Part 2-Bakery Shokora

121 13 0
                                    

-Chorong's POV-

Selepas turun dari bas,aku mengatur langkah dengan laju ke bakeri Uncle Shokora.Aku bekerja di sini sejak kecil.Ayah telah lama meninggal dan hiduplah aku bersama ibu.Nak harapkan ibu?Memang mati kebuluranlah aku dan entah-entah sekarang ni aku tak  hidup dah.Hutangnya keliling pinggang.Mak selalu pinjam duit dengan Uncle Shokora.Uncle tahu yang mak tak dapat bayar semua duitnya dan mengambil aku kerja di bakerinya serta anggap hutang mak dah langsai.Tapi,aku masih dapat duit untuk hasil usaha aku dan aku akan sorokkannya di mana-mana agar mak tak tahu.Haish,mak ni..(Chorong anak jenis apakah kau TT)

"Annyeonghaseyo!"Aku menjerit agar dapat didengari pak cik yang berada di dapur.Uncle Shokora datang ke depan."Mak kau datang tadi" "Hah?" "Dia minta gaji kau" "Hahh???" "Tapi pak cik tak bagi.Aku kata belum hujung bulan" Lega aku mendengarnya.  "Dah cepat ke dapur" Aku angguk. Selepas memakai apron,aku menuju ke kaunter pembayaran dulu.Ada seorang budak lelaki berbaju sekolah sedang membaca komik.Aku merenung muka depan komik itu.Ni...komik yang Tae baca kann?"Aku suka sebab aku lelaki" Teringat kata-kata Tae itu.Apa-apalah.Muka depannya ada gambar satria memegang pedang  dan mendongak melihat langit."oi"Aku tegur budak lelaki itu tapi tak dijawab."Tak tukar baju ke?" Tak dijawab juga.

Taemin memang macam ni.Selalu suka pulau orang.Aku masih tegur dia jugak.Nanti kalau dah tak tegur,baru tahu!Aku ke dapur.Pakcik  sedang menguli tepung untuk membuat roti."Hari ini ada banyak tempahan.Kena habiskan harini jugak"katanya.Seperti biasa,aku mengambil adunan yang telah siap dibentuk atuk dan memasukkan inti yang sepatutnya kemudian menyusunnya atas dulang.Kerja membakar dan menguli pak cik jerr yang buat.Bakeri Shokora memang terkenal dengan keenakan rotinya di kampung.Selalu jadi kunjungan orang kampung aku.Kata orang,teksturnya lain.Memang betul pun,tapi tak tahulah apa rahsia di sebaliknya.Walaupun aku dah lama kerja kat sini, tak pernah tahu-menahu.

Jam menunjukkan pukul 10."Lambat balik" "Banyak tempahan"jawabku acuh tak acuh dan masuk ke dalam bilik tidur yang aku dan ibu kongsi bersama.Ibu masuk ke dalam bilik."Pergilah mandi dulu!" Aku tak layan.Penat."Ish,cepatlah!" "Kejaplah" jawabku."Suka hati kaulah."kata ibu dan bergerak keluar.Selepas itu,aku tertidur dengan baju yang terkena tepung.



Who Are You? ✔Where stories live. Discover now