BAB 15
KEISHA memegang erat pedang ditangan. Peluh yang turun terus dibiar mengalir. Fizikalnya berada di sini namun fikirannya jauh sudah berlayar. Langsung dia tidak sangka yang orang bawahan Seman akan berani pergi ke sekolah. Muncul pula dihadapan Eric. Tapi takpe, dia dah bereskan.
Nasib baik Eric pengsan. Sebenarnya dia yang pengsankan Eric. Eric baru nak pengsan tapi dia dah pengsankan dengan menghentak leher Eric. Kebetulan pula ada kayu dekat situ.
Bahaya betul. Bagaimana jika dia tiada waktu itu? Mungkinkah mereka akan menculik Eric? Ataupun Eric akan dibunuh oleh mereka?
Mereka bukannya boleh nak diramal. Apa saja yang mereka tidak buat? Membunuh darah daging sendiri saja sanggup. Untuk kepentingan diri, darah dan air mata sudah tiada lagi berharga. Mereka jauh lebih kejam dari binatang.
"Kalau ingin berjaya kita kena hapuskan halangan yang halang kita untuk berjaya. Kalau gunung, kita tarah. Kalau bangunan, kita tumbangkan. Kalau manusia, kita bunuh."
Keisha ingat sangat ayat yang diulang-ulang oleh atuknya ini. Kata-kata semangat kumpulan-kumpulan gangster katanya.
What the hell!
'Kalau manusia, kita bunuh.'
Peluh dingin mula keluar. Macam mana kalau mereka betul-betul mahu membunuh Eric? Apalah nasib crushnya itu nanti.
"Hoi Keisha, jauh termenung," tegur Zahirah yang baru pulang dari melaksanakan tugas. Macam biasalah, kutip hutang. Takpun kutip duit perlindungan.
Keisha mengeluh. Pedang diturunkan dan disimpan didalam sarung semula. Peluh dilap dengan tuala. Rambut yang sudah tidak terurus disanggul tinggi menampakkan lehernya yang jinjang. Baju yang lencun dengan peluhnya selamba saja dibuka dan diganti dengan baju yang lain.
Alah, rilekslah. Gym ni tiada orang. Suka hati Keisha lah nak buat apa. Jaket kulitnya yang sememangnya biasa terdampar dikaunter, diambil dan dipakai oleh Keisha.
Sarung tangan yang sering dipakainya juga disarung kemas.
"Eh kau nak pergi mana?" kalut Zahirah bertanya. Takut juga dia kalau Keisha buat perkara yang bukan-bukan. Keisha ni bukan boleh kira sangat.
"Buat perhitungan." Selamba saja jawapan Keisha.
Zahirah yang mendengar sudah ternganga tak percaya. Perhitungan apa pula ni?
"Mereka culik dia." Senafas. Wajah putih kemerahan itu memucat. Takut jika apa yang gerak hatinya katakan ini benar belaka. Keisha takut untuk kehilangan orang yang disayanginya. Tak. Dicintainya.
Ada orang kata, kalau crush lebih tiga bulan itu sebenarnya cinta. Dan sudah lebih tiga tahun Eric menjadi crush dalam senyap Keisha. Sudah jauh sangat berlajak dari tiga bulan tu. Tentu sajalah rasa ini, cinta. Love. L.O.V.E.
"Siapa?"
"Eric."
"Mana kau tau?"
"Aku dapat rasa."
Zahirah berfikir seketika. Memang tidak dinafikan gerak hati Keisha tidak pernah salah. Macam ada sixth sense gitu.
Tapi apa hubungan Keisha dengan Eric sampaikan Keisha nak buat perhitungan dengan si penculik? Mereka bercinta ke? Tak pernah pula Keisha cerita apa-apa padanya.
"K," tegur Zahirah. Keisha berpaling. Pedang yang ditinggalnya tadi dihulur Zahirah kembali. Pedang dengan kepala helang sebagai ukiran. Pedang milik ayah Keisha yang telah diberikan kepada Keisha.
Keisha pandang pedang dan Zahirah silih berganti. Keningnya terangkat tinggi, bertanya menggunakan bahasa tubuh.
"Mana tahu kalau kau nak gunakan nanti." Zahirah senyum sikit. Dia risaukan Keisha. Tetapi dia tak boleh ikut Keisha. Kalau atuk Keisha tahu yang Keisha buat kerja macam ni, siapa yang nak coverkan nanti. Zahirahlah orangnya. Haih!
