BAB 11
MATA Eric melekat pada kaca televisyen. Berita perihal pembunuhan pengawal keselamatan sekolahnya itu sudah tidak lagi ditayangkan. Terlampau terkejut dan takut, Eric tertewas. Demam, terpaksa berkurung didalam rumah selama seminggu. Eric seorang yang payah untuk demam tapi bila sekali dia demam makan seminggu juga nak sembuh.
Pap!
Bahu Eric ditampar Elya. Kakaknya disebelah ditoleh Eric sebelum matanya kembali tertumpu kedepan.
"Ucu okey tak ni?" Elya melekapkan belakang tangannya pada dahi Eric. Risau juga dia kalau Eric masih demam. Dahlah seorang ini saja adiknya. Lain macam pula tu demamnya. Sama seperti suatu ketika dahulu, seperti selepas Eric diselamatkan dari penculiknya 12 tahun lepas. Keadaan yang sama.
"Ucu okeylah. Angah janganlah risau." Eric tolak tangan Elya. Elya mengangguk kecil, faham. Mungkin itu cuma gerak hatinya saja.
"Kalau ada problem sharelah dengan angah. Angah ada selalu untuk pinjamkan telinga. Mind to share?"
"Nothing. Maybe ni just side effect demam."
"Bohong. Jangan tipu angah. Angah boleh nampak dari mata ucu." Tenang Elya menuturkan kata-kata. Melalui sinar mata Eric yang lesu itu pun Elya dapat baca yang Eric berbohong kepadanya. Tetapi kenapa?
Eric menghela nafas berat, menimbang tara kebaikan menceritakan hal ini kepada kakaknya. Nafas ditarik panjang. Ya, itu yang terbaik.
"Serius ucu tak apa-apa." Penipu. Eric senyum kelat.
"Okey takpelah kalau ucu tak nak cerita. Tapi nanti kalau ucu rasa nak cerita dekat angah, angah sedia untuk dengar." Elya tepuk bahu Eric perlahan sebelum mengangkat punggungnya mahu masuk kedalam bilik. Dia ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Tapi hatinya berat. Seakan ada perkara penting yang dirahsiakan oleh Eric daripada pengetahuan mereka sekeluarga. Mungkin suatu hari nanti Eric akan terbuka hati untuk bercerita dengannya. Harapnya...
Eric mengurut pelipis dahinya. Matanya menyorot setiap langkah si kakak. Hilang saja bayang Elya, Eric mengeluh berat. Ini masalahnya. Dia tidak mahu ahli keluarganya yang langsung tidak tahu menahu turut terlibat sama. Biarlah dia susah seorang diri. Biarlah mimpi ngeri ini menghantui hidupnya seorang.
Biar dia sakit sendiri.
BUBUR yang masih berasap panas, ditenung tanpa minat. Rasanya yang tawar sudah cukup untuk mematikan selera Eric yang tidak berapa nak ada ini. Eric eratkan lagi pegangan pada hujung selimut. Dia sekarang sedang berdiri menghadap kepekatan malam dibalkoni bilik. Bulan terang sekali pada malam ini. Bukannya Supermoon tetapi terangnya luar biasa. Eric tersenyum kecil, teringat dengan si penyelamatnya yang berbau manis. Bau strawberry. Hahaha. Sempat lagikan kau Eric.
Bulan penuh itu sekali lagi dipandang. Lunak pandangan Eric, membayangkan si gadis juga sekarang ini sedang melihat bulan sepertinya. Bulan cuma ada satu. Jika dia sedang melihat bulan, bererti dia melihat bulan yang sama Eric sedang lihat.
Eric mengeluh. Menyesal pula tidak bertanya nama si penyelamat. Dia terlampau takut saat itu hingga lupa segalanya, yang ada difikiran Eric ketika itu hanya nyawanya yang seakan dihujung tanduk.
Mata dipejamkan, cuba membuang bayangan ngeri itu. Biarlah orang nak kata dia poyo atau apa sekalipun. Jikalau mereka juga berada ditempatnya, sudah tentu mereka akan rasakan hal yang sama sepertinya.
Ketakutan.
KEISHA merenung kedada langit. Langit malam sungguh pekat dan gelap. Namun penuh dihiasi dengan bulan dan bintang. Cantik sangat bulan malam ni. Bulan mengambang penuh.
Ada orang kata yang bulan ni merupakan penghubung antara dua insan yang berkasih. Tapi betul ke?
Entah kenapa Keisha rasa yang sekarang ini Eric juga sedang menikmati keindahan simbahan cahaya bulan sama sepertinya. Perasaannya saja atau apa? Ataupun benar yang bulan ini penghubung dua kasih? Ah mustahillah.
Apa yang bulan tahu tentang cintanya? Tiada apa.
Dia tetap juga bersendiri menghadap semua ini. Tiada teman untuk berkongsi cerita. Hanya bersahabatkan cahaya bulan.
