jaehee
aku tersedar dan aku berada di tempat bangku iaitu bangku dimana semua murid melihat perlawanan bola antara sekolah.
aku buntu macam mana aku ada dekat sini? bukan aku dengan--
tapi apa semua ni? aku seperti terkebil-kebil melihat suasana yang riuh rendah, mereka menyokong pasukan masing-masing.
"jaehee tengok jimin auwww mengoda"
aku pandang sebelah kiri ianya heesoo
"heesoo...apa kita buat dekat sini?"
"eh kau ni kenapa muka pucat semacam, berpeluh pulak tu? kita kat sini sebab sokong suami kita lah! tengok jimin weh gol sia!"
aku memandang jimin
jimin fake?
aku focus tengok jimin main bola sepak selalunya dia gagal tapi yang selalu dapat bola
pelik
ada sesuatu yang pelik dia macam gunakan sesuatu?
dia guna sihir!
aku ternampak jimin seperti membaca matera (?) dan membuatkan pasukan lawan seperti budak-budak tadika.
apa dia buat ni?!
selepas menyaksikan perlawanan tu aku terasa sungguh geram
dia menyebabkan jimin hilang dunianya dan dia segala punca aku tersepit diantara taehyung dan yebin.
aku sedar aku tiada kaitan dengan lelaki yang bernama kim taehyung dan aku hanyalah seorang fangirl yang biasa
fake jimin, mukanya kelihatan sungguh gembira memegang piala kemenangan mungkin dia yang membawa aku ke sini untuk melihatnya?
selepas semua beredar, aku mengikut jimin kemana dia pergi. aku tak tahu kenapa aku ikut dia. hati aku ingin mencarit semua ususnya dan campak ke dalam kawah gunung berapi itu rasa kebencian aku terhadap dia.
dia pergi ke tempat yang agak jauh, jauh dari orang ramai dan tempat yang aku tak tahu dimana?
fake jimin masuk ke dalam gudang yang usang
aku terasa tak sedap hati seperti ada benda di dalam gudang itu.
perlahan-lahan aku masuk ke dalam gudang dan menyorok di sebalik kotak-kotak.
aku mengecilkan mata aku mencari jimin, mana dia? aku pasti dia masuk sini tadi?
mata aku tertacap sesuatu, aku ternampak seorang lelaki terbaring lemah di atas lantai gudang. dia mengingatkan aku pada jimin tempoh hari.
baju lelaki tu sebijik macam apa yang jimin pakai.
aku bergerak perlahan melihat keadaan lelaki itu.
betul sangkaan aku dia
jimin
"jimin!" aku menerpa ke arah jimin yang terkulai layu.
jimin membuka sedikit mata
muka jimin penuh lebam dan darah seperti kesan tumbukkan.
kejadian ni mengingatkan aku pada prank taehyung.
perasaan sama apa yang aku rasa.
rasa seperti aku akan kehilangan lelaki ni.
"jimin...." air mata aku menitis.
"l-a..ri"
"hah? apa kau cakap ni!? aku takkan lari tanpa kau!"
"jaeh-ee ka-uu..kena pergi"