Dia membuka matanya dengan perlahan. Cuba mengingati apa yang telah berlaku. Satu-satu peristiwa yang melanda bermain di mindanya. Dia kemudian meraba badannya. Untuk memastikan pakaiannya bila dia teringat pada tangan yang kasar memeluk erat tubuhnya. Lega rasa di hati bila mendapati bajunya masih terletak elok di badan biarpun baju yang di pakainya terkoyak sana sini. Dia memandang di sekelilingnya. Memerhatikan keadaan sekeliling bilik itu. Suram sahaja. Hanya ada sedikit cahaya yang menusuk melalui celah-celah papan bilik itu.
"Kat mana aku ni?" bicaranya sendiri.
Perlahan-lahan dia bangun dari baringnya. Berlegar-legar dia di dalam bilik yang suram itu. Kemudian dia cuba membuka pintu bilik itu. Ternyata pintu itu dikunci dari luar. Dia merapatkan telinga ke dinding bila dia terdengar ada bunyi suara di sebalik dinding.
"Macam mana ni? Sampai bila kita mahu simpan perempuan itu?" kata salah seorang dari mereka. Dia terus memasang telinga.
"Jangan buat apa-apa sehingga orang kaya tiba," jawab seorang lagi. Suaranya agak kasar dari suara yang didengarnya tadi. Dia mengintai dari celah lubang kayu. Ada tiga orang lelaki yang dilihatnya.
"Aku rasa dia tidak boleh buat apa-apa. Kalau tidak masakan kita boleh menangkapnya," lelaki yang berkepala botak berkata.
"Benar, tapi kau jangan lupa. Janji kita pada orang kaya," jawab teman lelaki botak itu. Dilengannya ada parut yang panjang.
"Aduh,,, rugi saja," Sibotak mengeluh.
"Macam mana kalau keluarga dia tahu kita punya kerja?" soal lelaki yang berparut dilengan.
"Kau jangan buat gila Kismat, " kali ini lelaki yang bergelang kayu menyampuk.
Ketukan kedengaran. Bunyi pintu di buka dengan kasar. Dia cuba melihat gerangan siapakah yang muncul di balik pintu itu namun pandangannya terhad dan terbatas.
"Macam mana? Benar itu dia?" satu suara jelas kedengaran. Suara lelaki yang baru tiba jelas kedengaran.
"Ye Orang Kaya," hampir seerntak ketiga-tiganya menjawab.
"Bagus. Aku mahu kau bawa mereka semua ini ke rumah orang tua. Habisi riwayatnya," lelaki yang dipanggil Orang Kaya itu terus memberikan arahan.
"Tapi Orang Kaya, dia ada anak yang masih kecil lagi Orang Kaya," kata lelaki yang berparut dilengan.
"Aku mahu seluruh keturunannya hilang di muka bumi. Faham!! Kalau tidak kau yang jadi galang gantinya," suara itu kedengaran marah dan tegang.
"Ba..baik Orang Kaya," cepat-cepat lelaki yang berparit di lengan itu menyetujuinya.
"Celaka kau Pak Tua. Rupanya kau yang sembunyikan keturunan perempuan sial itu! Aku mahu kau bunuh Yusoff dan anak-anaknya. Aku akan gandakan wang untuk kau," marah Orang Kaya itu lagi.
Dia menekup mulut bila mendengar kata-kata lelaki itu di balik pintu. Terbayang dibenaknya akan wajah-wajah keluarganya. Dia menendang pintu itu berkali-kali. Namun kudratnya masih lagi tidak mampu untum membukanya.
"Buka pintu ini," kedengaran suara Orang Kaya.
Pintu di buka perlahan. Terjongol di muka pintu wajah-wajah yang telah menculiknya.
"Jangan kau apa-apakan keluarga aku." Dia menjerit.
"Diam kau perempuan. Diam! Hutang nyawa harus dibayar nyawa. Kau akan aku jadikan korban malam nanti. Sebelum itu aku akan hapuskan semua keturunan kau di muka bumi ini," jerkah Orang Kaya.
"Aku mohon pada kau. Lepaskan mereka. Lepaskan. Mereka tidak tahu apa-apa. Mereka masih kecil," dia merayu lagi.
Orang tua yang berkepala botak itu tersenyum mengejek.
"Sudah!! Tutup pintu. Ingat jaga dia. Jangan sampai dia boleh lari," pesan Orang Kaya.
Pintu di tutup kembali. Dia kembali berusaha untuk membuka pintu itu. Namun semuanya hampa. Dia berundur ke belakang setapak demi setapak.. Matanya meliar mencari peluang untuk memboloskan diri. Namun hampa.
"SERU DIA" kedengaran satu suara yang bergema di telinganya.
"Tidak," dia menjawab.
"Seru dia kalau kau mahu selamat."
"Cukup!!!" dia menjerit sambil menekup telinganya. Jeritannya memancing mereka yang berada di luar.
"Orang Kaya benar-benar mahu membunuh seluruh keturunannya?" dia mendengar lagi kata-kata itu.
"Harus dihapuskan seluruh keturunannya," tegas suara Orang Kaya.
"Seru!!!! Hanya kau yang mampu menyelamatkan keluarga mu. Hanya aku yang boleh membantu kau," suara itu bergema lagi. Kali ini suara itu kedengaraan parau dan keras.
"Tidak, tidak." Dia menekup wajahnya. Terbayang keletah anak-anaknya yang masih lagi kecil.
"Seru Aku, Kau tahu bagaimana mahu menyeru aku bukan? Kau pernah mempelajarinya? Akui kehebatan aku. Kita akan menjadi ampuh untuk membinasakan mereka." Suara itu terus menerus bergema di benaknya.
Dia menangis dan akhirnya dia mengalah.Walapun dia tahu sekali dia menyeru sampai mati dia akan menjadi tuan. Sekali berjanji selamanya terikat. Namun hidup mati keluarganya ditanggannya kini. Tiada apa yang mampu dilakukannya. Dia mengesat air mata. Memejamkan mata. Biarpun sudah lama dia meninggalkan mentara itu. Namun kali ini dia dapat mengingati bait-bait mentera yang pernah dipelajarinya dulu.
Angin hitam menerpa wajahnya tatkala selesai dia menyeru. Serentak itu pintu bilik itu di tolak kuat.
"Apa itu?" salah seorang dari mereka bertanya sambil menunjuk ke atas.
Zap.. Zap... semuanya berlaku dalam sekelip mata.
Dia melihat mayat-mayat bergelimpangan dihadapannya. Hanya darah yang membuak keluar dari leher mereka. Dia mengesat air matanya.
"Tidak sia-sia kau menyeru. Kau dan aku kini satu," suara itu kembali bergema. Kemudian ketawa.
Dia melangkahi mayat yang bergelimpangan itu. Nekad sudah membulat di jiwa, dendam pasti dia balas.
YOU ARE READING
Waris Dukun Hitam
HorrorEmbun, pewaris keturunan dukun hitam, seorang dukun yang benar-benar ampuh di zaman silam. Kedua-dua orang tuanya dibunuh oleh neneknya sendiri yakni Nek Kuntum semasa dia kecil. Sejak kecil Embun hanya didedahkan dengan segala macam sihir dan ilmu...