Prologue

7.9K 90 2
  • Dedicated to Fatin Amanina Yazid
                                    

PROLOGUE

Siapa dia agaknya? Tak pernah nampak pun sebelum ni? Seumur hidup aku, first time aku rasa tercabar dengan peristiwa malam tadi! Tak pernah lagi orang buat kat aku macam ni. Pulak tu, perempuan! Damn it! Aku mesti cari dia! Aku nak tahu siapa dia!

Adui! Tak pasal-pasal lebam dahi aku!

Aku masih lagi menghadap cermin muka, melihat lebam yang semakin biru di dahi. Aku tak boleh lupa peristiwa malam tadi.

First time in my life kereta aku kena cucuk! Selama ni aku je yang cucuk belakang kereta orang. Kereta Honda Civic FD2 aku boleh pulak lost control dan langgar divider?? Wutta hell??

Peristiwa malam tadi masih lagi berlegar-legar di fikiran aku.

_____________________________________________________________________________

Damn it! Apa hal nak cucuk-cucuk kereta aku?

Aku tengok lampu kereta kat belakang kereta aku ni semakin menyilau mata aku melalui cermin pandang belakang! Sudah lewat malam macam sekarang ni, nasib baik tak ada kereta lalu dekat jalan ni. Aku terus menekan pedal minyak sampai habis! Namun kereta dibelakang ni bagaikan tak mahu mengalah dan semakin rapat dengan belakang kereta aku!

Damn it !

Aku ke kiri memberi laluan kepada kereta dibelakang untuk lalu dahulu. Tetapi.....

Shit! What do you want, bastard!

Kereta dibelakang tadi masih lagi mengekori belakang kerata aku dan kali ini turut ke kiri. Sedang aku asyik pandang ke belakang melalui cermin pandang belakang, aku hilang kawalan stereng kereta dan terus membuatkan kereta Honda Civic FD2 aku terbabas ke selekoh jalan, dan berpusing melanggar divider. Kepala aku terhantuk ke stereng. Cermin pintu kereta aku pecah dan kaca bertaburan di atas jalanan. Mujur badan aku tak apa-apa. Aku dapat rasakan mata aku berpinar-pinar. Diantara sedar dan tak sedar, aku dapat melihat sesusuk tubuh badan keluar dari kereta yang mengekori rapat kereta aku tadi.

It's a girl....

"Macam mana rasanya membahayakan nyawa orang lain?" Perempuan tersebut bersuara, rasanya betul-betul disebelah ditelinganya. Aku dapat menangkap setiap butir kata-kata perempuan tersebut.

What? Apa maksud dia ni??

Aku tak paham. Tetapi aku dapat menangkap lagi kata-kata perempuan tersebut antara dengar dan tidak.

".....risau....call....ambulan...lagi...sampai...." Perempuan tersebut bersuara lagi sebelum berlalu meninggalkan aku.

"Wait...." Aku bersuara lemah menyoroti kelibat perempuan tersebut yang sudah pun masuk kedalam keretanya.

Aku pengsan. Dan selepas tu aku tak tahu apa yang terjadi.

The Story of That Lady & A Man (#COMPLETED)Where stories live. Discover now