duapuluh 二十

266 24 18
                                    

kakiku mulai give up, langkahku terus perlahan. "phew gila penat." aku mencabut earphones ku dan duduk di bangku dekat sebelah gelanggang basketball.

aku memandang ke arah gelanggang. "eh harry," bisikku apabila melihat harry yang sedang bermain basketball sendirian.

walaupun ketinggiannya agak rendah berbanding ketinggian cina yang lain, dia masih dapat shoot bola dengan mudah. rasanya dia selalu practice.

aku semakin seronok melihatnya, sehingga sekarang dia belum pernah termiss shoot. terernya kesayangan aku ni.

dan...

aku baru je nak puji lebih, jaringan kali ini termiss. apakah?! bola serta dia sekali rebah ke atas gelanggang. wtf.

dia mengadu kesakitan sebelum ternampak aku.

"doktor!" panggilnya.

jariku menunjuk kepada diriku sendiri, "saya?" tanyaku, mataku terbeliak.

"yalah! siapa lagi? pokok? bola? tiang?" marahnya. eleh, panggil orang pastu marah aku pulak.

kalau camtu malas lah aku nak tolong.

aku menjelingnya sebelum mencebik, aku menuju ke arahnya dengan langkah yang lambat.

sampai dia hadapannya, aku mencangkung 😂😂😂😂

"cepat betul kamu datang, kaki saya baru saja patah." katanya sarkastik.

"baguslah ini saya nak tolong, kalau boleh saya tinggalkan saja kamu ni." rungutku dan mencebik.

"dah tak perlu bercakap kamu -check kaki saya ni. rasanya nak patah dah." bebelnya dan mengeluarkan kaki kanannya.

"bagus lah patah." balasku balik dan menarik kakinya dengan kasar.

"hei! pegang baik baik lah! kamu ni macam nak bunuh saya saja." marahnya dan menjeling.

aku menrolled kan mata aku. "tak payah nak drama sangat lah." aku menyetuh bahagian buku lalinya yang merah.

lol haritu dia sentuh buku laliku, hari ni aku pulak yang sentuh. huh jodoh apakah ini~

dia merengek kesakitan apabila aku menekan buku lalinya.

"seliuh je ni. bawa pergi urut lah." kataku dan megalihkan kakinya.

"kamu urutkan lah," dia meletakkan kakinya ke atas pahaku. "sedapnya mulut. tak nak lah saya sentuh kaki busuk kamu tu." aku menolak kakinya.

"tak busuk. saya cuci tiap tiap hari. kamu kan doktor, sepatutnya jaga saya dengan baik."

aku mencebik, "eee pleaselah, kamu bukan patient saya, kebetulan saja kamu jatuh di hadapan saya."

aku berdiri dan berjalan pulang, meninggalkan harry yang masih terlantar di atas gelanggang.

aku sempat menjeling ke belakang, kelihatan harry cuba berdiri tetapi dia terus jatuh.

"auch, ma de!" jeritnya kesakitan. keluhan keluar dari bibirku, nak tak nak tapi sebenarnya nak terpaksa gak tolong dia.

aku menghulurkan tanganku, "jom balik," kataku dan tersenyum manis, acah acah cam bidadari jatuh dari syurga.

mata kami bertaut, bibirnya mengukir senyuman.

senyuman tersebut tidak tahan lama apabila berubah ke garisan lurus semula.

"tak payah tak payah, doktor. saya bukan pesakit kamu so tak perlu risaukan saya." jawabnya, nadanya menyindir.

"er, saya gurau saja lah tadi. kamu ni cepat sangat nak feel." kataku, tersengih.

ex sewel, jiran gilaWhere stories live. Discover now