Keisha tarik nafas panjang. Dipejamkan mata seketika. Mahu melupakan segala beban yang dipikul olehnya. Dia cukup penat. Tanpa sedar, air mata malu-malu turun lewat pipi mulus itu.
"Papa, maafkan Sha." Perlahan Keisha cuba membuka mata. Matanya berkaca. Kabur dengan air mata.
Kalaulah masa bisa diundur. Tapi walau sejauh mana pun masa itu mampu dikembalikan dia tetap tidak akan mampu lari dari terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini.
Dia terpaksa!
Demi empat orang insan teristimewa dihatinya. Tega benar datuknya mengugut untuk membunuh cucu sendiri, darah daging sendiri jika Keisha tidak mahu menyertainya. Apa lagi jalan yang Keisha punya? Nyawa orang yang tersayang atau jiwanya?
Tentu sajalah jiwanya yang akan dikorbankan. Biar dia terus terseksa asal orang yang disayanginya kekal bahagia dan mampu bergelak ketawa.
ISSABELLE diam ditempatnya. Surat yang sepatutnya diserahkan pada Eric masih lagi disimpanannya. Macam mana dia nak bagi. Dah beberapa hari Eric tak datang sekolah. Demam mungkin. Keisha ni pun satu. Gedik nak berutus surat bagai.
Gadis bercermin mata itu hanya memandang ke luar kelas. Tiada apa-apa yang menarik pun.
Bosan!
Suara riuh-rendah tadi bertukar sunyi. Kelas kosong. Semua keluar pergi rehat. Tinggallah Issabelle seorang diri melayan perasaan. Buku-buku tebak yang ada diatas mejanya, dijeling sepi. Takde mood nak membaca.
"Woi!" Meja dan kerusi disepak Farouqie hingga tonggang terbalik kelas itu dibuatnya. Issabelle yang hanyut didalam khayalannya, tersedar dan segara menoleh kearah Farouqie yang terlihat bengang.
"Mana Eric?"
Issabelle hanya jongget bahu selamba tanda tidak tahu. Apa dia kisah. Bukannya kepala gangster sekolah tu cari dia pun.
"Baik kau cakap sekarang! Tak guna punya Eric. Awek aku pun nak dikebasnya juga."
Issabelle putar bebola matanya. Siapa yang tidak tahu awek yang dimaksudkan oleh Farouqie itu. Saerah, peminat kipas susah mati Eric. Selama ni si Saerah tu tak pernah pun pandang Farouqie, tapi dia je yang terlebih perasan.
"Dia cuti." Satu ayat penyata. Dua patah perkataan. Empat suku kata. Cukup untuk menjelaskan pada Farouqie.
"Kau tak payah nak sorok dialah!" bentak Farouqie tak puas hati.
Issabelle mendengus geram. Orang kalau bengap, jangan tayang sangat.
"Woi, asal diam? Memang kau sorokkan si Eric tu ke apa?"
Issabelle diam. Malas nak bertekak dengan orang tak faham bahasa macam Farouqie.
"Woi! Bodoh, cakaplah cepat."
Issabelle masih bersabar lagi.
"Anak syaitan, baik kau cakap sekarang!" Kerusi disebelah Issabelle disepak sekuat hati hingga terpelanting.
Melampau. Menyirap darah Issabelle.
Buk! Buk! Pak!
Tanpa suara, Issabelle mengangkat kainnya dan terus menendang celah kelengkang Farouqie hingga senak anak orang itu dibuatnya. Tidak cukup sekali, diulang berkali-kali hingga tersungkur Farouqie kesakitan.
"Eh, dah aku cakap dia cuti. Kau bengap sangat ke tak faham Bahasa Melayu?" Issabelle menyoal jengkel. "Err..." Farouqie hanya mampu mengerang kesakitan melindungi alat sulitnya dari ditendang Issabelle lagi. Nampak saja pendiam minah ni. Sekali dia marah, kepala gangster sekolah pun gentar dibuatnya.
Selamba Issabelle keluar meninggalkan kelas walaupun bunyi loceng habis rehat sudah kedengaran. Dia perlukan ketenangan. Rakan sekelas Issabelle hanya mampu melihat dan berdiam. Mereka terkejut sebenarnya.
Farouqie yang terbaring kesakitan, dibiar tanpa bantuan seorang pun. Pandai-pandailah dia sendiri. Sendiri cari pasal, sendiri selesaikan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Surat Cinta ©
Action~dari sekeping surat cinta, segalanya bermula~ Ini kisah Eric Rizwan. Kisah dia yang dia sendiri tidak jangka. Kisah hadirnya penyelamat yang dalam diam mencintai dirinya. Kisah yang merungkai 1001 kisah duka masa silamnya. Kisah cintanya yang penuh...
