aku duduk termenung di hujung bangunan, kaki dirangkul kemas.
alunan lagu meluahkan pilu rasa di hati, hm rindu masa sekolah menengah; perangai cam syaiton pelanggan cctv T.T kacau crush huk huk
tiba tiba bahuku rasa dicuit, aku menoleh. aku meneliti wajah Harry, "kamu nak apa?" tanyaku.
dia menjeling, "takda -saya bosan saja." jawabnya ringkas lalu melabuhkan punggung di tempat sebelahku.
"um, terima kasih sebab dah tolong saya," aku melemparkan senyuman manis yang teramat sampai nampak gigi swing yang amat comel.
matanya merenung wajahku dan ketawa sinis, "mana ada saya tolong kamu."
"habis tu?"
dia ketawa dengar kuat, "perasan lah kamu ni."
aku melihatnya dengan wajah runsing.
"ye lah tu, cakap je malu nak ngaku tolong aku. siap cakap saya suami dia apa ntah." aku menjelingnya dengan perasaan tidak puas hati.
"memang perasan ini budak," bisiknya tetapi didengar jelas olehku.
"saya bukannya tolong kamu lah. haiya..."
flashback...
Harry menekan hon sebanyak berapa kali, entah tapi kereta di hadapannya masih tidak berganjak. "oi, for god sake faster lah!" bentak Harry dengan marah.
kelihatan seorang wanita keluar dari kereta tersebut tanpa memberi perhatian langsung kepada harry. "gila ini orang."
Harry keluar dari kereta dengan perasaan marah, kalau boleh nak je dia langgar kereta tu tapi tak sanggup dia mencederakan anak kesayangannya.
Harry mengejar wanita tersebut dan menyaksikan adegan yang diceritakan oleh author dalam bab 8 kalau tak silap, sila rujuk balik.
Harry, sebagai seorang namja/ nanren yang gentleman terus belari ke scene dan menahan tangan wanita itu.
dia baru je nak cakap suruh alih kereta tetapi wanita itu terlebih dahulu menjerit dengan air liur meleleh merecik ke muka Harry Harry rasa jijik dan nak ludah ke dalam mulut wanita itu.
confirm pakai gigi palsu.
wanita itu menanyakan siapa Harry, dan Harry yang suka tengok drama korea dan kekadang drama melayu pun berkata, "saya? saya suami dia. kamu siapa?"
*drum rolls* please clap your hand, anugerah pelakon lelaki terbaik 2017 ialah Harry si babun gila.
flashback tamat...
"so kamu memang tak nak tolong saya lah," aku mencebik.
"yalah! tak ada masa nak tolong kamu, saya marah sangat masa tu. air liur wanita itu banyak kena muka saya dan block jalan saya." rungutnya dengan perasaan tidak puas hati. kalau puas hati takkan nak merungut kan? lol.
"oh. lelaki haritu cakap apa dengan kamu?" aku mula teringat masa mereka berbicara dalam bahasa cina.
"oh itu! masa itu saya betul betul marah, lelaki itu cakap mereka dah langgar kereta saya. memang babi itu orang, nanti akan kena dengan saya mereka itu." dia menghentak buku limanya ke dinding, sumpah aku nampak dinding tu retak.
kuat siot babun ni.
"heish kamu ni, sedikit pun tak nak tolong saya," aku mendengus kasar.
"sebab kamu juga lah yang buat saya tak kerja banyak masalah datang baju saya rosak, sebab kamu lah. kenapa nak marah saya?!" giliran dia pula memarahi aku.
aku marah - dia marah. weih takyah tiru aku lah!!!!
"ee okay lah! okay lah! tak perlu nak jerit"
keadaan mulai sunyi kembali, aku cuba tidak menghiraukan kehadiran si babun tu.
"kenapa kamu masih sini?" aku menoleh ke arahnya lagi. "suka hati saya lah. saya punya apartment kamu apa sibuk." jawabnya kasar.
aku tanya baik, kau lempar bom.
dan suasana kembali sepi, dan sepi dan sepi. tiba tiba Harry menolak bahuku dengan kasar.
"apa?!" aku berpaling ke arahnya dengan marah. "ikut saya." katanya.
"pergi mana?" aku mengiring dia yang menuju ke lift. "ikut saja, jangan banyak tanya." aku memerhati jarinya yang menekat punat lift.
eh, tingkat 59? "pergi gym?" tanyaku.
"eh bukan, pergi syurga." jawabnya dengan sarcastic. izinkan aku campak dia.
kami tiba di tingkat 59, nah kan betul, memang gym. nak buat apa kat sini?
dia ejek aku eh? tahulah perut aku bulat, takyahlah sibuk.. huhuhuhu
dia membawaku ke sebuah bilik yang berkunci, dia mengeluarkan kunci. "eh, nak buat apa kat sini?" tanyaku dengan terkejut.
"kamu nak rogol saya ka?!" aku menjauhi diri darinya dan merangkul dadaku. "ma de! kamu ni memang gila. shenjingbing!"
shenjingbing = gila.
dia membuka pintu dengan luas dan aku menjenguk ke dalam.
terdapat puching bag, puching glove dan apa ntah yang orang guna untuk tinju. "buat apa kat sini? apa benda ni?"
dia membuka tirai dan cahaya matahari terus menerangi bilik. "dah lah gila, sakai pulak tu." kata harry.
"saya panggil kamu hai-yi-lah sakai lah lepas ini. okay." eh ada hati nak ejek aku tapi salah sebut nama.
belum sempat aku membalas balik, Harry melempar puching glove kepadaku, "saya latih kamu tinju,"
"eh nak buat apa? nak tumbuk patients saya?" aku mencebik dan menggeleng kepala. "lebih baik saya tidur," aku bersedia nak beredar dari bilik itu.
"gila, sakai, pemalas. sangat sesuai dengan kamu." dia menarik lenganku. "hei kamu ni," dia menggeleng kepala.
"ini untuk kebaikkan kamu juga lah. kamu sangat lemah, tolak sedikit dah jatuh, saya akan latih kamu tinju so boleh lawan balik lah." katanya sambil menyarung glove ke tanganku.
"tapi..."dia menjentik dahiku, "tak ada tapi tapi, kamu nampak kan hari itu mereka sangat bagus bertumbuk- but of course tak dapat kalahkan saya," dia ketawa dengan bangga dengan hidung bengapnya yang teramat sampai menampakkan mukus mukus dan bulu seperti gua itu.
"eleh banyak lah tak dapat kalahkan kau," aku mencebik. "dah dah, mari mula, kamu tumbuk saya,"
dia mengeluarkan kedua tapak tangannya dan dibuka luas
"eh tak nak lah saya. nanti kamu tumbuk saya balik, mati saya." jawabku selamba.
"jangan takut. saya tak pukul perempuanlah." dia mengeluh.
"now c'mon, sakai." dia mengarahku untuk menumbuk telapak tangannya.
aku masih tidak dapat mempercayai kata katanya. yalah kan mana tahu dia main cakap je.
"hei, saya tak da masa nak tunggu kamu, cepatlah gila!" rungutnya.
aku aku dan latihan pun bermula.
aah babun tak tipu, dia sikit pun tak sentuh aku. oohhh cair hatiku ini~
YOU ARE READING
ex sewel, jiran gila
Romance"jangan tengok saya!" "perasan! nak hadap kau pun aku tak ingin!" ya tuhan, tabahkanlah hatiku untuk menghadapi dugaan dengan ciptaan mu yang tak beberapa normal itu. © aries lee