BAB 5
Eric merenung muka bulan. Bulan separa penuh. Panjang nafas ditarik oleh Eric. Otaknya cuba mencerna segala kejadian yang didengarinya tadi.
Betul atau tidak?
Mungkin tidak.
Tapi, kalau betul, ia amat bahaya.
Angin sepoi-sepoi menampar pipi Eric yang sedang melangut memandang jauh kehadapan. Tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar. Rambut perangnya terjuntai-juntai mengikut lenggok bahasa angin.
Mata hijau biru itu sekali lagi memandang bulan yang megah didada langit lantas akalnya kembali mengingati peristiwa disekolah tadi.
WAKTU rehat yang terlampau panjang bagi Eric. Apa pun dia tak tahu nak buat. Makan? Perut pula masih belum lapar. Jadi inilah yang dia buat, berjalan sekeliling sekolah. Kali terakhir masa dia tingkatan satu mungkin dia buat kerja sebegini. Itu pun dulu senior yang bawa kononnya untuk mengenal kawasan sekolah. Pufft.
"Kau memang tak guna."
Tersentap Eric yang sedang berhenti melihat bunga ditaman sekolah. Suara siapa itu?
Bergaduh?
Selalunya kalau pelajar sekolah ini bergaduh berkisarkan kekasih yang dirampas. Macam takde hala tuju hidup.
Menyedihkan.
"Kau nak bayar hutang tu atau mati?"
Suara itu lagi. Kini semakin tinggi nada suaranya.
'Hutang?' fikir Eric sampai berkerut wajahnya. Okey ini sudah lari dari tema kau-rampas-awek-aku. Ataupun ini gangster yang dia dengar pelajar haritu bercerita.
Memang ada?
Ini sudah kira berbahaya.
Eric resah tidak semena. Peluh dingin mula merenik didahi. Bagaimana kalau dia yang menjadi mangsa kepada kumpulan gangster ini? Melayang nyawa tanpa pasal nanti.
Kaki Eric tanpa menunggu arahan akal terus berjalan menghampiri bunyi itu. Dia perlu saksikan dengan mata kepalanya sendiri sebelum mensahihkan cerita yang didengari telinganya. Walaupun sebenarnya dikepala Eric sudah membayangkan ada manusia yang dipenggal kepala, ditoreh dagingnya ketika masih bernyawa, ditembak tanpa rasa dan ditikam ikut suka.
Kejam!
Eric tersentak, bahunya disentuh.
Perlahan Eric memusingkan kepalanya dengan mata terpejam. Dada pula rasa menggila, berdebar bagai ribut melanda.
"Kau buat apa dekat belakang ni?" soal satu suara. Suara Sazwan. Segera Eric membuka matanya. Tanpa sedar nafas kelegaan dihela.
Sazwan yang blur didepan mata Eric terus ditampar dibahu. Berkerut wajah Melayu tulen itu.
"Kau kenapa? Demam?" soal Sazwan keanehan dengan Eric yang tersengih hingga ketelinga. Eric menggeleng, masih tersengih. Sazwan menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan mata yang sepet sebelah kerana dahinya yang berkerut.
"Dahlah, jom masuk kelas."'
Kedua-dua orang rakan itu pun berjalan beriringan sambil bertukar-tukar cerita. Sesekali terdengar tawa dari mereka berdua.
Bagi Eric, walaupun dia tertawa ada benda yang dia dengari dan gusar untuk difikirkan. Saat dan ketika ini juga, Eric bermohon agar ingatannya dihilangkan dari mengingat sepotong ayat itu.
"Cari dia sampai dapat dan bunuh."
ERIC mengusap mukanya sendiri. Suara yang menyebut itu seakan dikenali, tapi siapa? Kenapa?
YOU ARE READING
Surat Cinta ©
Aksi~dari sekeping surat cinta, segalanya bermula~ Ini kisah Eric Rizwan. Kisah dia yang dia sendiri tidak jangka. Kisah hadirnya penyelamat yang dalam diam mencintai dirinya. Kisah yang merungkai 1001 kisah duka masa silamnya. Kisah cintanya yang penuh...