#ZHIRA MOMENT IS COMING UP!
keluhan kuat terlepas dari bibirku, shift 36 jam telahpun bermula. #redha
aku terus bergegas ke hospital usai menghantar harry ke pejabat, dia membenarkan aku menggunakan keretanya. wohoo
kakiku melangkah keluar dari perut kereta tiba tiba satu susuk tubuh mendekati.
"haira! oh my god, i miss you baby." Zhi Hui memeluk tubuhku dari belakang, pipi ku dikucup dengan pantas.
aku rasa macam ahahahsjsdjdjakajsdjeowoaalsd.
aku menahan excitedku sambil menyembunyikan sengihan bibirku.
sekarang baru aku ingat kenapa aku jatuh cinta ngan mamat comel ni hehehe (*/ω\*) korang ambik lah harry, biar aku jaga bakal suami aku yang sorang ni.
"jangan peluk saya lah."aku menolak tubuhnya, acah acah jual mahal lah sangat.
"peluk saja, tak apa lo~" pipiku dicubit lembut sambil tangannya merangkul bahuku. "jom kerja, sayang." katanya dan menarikku ke pintu masuk.
seperti biasa, kami akhirnya menuju ke laluan lain, Zhi Hui jaga tingkat 1VIP aku jaga yang kedua.
pesakit hari ini semua tak cerewet, tak banyak komen, seperti kena rasuk je sebab lain daripada lain.
waktu rehat dah sampai dan aku terserempak dengan Zhi Hui ヽ(^▽^)ノ cinta hati beta
"sayang!" aku menoleh ke belakang apabila mendengar panggilan mesra dan suara yang tercinta memanggil ku.
senyuman terukir di bibirku dan melambai Zhi Hui yang otw ke arahku.
"jom makan," katanya sambil merangkul bahuku.
sekadar senyuman yang ku berikan.
pejam celik pejam celik, tinggal beberapa jam sehingga shift aku berakhir.
rutinku berulang seperti mixtape, kerja sana sini, check up, kena scold sana sini, lunch ngan zhi hui <3 pastu kerja balik.
memang stress sangat tapi nasib baik zhi hui sentiasa mendampingi aku dan ceriakan hari ku.
hehe
tanganku digenggam, membuatkan aku sedikit terkejut, baru je nak marah tapi terbantut niatku apabila melihat zhi hui yang tersenyum riang kepadaku.
"jom balik rumah, sayang," katanya dam aku mengangguk.
kalau lah betul betul balik sama kan best.
aku berhenti dihadapan kereta harry, membuatkan zhi hui tertanya, "eo? kereta baru ka?" usiknya sambil menyiku pinggangku.
"eh no, saya pinjam kereta er.. abang saya! ya kereta abang saya," kataku tersengih dan dia mengangguk.
"oh ya, Haira!" dia menyeluk poketnya seperti mencari sesuatu.
tiba tiba dia mengeluarkan dua keping tiket wayang, "tengok wayang malam ni jom," ajaknya.
aku menahan mood fangirlingku, "like a date?" tanyaku.
dia teragak untuk menjawab soalan tapi akhirnya mengangguk.
eleh malu pulak.
"yes! boleh boleh!" kataku dengan gembira.
"we will meet up malam nanti, nah." dia memberiku tiket sebelum melambai dan berlalu pergi.
-
aku melambai ke arah zhi hui setibanya aku di depan pintu masuk. "haira!" senyumnya.
"let's go," kami masuk beriringan.
aku sorang je ke yang perasan yang perangai dia tak cam dia kat hospital.
aku paranoid je kot.
apapun kami berdua masuk ke dalam panggung ketika movie dah bermula. kami berdua bersebelahan di kerusi bahagian tengah.
"awak.." katanya dan menggengam tangan gadis itu dengan erat. "ya?"
"saya.. maafkan saya.. saya rasa ni last kita jumpa.." tangan dilepaskan dan wajah sayu terlukis.
"a-apa mak- maksud awak?" suaranya bergetar, seolah dunianya mulai hancur.
"i am leaving. saya ada jumpa seseorang yang baru.. saya rasa dia perfect untuk saya." katanya dengan gembira apabila mengingati wajah kekasih hati barunya.
"so.. patutlah awak layan saya dingin je malam ini.. awak.. dah.."
kedengaran bunyi telefon memberhentikan percakapan gadis itu.
"i have to go. dia perlukan saya." katanya tegas dan menolak tangan gadis itu yang menggengam lengannya tadi.
titisan airmata mulai mencurah bagai tiada hentinya-
"wow, haira kusyuknya you tengok movie," suara zhi hui mengejutkan aku. pantas mataku melirik ke arah zhi hui yang ketawa kecil melihat mataku yang mulai berair.
"heish kamu ni. drama saja pun, kenapa nak nangis?" katanya dan ketawa dengan nada kecil. enggan menganggu orang lain.
"kamu ni kacau saya sajalah. baru saja nak feeling." aku memukul bahunya dengan lembut.
"okaylah sorry haira. hehe."
beberapa jam kemudian, panggung menjadi gelap, menunjukkan cerita dah tamat.
korang tak perlu tahu pun endingnya.
zhi hui mengajak ku untuk dinner sebelum pulang. so aku apa lagi, on je lah.
setelah memesan makanan, aku hanya memerhati zhi hui yang bermain dengan phonenya. seperti tengah bersembang dengan seseorang.
bibir zhi hui mengukir senyuman yang kecil. group kerja kot, kan salu ada banyak yang bangang dan pelawak.
"uhm, haira." zhi hui memanggilku.
"ye?"
"saya rasa tak ada selera lah nak makan sini, kita take away sajelah." katanya dan aku sekadar akur.
kami menuju ke kereta zhi hui di basement, dia kelihatan tidak sabar untuk masuk ke dalam kereta dan sedikit cemas.
nak berak kot.
perjalanan kami agak sunyi berbanding hari yang lain.
dia sedikit dingin.
ok, confirm dia nak berak. tah tahan lagi lah tu.
kami tiba di depan apartmentku, belum sempat aku membuka pintu, tanganku ditarik.
aku memandang zhi hui dengan kehairanan.
"wait first," katanya dan aku mengangguk sementara dia menyeluk poketnya.
dia mengeluarkan gelang silver dan menunjukkan kepadaku, "tangan kamu," dia menarik tanganku.
"wow, cantiknya." kataku sambil memerhati gelang yang kini berada di lenganku.
dia mengangguk, "ya, memang cantik. for you," katanya.
"really?" aku tersenyum lebar.
"ya,"
"aw xiexie zhi hui!" ucapku dengan riang. "oh ya, kamu belum pernah tengok rumah saya lagi kan. jom! pastu kita dinner sekali kat sana." ajakku dan dia bersetuju.
YOU ARE READING
ex sewel, jiran gila
Romance"jangan tengok saya!" "perasan! nak hadap kau pun aku tak ingin!" ya tuhan, tabahkanlah hatiku untuk menghadapi dugaan dengan ciptaan mu yang tak beberapa normal itu. © aries lee