BAB 1

216 5 0
                                    

"Betul ke tindakan kita ni Kirah?" soal Fatin. Hatinya berdebar sejak dari tadi. Rasa menyesal pula kerana mengikut kata Kirah. Kalau dia tahu begini keadaannya harus ditentang awal-awal lagi. Sejak dari dulu lagi dia hairan dengan sikap Kirah yang suka kepada hal-hal yang mistik.

"Betul ke tidak semuanya dah terlambat Fatin. Kau nak biarkan dia macam tu sahaja? Lagipun kita dah sampai. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau kau tak nak ikut aku, kau tunggu sini. Tapi jangan harap aku akan tolong kau selepas ini," ugut Kirah.

Fatin akhirnya mengalah. Mahu tak mahu kakinya hanya mengikut langkah Kirah. Walaupun di dalam hatinya dia menyumpah seranah Kirah. Dan turut menyumpah tindakannya kerana kalah dengan pujukan Kirah.

"Mak Dukun, Mak Dukun," Kirah berteriak. Dari tadi mereka berdua memanggil nama dukun yang dikatakan hebat itu. Namun tiada jawapan.

"Jom kita balik lah Kirah. Orang tua tu tak ada kot. Kau ada bagitahu dia tak, yang kita nak datang ni?" soal Fatin.

"Tak. Ni kan emergency. Ala tunggu lah kejap. Mungkin dia ada dekat-dekat sini je kot," pujuk Kirah sambil memegang tangan kawan baiknya.

Fatin mengalah. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga menunggu Mak Dukun sebagaimana yang dimahukan oleh Kirah.

Krek..

Pintu di buka dari dalam namun tiada siapa yang muncul di hadapan muka pintu. Kirah memberanikan dirinya menaiki anak-anak tangga rumah usang itu. Fatin mengikutnya dari belakang.

"Apa hal yang kau tarik baju aku ni," marah Kirah.

"Aku takut lah. Mana Mak Dukun ni?" soal Fatin. Sejak dari tadi dia tidak melihat kelibat orang disini. Tidak seperti selalu. Ini kali ke dua di ke rumah usang ini.

"Sabarlah. Nanti dia keluarlah. Jangan drama sangat boleh?" suara Kirah semakin meninggi.

"Drama? Hello, kau sedar tak apa yang kita nak buat ni salah tau. Salah," Fatin sudah hilang sabarnya. Niat hati untuk menolong teman baiknya terus di rasakan sebagai satu beban.

"Kalau macam tu, silalah kau tunggu kat kereta je. Aku tak ada masa nak dengar kau berleter tau. Kenapa dulu tak fikir samada nak ikut aku ke tak?" kali ini Kirah sudah tidak dapat menahan sabarnya dengan sikap tidak menentu Fatin.

Fatin sudah tidak mahu membalas rungutan dari Kirah. Lima tahun dia berkawan dengan Kirah, dia sudah masak dengan perangai Kirah. Kepala anginnya yang bukan-bukan.

"Mak Dukun," panggil Kirah lagi. Kali ini dia cuba menjenguk ke dalam.

Gelap.

Hati Kirah menjadi semakin cuak. Selalunya rumah dukun ini tidaklah segelap dan sesunyi ini. Ini dah macam duduk dalam gua.

"Mak Dukun," suara Kirah menjadi semakin perlahan. Namun kakinya tetap melangkah memijak lantai kayu dengan perlahan.

Krek.. krek.

Bunyi lantai yang dipijak sesekali mendebarkan hati Kirah. Dia masih lagi memegang tepi baju Fatin.

"Buat apa ke mari?" tiba-tiba kedegaran satu suara di belakang Kirah. Kasar dan parau suara itu. Tersentak Fatin dan Kirah. Hampir luruh jantung mereka berdua. Fatin segera berpaling.

"Er.. Mak Dukun ke?" Tanya Fatin memberanikan diri. Namun dia tetap tidak sanggup untuk memandang tepat ke wajah Mak Dukun.

"Buat apa ke mari?" suara itu kedengaran lagi, namun kali ini lebih kasar dan garau.

Waris Dukun HitamWhere stories live. Discover now