghalau perasaan tersebut dan maintain air mukanya yang cool itu.
Harry sekadar mengangguk. "kamu buat apa?" tanya gadis itu lagi.
Harry terkejut dengan keberanian gadis itu untuk berborak dengannya. selalu gagap, pastu muka merah sebab malu. comel je~
"dengar lagu," Harry mencabut earphonesnya dan menghulurkan kepada gadis itu.
dengan gembira dan excited dia terus meletakkan earphones ke dalam telinganya.
Harry memandang wajah gadis itu dengan berhati hati, menunggu reaksi gadis itu.
kepalanya diangguk dan senyuman terukir, "saya suka lagu ni! saya tak faham maksud tapi saya suka!" gadis itu memulangkan earphones tersebut kepada Harry.
"ya, sangat tenang bila dengar," Harry cuba menahan diri daripada tersenyum terus berlalu pergi meninggalkan gadis itu keseorangan.
YOU ARE READING
ex sewel, jiran gila
Romance"jangan tengok saya!" "perasan! nak hadap kau pun aku tak ingin!" ya tuhan, tabahkanlah hatiku untuk menghadapi dugaan dengan ciptaan mu yang tak beberapa normal itu. © aries lee