J

308 21 6
                                    

'Okay ! Dalam carta hits Era terkini ditangga yang ke-10, dengan lagu..-'

Radio dan lagu-lagu menjadi peneman kesunyian Zain dalam kereta dari tempat kerjanya menuju ke rumah. Banyak perkara yang terlintas di benak fikirannya.

'Oh yes, telur dah habis lah pulak. Dekat mana nak beli ni... Dah nak pukul 11 dah ni. Mesti kedai dah tutup dah', detik hati Zain.

Dalam perjalanannya menuju ke rumah, terdapat sebuah hypermarket Tesco di tepi jalan raya. Keretanya memberi signal ke simpang kiri jalan. Keretanya pun memasuki perkarangan tempat letak kereta yang semakin kosong.

'Might as well do some little groceries', detik hati Zain sambil menarik sebuah troli besar dan ditolaknya masuk ke dalam hypermarket tersebut.

Zain memasuki ruangan kesihatan dan kecantikan untuk mencari sabun dan syampu buatnya dan Zahra.

Dicapainya kedua-dua barang tersebut kemudian ditolaknya troli ke kawasan sayur-sayuran dan buah-buahan. Dimasukkan beberapa batang brokoli ke dalam plastik kerana itu merupakan sayur kegemaran Zahra.

'Oh we're out of watermelon !', detik hatinya. Ditolak pula trolinya ke kawasan buah-buahan sambil mencapai beberapa buah-buahan yang lain seperti strawberi, anggur, epal dan lain-lain untuk diletakkan di dalam bekal makanan Zahra.

Sedang dia menuju ke timbunan tembikai, kelihatan dari jauh seperti seseorang yang dikenalinya.

'Macam kenal...', detik hatinya.

Setelah mendekati kawasan timbunan tembikai itu, Zain menyapanya,

"Yasna ?", ujar Zain.

"Eh, Encik Zain ", ujar Yasna pula.

"Haha, don't call me 'encik' lah. Awkward you know.", ujar Zain menggarukan kepalanya, tersengih.

"Hahaha, oh yeah, saya lupa. Sorry, Zain ? Hehe.", ujar Yasna sambil mengangkat tembikai.

"Eh, okay ke tu, nak saya tolong ? Banyaknya tembikai awak beli. For what ?", ujar Zain sambil menjengah ke dalam troli Yasna yang penuh dengan 7 biji tembikai.

"Rumah saya memang kena ada stock tembikai for my parents, my nieces & nephews and me. Lagi 4 biji ni untuk dibawa ke tadika esok.", ujar Yasna sambil tersenyum sambil cuba untuk menolak troli yang berat itu.

"Oh, I see... Eh, wait, let me give you a hand.", ujar Zain mencapai troli Yasna dan ditolaknya.

"Kalau tak keberatan, kita tukar troli sampai ke kaunter.", ujar Zain lagi.

"Oh, okay, thanks Zain. Anyways, ada apa-apa barang lagi yang awak perlukan ? Saya boleh tolong ambilkan.", ujar Yasna.

"Actually, ada 2-3 barang yang saya tak ambil lagi. But don't worry, I think semua barang tu dekat row yang berdekatan.", ujar Zain sambil menolak troli bersama Yasna dan masuk ke bahagian makanan sejuk beku.

Dicapainya sebekas ais krim pistachio dan sebekas ais krim Kit Kat. Yasna turut mengambil sebekas ais krim pistachio.

"Awak pun suka ais krim ni ?", tanya Zain.

"Yes, My whole family loves it ! Masa pergi Turkey, benda paling best adalah kebanyakan dessert diorang ada pistachio.", ujar Yasna.

"I know right ! Itu memang top list saya.", ujar Zain teruja. Tidak disangka, ada juga yang meminati perkara yang sama sepertinya.

Sambil mengambil barangan, sambil mereka bertukar cerita.

Semasa berada dikaunter bayaran, Zain membantu Yasna mengangkat tembikai-tembikai tersebut untuk di scan. Setelah keluar dari kawasan kaunter bayaran, Zain menolak troli Yasna ke kereta Yasna. Dibantunya lagi untuk mengangkat ke semua tembikai tersebut ke dalam kereta Yasna.

"Thank you sangat-sangat, Zain. What would I do without you.", ujar Yasna.

"Hm, itu lah. Pergi supermarket malam-malam macam ni, then nak angkat benda berat macam ni.", ujar Yasna menggeleng kepala. Yasna hanya tertawa kecil.

Zain memberi laluan kepada Yasna untuk dia masuk ke dalam keretanya. Setelah menghidupkan enjin, Yasna menutup pintu keretanya.

*Tock tock*, Tingkap kereta Yasna diketuk. Yasna pun menurunkan tingkap keretanya.

"Yes ?", ujar Yasna.

"Dah lewat malam. Kita satu taman perumahan right ? Apa kata awak tunggu dekat luar, then awak nampak kereta saya, you just follow behind me. Just in case.", ujar Zain.

"Oh...right. Okay.", ujar Yasna.

---

Setibanya di kawasan perumahan, mereka saling bertukar jalan. Yasna hon menunjukkan tanda terima kasih dan dia berasa sudah selamat sampai. Yasna pun memasukkan keretanya ke kawasan perkarangan rumahnya.

Puan Mona sedang menunggu di daun pintu rumahnya. Yazid yang kelihatan berada di belakang Puan Mona, terus keluar membantu adiknya.

"Amboi banyak nya kau beli tembikai dik ?", ujar Yazid dengan mengangkat dua biji tembikai ditangannya.

"Selebihnya tu nak bawa pergi tadika esok. Ada gotong royong sikit.", ujar Yasna dan mencapai lagi dua biji tembikai. Yasna fikir, tiga biji sudah memadai kerana esok hanya beberapa orang guru sahaja yang akan hadir bergotong royong.

---

Setelah meletakkan semua tembikai di atas kaunter dapur, Yasna terus naik ke atas dan bersiap untuk tidur.

Seperti biasa rutinnya, mencuci muka, memakai moisturizer, toner, losyen dan sebagainya.

Setelah itu dia pun melompat ke atas katilnya dan mencapai lip balm Burt's Bee di atas laci tepi katilnya.

*Ting !*

Satu mesej masuk dalam telefon bimbitnya.

.
.
.

Assalamualaikum, Stranger. [DISCONTINUE]Where stories live. Discover now