Lapan; Bunuh

328 22 0
                                        

BAB 8

KEISHA menggaru kepalanya. Dia terlupa sebuah buku, tertinggal dibawah meja sekolah. Langit diluar, ditenung. Mendung. Jam ditangan juga dibelek. Jam lima petang. Sempat lagi kalau dia memecut kesekolah dan kembali semula kerumah. Kunci motosikalnya yang ada dimeja berhampiran pintu dicapai. Jaket kulit yang selalu menjadi peneman disarung ketubuh.

Baru saja Keisha mahu menolak pintu, terdengar suara ibunya bertanya dari dapur.

"Sha nak pergi mana?"

"Sha nak pergi sekolah kejap."

Mendengar laungan jawapan anaknya, Puan Melisa menarik nafas lega. Itu bererti anaknya tidak pergi bergaduh. Sekurang-kurangnya hatinya tidak resah dan ketakutan seperti selalu. Puan Melisa selalu menangis seorang diri didalam gelap hanya kerana risaukan Keisha. Kerja yang Keisha lakukan sangat berbahaya. Hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya tercedera, bukan?

"Sha pergi dulu ibu."

Belum sempat Puan Melisa menjenguk keluar, bunyi motosikal berkuasa tinggi Keisha sudah mengaum kuat keluar dari pekarangan rumah. Puan Melisa tersenyum sedikit.

'Ya Allah, semoga cahaya mataku itu sentiasa dibawah payung lindungan-MU,' doa tulus hati seorang ibu.


TERSENGIH Eric, lalu ketawa kecil. Entah apa perkara lucu yang bermain dikepalanya. Remaja, kadangkala aneh. Bergelak ketawa tanpa sebab yang munasabah. Sukar untuk dibaca jiwa golongan remaja ini sebenarnya. Golongan ini suka memberontak dan inginkan kebebasan. Fasa menuju dewasa katakan. Menuju kearah tanggungjawab yang lebih berat.

"Uh tali kasut ni, masa nilah dia nak terurai ikatannya." Eric mendengus lalu tunduk mengikat tali kasutnya.

Keisha memberhentikan motosikal betul-betul dihadapan pagar sekolah. Wizer helmet dibuka.

Eric sedang tertunduk-tunduk mengikat tali kasut. Keisha tersengih senget. Apabila jodoh bertemu jodoh, eh cewah.

Hati tak semena bergetar hebat.

Tindak-tanduk Eric diperhati dari jauh. Cukup sekadar mampu menatap wajah itu. Keisha lebih selesa berselindung disebalik nama pengirim misteri berbanding terhegeh-hegeh menempel bagai tiada harga diri.

Eric yang tersedar ada mata memerhati, menaikkan kepalanya. Mata mereka berlaga.

Seminit berlalu namun tautan mata mereka masih belum terlerai.

Dua minit.

Tiga.

Mereka terus hanyut.

'Mata hazel. Cantik,' desis hati Eric saat itu. Tapi apa yang dia nampak melalui biasan sepasang mata bening itu, kesengsaraan, keterpaksaan dan pengorbanan. Eh memandai je kau ya Eric membaca mata orang. Eric tersengih senget.

Keisha pantas melarikan matanya saat tersedar dari lamunan. Tak sangka dia hanyut dalam buaian asmara mata lembut Eric.

Keisha menutup semula wizer dan terus memulas motosikal kuasa tingginya laju. Jauh dari melihat mata Eric yang sungguh mendebarkan. Dia tidak mahu rasa hatinya ini diketahui oleh sesiapa. Cukuplah dengan surat yang dia minta Issabelle sampaikan itu.

Barang yang tertinggal juga terus dilupakan.


ERIC berdiri tegak lalu meletakkan tangannya dibelakang kepala. Siapa pula manusia tadi? Lelaki atau perempuan? Tapi mata dia cantik sangat.

Dan...

Eric macam pernah nampak mata itu sebelum ni. Tapi dekat mana?

Sang teruna mengangkat bahu lalu terus berjalan.

Surat Cinta ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang