2Belas; Kau Kotor

302 19 0
                                    

BAB 12

ERIC meletak begnya kasar. Dia mengeluh keras. Lama rasanya dia tak datang sekolah. Demam terkejut punya pasal. Belum sempat punggungnya mencecah kerusi, Syuhada dan Sazwan sudah menyerbu tanpa salam.

"Beb, kau macam mana boleh demam ni?" soal Syuhada kepoh. Tubuh Eric dibelek-belek oleh Sazwan. Ditepis Eric tangan Sazwan yang meliar. Rimas. Syuhada pula mengipas mukanya dengan hujung tudung. Pagi lagi tapi dah banyak peluh keluar. Mana taknya, ligat berjalan kesana-kemari.

Eric garu kepala. Sungguh dia tidak tahu mahu beri alasan apa pada dua orang kawannya ini. Salah bagi, banyak pula tanyanya nanti. Kalau terlebih jujur cerita pasal kes haritu, mahunya mereka kena serangan jantung. Ni belum lagi Rafqi si raja drama tu. Pening nanti Eric nak menjawab soalan Kadet Polis Malaysia ni. Hehehe.

Kalau macam tu...

Baik Eric yang mulakan drama sebelum kawan-kawan dia ni yang mulakan drama.

"Aduhai kau orang ni, bukannya nak tanya aku dah sihat ke apa kan." Eric mencebik.

"Kau dah terbukti sihat depan kitaorang ni."

"Sahih lagi tu."

"Yelah tu." Makin menjadi cebikan Eric. Syuhada dan Sazwan menyengih tayang gigi. Eleh, merajuk konon. Drama lebih.

Sedang seronok Sazwan dan Syuhada bersembang tentang kucing mak cik kantin yang tersepit, Eric ternampak bayang-bayang manusia disebalik rimbunan pokok. Malas nak ambil tahu, Eric melihat sekeliling kelasnya. Macam ada sesuatu yang kurang.

Zap!

Eric pandang keluar semula. Macam ada orang perhatikan dia. Halusinasinya sajakah? Ataupun kumpulan gangster haritu? Yang mengejar Eric tempoh hari. Mereka cari Eric ke? Tapi nak buat apa? Takut rahsia mereka terbongkar? Mungkinkah nyawa Eric yang menjadi buruan mereka?

Berubah pucat wajah Eric serta-merta. Tapi cuba disedapkan hatinya. Tangan ditekap didada, jantungnya berdegup laju. Resah tanpa dipinta datang menjengah. Peluh dingin merenik didahi.

'Mungkin hanya orang yang lalu-lalang dan tanpa sengaja melihat kearahnya ataupun mungkin minah K yang hantar surat cinta dekat dia tu. Mungkin... ," fikir Eric positif. Hidup kitakan kena positif.

"Ric, kau tau tak apa jadi masa kau takde seminggu haritu?" soal Syuhada seperti mahu memulakan gosip. Kepoh pula minah ni, selalunya dia suka berdiam dan memerhati saja.

Naif Eric menggeleng. Dalam masa yang sama dia mahu menghilang gundah dihati. Mungkin dengan cara begini, gundahnya akan berlalu pergi.

"Peh rugi oo." Sazwan pula dengan muka terujanya. Gila tak teruja. Semalam dalam sejarah Issabelle bersuara lantang. Selalu tu, nak dengar suara pun payah.

"Apa yang aku ketinggalan ni? Dah berapa stesen tertinggal ni?" Eric terlebih semangat ingin tahu. Lama cuti, mesti banyak gosip hot. What? Lelaki pun suka gosip juga okey.

"Kau tahu Issabelle?"

Eric angguk laju. "Tahulah, budak kelas kitakan." Masakan dia tidak kenal Issabelle. Macam baru saja dia dan Issabelle pulang lewat bersama.

"Dia mana ada datang harini."

Eric menoleh kebelakang, meja Issabelle kosong.

"Aha, kenapa dengan dia?" tanya Eric memandang tepat muka Sazwan kemudian muka Syuhada. Jarang sekali gadis pendiam itu tidak hadir kesekolah. Dia ada masalah ke? Kalau ada pun dia tidak pernah mahu bercerita dengan sesiapa. Hatta dengan cikgu pun dia susah nak buka mulut.

"Dia bergaduh dengan budak kelas sebelah. Farouqie, alah yang macam gangster tu." Sazwan mula membuka cerita. Terawang-awag tangannya, semangat bercerita.

"Pasal apa?"

"Entah. Adik dia kena kacau kut. Tak pernah aku tengok Issabelle tinggikan suara."

"Okey. Lagi?" Eric menongkat dagu. Gilalah! Issabelle bergaduh? Ni bukan berita hot saja tapi dah boleh masuk buku teks sejarah. Sekali dalam berjuta hari.

"Tu je." Syuhada segera menoktahkah cerita Sazwan. Rasanya takde keperluan pun untuk Eric tahu selanjutnya. Muka tak puas hati Sazwan dijeling Syuhada.

Syuhada malas nak memanjangkan cerita. Biarlah Eric tidak tahu yang hal ini berpunca dari Eric sendiri. Cemburunya si kepala gangster hingga mengejutkan singa yang sedang lena tidur. Penerajanglah makannya. Mulut cabul sangat panggil orang anak syaitan. Kalau Syuhada jadi Issabelle bukan setakat penerajang, penumbuk sekali dibagi. Biar bersepai gigi tu.

Tu je? Hampeh, ingatkan gempak sangat. Ingatkan Issabelle tak datang harini sebab muka dia bengkak bertumbuk dengan Farouqie. Terjuih bibir Eric, lalu buku dikeluarkan dari beg. Ada faedahnya juga dia membaca.


ZAHIRAH membetulkan sedikit tudungnya yang senget. Ditiup-tiup bagi memberi bentuk. Keisha yang selamba menyedut minuman disebelah dikerling sekilas. Keluhan kecil kedengaran. Muka takde perasaan Keisha tu, sampai bila-bila pun sukar untuk dia tebak. Tiada siapa yang tahu isi sebenar sekeping hati milik Keisha disebalik wajah bekunya.

Kosong.

"Ahmad tu amacam? Bayar tak hutang?" Zahirah menyoal, cuba membuang suasana sepi antara mereka. Air didalam gelasnya dikacau dengan straw.

Keisha mengangguk tanpa suara.

Zahirah tarik nafas panjang sebelum dihela perlahan. Tak guna dia cuba ajak Keisha berbual, mulut Keisha dah macam kena gam gajah je. Buang air liur dia saja. Lebih baik dia melantak.

Elok saja Zahirah menyuap nasi kedalam mulut, Keisha sembunyi-sembunyi meneliti wajah sahabatnya itu. Dari dahinya luas, turun kehidungnya yang mancung. Turun lagi ke bibir dan dagunya yang terbelah. Perfect!

Sampai sekarang dia tidak paham kenapa Zahirah masuk kedalam kumpulan atuknya. Zahirah serba sempurna. Kenapa mahu mencemarkan dirinya dengan kekotoran dan kehinaan seperti ini? Kerana Zawiahkah? Yang Keisha tahu, Zahirah ingin mencari siapa pembunuh kakaknya. Keisha tahu siapa orangnya. Tapi biar sajalah waktu yang menentukan bila Zahirah patut tahu akan hal ini.

Sungguh aneh, Zahirah ini bertudung litup orangnya, tapi ganasnya boleh tahan. Sekali dia angkat kaki, lima meter kau terkebelakang. Kekuatannya bukan rekaan. Biasalah, Keisha gurunya. Si gadis licik.

Dalam diam, Zahirah juga memerhati gadis dihadapannya itu. Manis orangnya tetapi bila dia mengganas, singa pun segan nak lalu. Kerana dialah singa dibelantara buatan manusia ini. Tanpa senyuman, Keisha mampu melemahkan semangat mangsanya. Dengan sebelah mata saja dia sudah boleh menembak tepat ke sasaran.

Dialah Keisha, gadis yang jiwanya sudah lama mati.

"K.."

"Ira.."

Serentak.

"Kau dulu," suruh Keisha.

"Takde apa-apalah. Kau?" Bukannya penting pun apa yang mahu dicakapkannya itu.

"Boleh tolong aku tak?" soal Keisha tiba-tiba. Jarang sekali Keisha meminta bantuan seperti ini.

"Tolong apa?" Zahirah pakukan pandangannya tepat pada wajah Keisha.

"Tolong rahsiakan dari atuk aku kalau tiba-tiba aku menghilang nanti tau." Keisha merasa tidak sedap hati. Seakan ada sesuatu yang bakal berlaku. Dan Keisha tidak ingin atuknya tahu tentang hal itu nanti. Keisha juga takut jika dia ada terbuat silap nanti, nyawa adik-adiknya bakal melayang. Dia perlu pastikan atuknya tidak tahu apa-apa. Biar dia tangani masalah ini seorang diri. Dia sendiri yang memilih untuk masuk campur. Maka biar dia sendiri.

"Kau nak kemana?"

"Melindungi seseorang yang patut dilindungi." Melindungi dari kejahatan nafsu serakah manusia yang tamak haloba dan penuh dendam. Dunia sekarang sudah semakin sakit.

Membunuh itu sudah seperti mainan. Nyawa seakan tiada harga lagi. Terlampau murah untuk diambil sesuka hati.

Kau pun sama Keisha. Kau pun sama kotornya.

Surat Cinta ©Where stories live. Discover now