"Assalamualaikum, Selamat datang...", jemput Ros pada Yasna.
"Waalaikumussalam...", Yasna tersenyum tersipu malu, maklumlah, Yasna seorang yang pemalu dan sukar memulakan langkah pertama dalam berbicara dengan orang baru. Jadi, biasanya Yasna memang akan senyap sahaja. Yasna masuk ke dalam ruang tadika.
Hanya Tasnim, Jannah, Ros dan Fina yang hadir pada hari pertama bekerjanya. Maklumlah, di bulan Disember, masih ada lagi guru lain yang sedang bercuti.
"Nama siapa ni... Umur 18 kan ?", Tasnim bertanya pada Yasna.
"Ya, saya masih 18. Yasna Saila, tapi panggil Yasna je...", jawab Yasna, tersenyum.
"Wow.. Yasna Saila... Jarang akak dengar nama tu... Apa maksudnya tu ?", tanya Tasnim.
"Maksudnya mawar putih yang bersinar.", jawab Yasna lagi, tersipu.
"Wow, nama jarang didengari, maksudnya cantik sekali.", jawab Tasnim.
"Ewah... Anim..", kata Fina, tertawa mereka bersama.
---
"Cikgu Yasna, nanti awak jaga bahagian pendaftaran pelajar di depan.", kata pengurusnya, Encik Hafiz.
"Oh, okay.", jawab Yasna.
---
Setelah hampir 2 jam Yasna dan Safiya diluar menjaga bahagian pendaftaran,
"Yasna, Kak Ya penat dah ni.. Yasna penat tak ?", tanya Safiya.
"Emm, biasa je... Alhamdulillah tak penat lagi, sebab saya makan sebelum jaga kaunter ni tadi. Akak belum makan kan ?", tanya Yasna pula pada Safiya.
"Haah, akak belum makan... Awak jaga dulu dekat luar ni boleh ? Nanti akak suruh Kak Jannah duduk luar sekali.", tanya Safiya lagi, Yasna hanya mengangguk.
Safiya masuk kemudian, Jannah keluar.
"Em, kak Jannah.. Saya nak ke tandas sekejap ya ?..",
"Eh, tak apa, masuk lah... Yasna rehat dulu pun takpe.", ujar Jannah.
Tidak lama kemudian, masuk seorang lelaki lingkungan umur 20-an bersama seorang budak perempuan,
'Oh, ada pelajar baru datang', kata hati Jannah.
"Assalamualaikum", ceria si lelaki bersuara, diikuti suara lembut anaknya.
"Waalaikumussalam, jemput masuk...", lembut dan ceria intonasi Jannah terhadap mereka.
"Saya nak daftar anak saya untuk 5 tahun, masih kosong lagi tak ?", tanya lelaki tersebut.
//every end of chapter will be a cliffhanger 🐸☕
YOU ARE READING
Assalamualaikum, Stranger. [DISCONTINUE]
RomanceCerita antara seorang guru dan bapa salah seorang anak muridnya. DISCLAIMER Watak, karakter dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah mati. Jika terdapat persamaan, ianya hanyalah secara kebet...