"Aku doakan kau selamat Keisha."
Keisha sengih, sinis. Selamat ataupun tidak dia, sukar untuk ditebak. Keisha perlu bersedia untuk kehilangan nyawanya setiap kali terlibat didalam pergaduhan. Dia sudah tiada rasa gerun untuk mati itu kadangkala. Sudah tiada erti. Nyawanya sentiasa terancam.
"Ira, aku perlukan bantuan kau. Andai kata nanti aku tak balik-balik. Ditakdirkan aku terkorban atau jadi tahanan, kau tolong tengok-tengokkan mama dengan adik-adik aku. Aku takut aku takkan balik semula." Keisha berhenti, menarik nafas.
Tidak sedap hati. Hati Keisha berdegup laju semacam seakan ada perkara buruk yang bakal berlaku. Lain macam lajunya. Sama seperti malam ayahnya dibunuh oleh atuknya. Kelajuan degupan yang sama. Terasa mahu pecah jantung Keisha saat ini. Darah dipam laju keseluruh tubuhnya.
Zahirah mengangguk bersetuju. Tubir matanya mulai hangat. Dia dapat rasa apa yang Keisha rasa saat ini. Dia dapat agak rasa yang disimpan Keisha. Tentu saja sakit memendam rasa cinta yang sarat didalam hati.
Dulu kerana cinta, kakaknya terkorban. Kerana cintanya kepada keamanan dan keharmonian, Zawiah terkorban dan meninggalkan Zahirah mengurus hidupnya yang pada masa itu hanya berusia sembilan tahun itu sendiri. Keseorangan.
"Ira," panggil Keisha perlahan.
Zahirah mendongak, memandnag tepat kedalam anak mata hazel milik Keisha.
"Dia yang bunuh kakak kau." Keisha mendongak memandang langit. Sedikit gelap, macam nak hujan saja.
"Dia? Siapa K? Siapa?" Jatuh berderai air mata Zahirah. Siapa yang tergamak membunuh kakaknya? Manusia tidak berhati perut yang mana yang telah membunuh kakaknya?
"Mak kau. Zahenon."
Zahirah bungkam tidak mampu bersuara. Bibir atas dan bawahnya seakan digam. Dia baru korek telinga semalam, tentu saja dia tidak salah dengar.
Mendengar nama wanita yang melahirkannya kedunia yang telah tega membunuh anak sendiri, membuatkan Zahirah mengongoi dan jatuh melutut. Ibu jenis apa begitu! Membunuh darah daging sendiri. Kejam!
Ya, Keisha pernah rasa bila atuknya sendiri yang bunuh ayahnya. Kejam, binatang, tapi itulah kenyataan yang dia kena hadapi selama ini. Dia senasib dengan Zahirah cumanya Zahirah dibebani dengan kenyataan ini ketika berumur 17 tahun sedangkan dia pada masa itu hanya berusia 12 tahun.
"Ira, aku tahu kau kuat. Kau kuat sangat." Tubuh yang terjelepok itu didakap erat sebelum dilepaskan perlahan-lahan.
"Tapi, aku kena pergi sekarang. Sebelum ada orang lain yang menangis kerana keluarganya juga."
Anggukan Zahirah cukup melegakan hati Keisha.
Keisha mengeluh. Zahirah yang masih tersedu-sedan ditinggalkan, dia tahu Zahirah kuat. Selama lapan tahun ini Zahirah sentiasa bertabah mencari keadilan untuk kakaknya. Tentu dia sudah cukup bersedia untuk ini.
Ada satu nyawa yang Keisha perlu selamatkan sekarang ini. Sungguh Keisha tidak mahu melihat orang lain menangis sepertinya dan Zahirah kerana kehilangan orang yang dicintai. Ahli keluarga Eric semestinya.
Keisha perlu pantas!
ANDA SEDANG MEMBACA
Surat Cinta ©
Action~dari sekeping surat cinta, segalanya bermula~ Ini kisah Eric Rizwan. Kisah dia yang dia sendiri tidak jangka. Kisah hadirnya penyelamat yang dalam diam mencintai dirinya. Kisah yang merungkai 1001 kisah duka masa silamnya. Kisah cintanya yang penuh...
