I

159 18 0
                                    

Setelah Zahra disiapkan memakai baju, seluar dan tudung, Yasna menyuruh Zahra turun terlebih dahulu.

"Zahra turun cepat, Daddy dah tunggu tu", ujar Yasna tersenyum manis.

"Kenapa tak turun je dengan Zahra sekali ?", tanya Kak Umi.

"Akaaaakkk, segan la kitaaa. Kan pagi tadi dia bagi bunga dengan sejambak besar tu. Eii tak nak lah turun", ujar Yasna menekup mukanya.

"Alah, buat biasa je. Kalau awak buat macam ni lagi la jelas yang awak segan.", ujar Kak Umi pula.

Yasna mengangguk. Dia perlahan-lahan menuruni anak tangga. Zain dan Zahra masih ada di pejabat.

'Belum selesai membayar yuran agaknya', bisik hati Yasna.

Zain menyedari akan kehadiran Yasna yang baru sahaja menuruni tangga. Dipaling badannya ke belakang. Zain melemparkan satu senyuman manis kepada Yasna, Yasna hanya mengangguk tanda membalas senyuman itu.

Yasna terus keluar dari ruang tersebut dan menyambung tugasnya menjaga pagar bersama Huda.

"Wei, kau tak awkward ke kat dalam tadi ? Hehe", ujar Huda dengan terkekeh ketawa.

"Kena buat biasa je la, nanti obvious segan macam menggedik pulak.", jelas Yasna sambil menggeleng.

"Hah tuu dia keluar !!", Huda membisik keras. Huda memalingkan badannya ke arah lain.

"Hi, Yasna", ujar Zain melemparkan senyuman manis.

"A-..", belum sempat Zain mengucapkan sesuatu, anaknya Zahra berlari dibelakangnya.

"Dadddyyyy !!!", jerit Zahra.

"Yes, my love...", ujar Zain, mengukir senyuman manis buat anaknya.

"See you later, Yasna.", ujar Zain sambil menyarungkan kasut kulit dikakinya.

Yasna hanya membalas dengan anggukan dan senyuman.

"Assalamualaikum.", ujar Zain.

"Waalaikumussalam", jawab Yasna, kedengaran Huda turut menjawab di belakang Yasna.

---

Selepas asar, Zahra dihantar ke Sri Hartamas untuk tinggal sementara bersama kedua ibu bapanya.

"Cucu nenda dah sampai !!!", jerit Datin Ani di gerbang pintu rumahnya.

"Nendaaaaa", ujar Zahra sambil berlari ke pangkuan Datin Lia terus memeluk erat nendanya.

"Hai Ma", ujar Zain sambil menghulur tangan untuk mencium tangan Datin Lia.

"Ada shift lagi ke ?", tanya Datin Lia sambil mendukung Zahra masuk ke dalam rumah.

"Ha'ah. Tapi, ma, Zahra duduk sini 2 hari tau.", ujar Zain meletakkan beg pakaian Zahra di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Datin Lia sekadar mengangguk sahaja, mengerti kesibukan anaknya.

Namun, Datin Lia terdiam seketika. Zahra pula berlari naik ke bilik yang nenda dan datuknya sediakan khas buat cucu sulungnya.

"Ma, are you okay ?", tanya Zain menyapa mama nya.

"Yeah, mama okay je. Mama cuma terfikir...",

"Terfikir apa, Ma ?", tanya Zain yang bersungguh ingin tahu.

"Zahra need a mom. She's a girl. She needs to grow up with a mom that could stand beside her.", ujar Datin Lia. Zain hanya memutarkan matanya ke atas.

"Ma, I've told you so many times. I'm not ready for this yet. I'm-"

"You're traumatized ? Zain, it has been almost 5 years. Plus, kalau Zain tak buka hati Zain untuk orang lain, it will never work.", balas Datin Lia.

"I-", belum sempat Zain membalas kata-kata Mama nya,

"You should give it a shot, love.", ujar Datin Lia kemudian mengangkat beg berisi baju Zahra dan naik ke atas.

Zain mengeluh sambil mendongak melihat Datin Lia menaiki tangga,

"Bye, Ma ? Love you ?", ujar Zain.

"Hmm", kedengaran Datin Lia berdehem sahaja.

Jelas itu menandakan Datin Lia benar-benar serius dengan kata-katanya. Zain menghela nafas lagi. Di capai kunci keretanya dan terus menuju ke tempat kerjanya.

---

Terlihat macaroni cheese digaul-gaul oleh Zain di dalam pinggannya. Que memandang pelik kepada Zain.

"Bro, kau okay ke tak ni ?", sapa Que.

"Ha ? A-a.. Aku okay je...", jawab Zain lemah, masih memandang pinggannya dengan tangan yang masih bermain dengan sudu dalam pinggan tersebut.

Dicapainya sudu dari tangan Zain dan diletakkan diatas pinggan. Zain terus memandang wajah Que,

"Apa cer ni bro ?", tanya Que mengangkat keningnya.

"Hm.. Mama aku... Dia...-", Zain menceritakan semula situasi dan pesan Datin Lia padanya tengahari tadi.

Setelah mendengar luahan Zain, Que turut mengangguk dan mengerti situasi Zain. Bagaikan tersepit jiwanya. Masih trauma dengan kisah lampau, namun terhimpit dek desakan orang tuanya untuk berpasangan semula demi menjaga dan mendidik satu-satunya puteri Zain.

"Aku tahu kau trauma bro, tapi kau pernah ikhtiar tak untuk buka hati pada orang lain ?", tanya Que.

"Tak...", jawabnya lemah.

"See, kau tak pernah cuba bro. Hidup ni, selagi kau tak ada niat, kau tak gerakkan apa yang kau niat, kau tak kemana bro.A", ujar Que yang membuatkan Zain memandang wajahnya.

"... Kau kena faham, dalam situasi ni, ada perkara yang kau kena belajar. Jangan biar benda lepas bawa kau hanyut sampai tak ada arah. Once you realize it, you'll learn something. Dan bila kau dah belajar, kau akan faham, kalau situasi kau berterusan macam ni, it'll affect everyone else.", ujar Que lagi.

"Maksud kau, aku rasa trauma tu salah aku ?", tanya Zain kekeliruan.

"Bukan macam tu bro. Ya, memang kau trauma. This isn't easy, but remember, you make it harder for everyone else. No one can change you unless you force yourself to.", jelas Que.

Zain masih memandang Que, namun pandangannya penuh makna dan mendalam. Masih menghadami kata-kata sahabat baiknya itu.

Assalamualaikum, Stranger. [DISCONTINUE]Where stories live. Discover now