tigabelas 十三

300 19 8
                                    

Harry menghulurkan botol mineral kepadaku yang tengah tercungap cungap nak ambil nafas. aku meneguk air dengan dahaga.

"macam mana kamu tahu tinju?" tanyaku sambil mengelap air peluh yang melilih.

malam dah menjelma, kami akhirnya berhenti berlatih. bapak tipu kalau tak penat. kalau boleh nak seret je badan ni masuk bilik.

"saya pernah berlatih tinju masa sekolah menengah." Harry menjawab soalanku dan menyimpan semula barang yang telah kami guna.

"kamu sekolah kat mana?" tanyaku lagi. "malaysia." jawabnya dengan bersahaja.

"cakap betul betul lah!" aku membesarkan suara dan diapun menjeling ke arahku. "saya cakap betul lah ni. tak ada tipu kamu. tak ada saya sekolah dekat laut."

aku menge'tcik' lidahku, "aah lah memang lah kamu sekolah dekat malaysia, tapi negeri mana, bahagian mana." kataku dengan geram.

"kenapa nak tahu? tak perlu tahu lah. bukannya kamu tahu sekolah itu." dia menarik aku keluar dari bilik tersebut. "eh kedekut babun." bisikku.

"dah lah, balik sana. kamu banyak cakap, pening kepala saya."

aku mencebik. hendaknya ke lift tapi berdiri bulu roma apabila lihat lift yang tiba tiba kelihatan seram tuh.

"hari dah malam, takkan nak balik sorang kot. kang ada-" aku berlari dengan gediknya ke arah Harry. "kenapa masih sini?" tanyanya dengan kasar.

"saja nak teman awak, mana tahu awak takut balik sorang." jawabku dan tersengih. "buat apa nak takut, bukannya ada hantu." dia mengunci bilik tinju dan berjalan ke arah lift. "ey kamu ni cakap main lepas je. aku kasi cili kang!"

aku mengikutnya dengan langkah longlai.

jariku bermain dengan lengan bajuku sambil memerhati tubuh nya yang teramat terlebih ciri ciri boyfriend material dengan dahaga. HAHAHAHAH bangang sia

"huhuhuhuhu, rase nak ngap je kau ni," bisikku (*/ω\*) "ni kalau jadi laki aku memang tak bagi keluar lagi dah ni." ohmaigod gatalnya kauuuuuu HAIRAAA!!!!

"apa kamu cakap tadi?" Harry menoleh ke arahku dengan tiba tiba, wajahnya bekerut.

alamak dia dengar ke tadi? "aaaa, tak ada pape, saya tak cakap apa aaa- apa pun. ya betul tu." kataku dengan tergagap gagap. tanggal gigi palsu aku.

"tipu kamu, saya dengar kamu cakap 'kalau jadi laki aku-" aku menekup mulutnya dengan lengan bajuku.

"eh takde, takde," aku menggeleng kepalaku dan merenung wajahnya yang kelihatan terkejut. "tadi saya cakap saya ni dah nyanyok perlukan laki, ha tu betul tu." nampak sangat menipunya. jauh sial beza apa yang aku cakap tadi. ㄟ( ̄▽ ̄ㄟ)

"peliknya kamu ni." dia menolak aku agar menjauhi dirinya. "betul lah apa saya cakap tadi. saya memang dah nyanyok, saya tak ingat yang saya dah hantar kereta saya ke bengkel." dan aku pun berhuhuhuhu...

"nah, nasib baik kamu ingatkan." dia menghulurkan sekeping kertas kepadaku. "mende ni hazz?"

mataku terbeliak dengan besar. "apa ni sampai lapan ribu ni?!!!" tanyaku dengan terkejut.

"ini," jarinya menunjuk nilai 2 ribu ringgit, "ini bayar repair kereta kamu, banyak rosak, kereta lama dan buruk, lebih baik beli baru." eh sempat lak babun ni mengata kereta aku.

"dan ini," jarinya menunjul nilai 6 ribu hengget "ini bayar repair pintu kereta saya yang scratch dan side mirror patah."

"babi sial mahal kau punya repair! ko tipu aku eh?!" aku memberi balik kertas tadi kepadanya.

"ini semua sebab kamu lah. kamu harus, mesti, wajib bertanggungjawab, tak ada tipu punya." dia tiba tiba menjuntal kepalaku, adoh patah tengkuk nenek "dan babi itu makanan." katanya lalu keluar dari lift.

aku mengejarnya sebelum dia balik ke apartment, "tapi gaji saya sedikit saja, macam mana saya nak makan lepasni?" aku melihatnya dengan wajah simpati/ wajah yang patuh korang bagi kaki.

aku tak reti wat aegi~

"tak payah tipu saya, kamu tu doktor ada phD banyak duit lo. dah dah saya nak mandi lepastu tidur. bye bye." dia menutup pintu dengan kasar.

ingat kau aku bagi tahu mak aku lepasni.

『 ※ 』

selepas selesai membersihkan diri, aku bersiap, mengenakan hoodie yang tak berjenama dan seluar jean lelong yang koyak.

aku mengetuk pintu rumah harry. ada lonceng tak nak pakai. huh

dia menggosok matanya, "apa ni? pukul sembilan dah jam ni."

"jom, ikut saya pergi bank."

"eh tak nak lah saya, pergi sorang sorang lah." dia hendak menutup pintu tapi aku menahan pintu dengan kakiku yang bersarungkan selipar jepun warna biru.

"jom lah teman, saya nak bayar awak ni." aku menarik lengannya. heheheh lembutnya kulit, aku mengambil kesempatan untuk mengusapnya.

"gila ka kamu ni." dia menarik tangannya. "yalah yalah, saya tukar baju dulu," katanya dan masuk kedalam.

rasa nak skodeng je dia salin baju.

"dah jom," katanya dan mengunci pintu rumah.

dia tidak berhenti menguap sepanjang perjalanan. ada lak yang accident pasni.

"awalnya kamu tidur," aku cuba nak berbual dengannya untuk membuang rasa mengantuk.

"mestilah, esok nak kerja lagi." noktah.

"awak kerja apa?" tanyaku kepadanya. "ada lah. tak perlu tahu okay." noktah.

"eleh nak rahsia pulak," aku mencebik.

dia memarkir kereta dan menemankan aku ke mesin ATM. aku mengeluarkan duit 10K. ehem kan aku cakap aku ni kaya tapi kedekut.

kami masuk semula ke dalam kereta, duit dihitung dengan berhati hati, "nah," aku menghulurkan lapan ribu ringgit kepadanya.

"okay good." katanya setelah berpuas hati dengan nilai wang yang dikiranya sekali lagi.

"anyway, jom pergi mall kejap." kataku. "nak buat apa? nak shopping baju ka? gila ka shopping malam malam macam ni." dia ni kalau tak membebel pastu panggil aku gila memang tak sah. rasa nak toreh je bijik mata dia.

"eeee! saya nak beli barang makan lah. saya belum beli lagi."

"eh tak perlulah, esok kamu pergi dengan boyfriend kamu sajalah." katanya. "kejap jeeee. please lahh temankan saya dan saya tak ada boyfriend." aku merayu dan membuat muka kiyot.

dia menjeling kearahku. "yalah yalah. ee banyak macam orang gila ni." bebelnya dengan perlahan.

yayyyy dapat shopping ngan abang hot ni. muahh pasni nanti awak teman saya beli baju kahwin ye sayang ye~~

ex sewel, jiran gilaWhere stories live. Discover now