Bab 1

3.3K 83 2
                                    

"Aku bagi kau orang RM 5000 setiap seorang.

Aku nak kau orang berenam pastikan yang salah seorang daripada kau orang berenam dapat mencabul kehormatan budak tu!”

Suara wanita bangsawan yang dikenali ramai itu memetir memberi arahan ke arah enam orang anak buahnya yang semua berpakaian hitam.Mereka semua tunduk memandang lantai,tidak berani bersemuka dengan wanita yang kadang kala boleh bertukar sejahat syaitan itu.

“Er..tapi Madam..bukan ke Lady Ixuna tu..”

“Shut up!” Tengkingan Puan Sri Amylin atau lebih dikenali sebagai Madam Amy menyebabkan satu pejabat itu sunyi sepi.Salah seorang daripada pemuda berpakaian hitam yang berani membuka mulut tadinya sudah kehilangan kata-kata.Semua terpegun dan terkaku.

“Tak payah banyak soal arahan aku.Sekarang,cepat jalankan tugas kamu berenam.Aku tahu menjelang petang ini,budak tu dah melutut meminta maaf daripada aku.Kamu semua faham!!!?”

“Faham Madam!”

……………………………………………………….

Sekumpulan gadis yang terdiri daripada tujuh orang gadis beruniform Sekolah Tinggi Persendirian Maxwell sedang menyusuri jalan raya dengan gelak ketawa.Lima daripadanya kelihatan seperti pelajar-pelajar normal sahaja manakala dua orang lagi mengenakan uniform sekolah dengan style gothic dan make up seperti gadis black metal.Banyak mata daripada kenderaan yang lalu lalang memandang mereka pelik.

“Akak,terima kasih banyak-banyak tahu sebab sudi jadi guitaris persembahan kami hari ini.Sayang akak sangat-sangat.” Putri Elya Enrisya memeluk erat tubuh langsing gadis yang berambut panjang paras pinggang yang wajahnya langsung tidak mempamerkan kelembutan apabila disolek seperti itu.

“Wah,comelnya adik akak ni!!! Akak sanggup buat apa saja untuk kamu Elya.” Apabila dia membuka mulut,hilang sudah semua gaya black metalnya.Boleh pula gadis itu terlonjak-lonjak di tepi jalan seraya mencubit pipi gebu Elya dan mereka berpelukan gembira.

“Alah akak ni,untuk Elya je ke akak sanggup buat apa-apa saja? Untuk Reny,akak tak sanggup ke? Reny sedih…” Putri Reny Yuliana mula menarik muncung sedepa dan mula menunjukkan tanda tanda ingin mengalirkan air mata.

“Hek eleh,tak payahlah nak sedih bagai.Akak sayang kamu berdua sama ratalah.!”

Ixuna menjerit girang sebelum memeluk tubuh Reny pula.Barulah senyuman lebar terpamer di bibir gadis itu.Mata yang lainnya hanya bisa melihat dan menggeleng geleng kepala.Masak benar dengan perangai mereka bertiga.

“Xuna,dah dah lah drama berpelukan kau ni.Jomlah balik,nanti papa kau bisinglah.” Syahida atau lebih dikenali sebagai Ida,seorang lagi gadis berpakaian gothic mula membuka mulut apabila anak majikannya kelihatan tidak ingin berlalu pulang.Susah betul hendak menguruskan cik mudanya yang seorang ini.

Belum sempat Xuna membalas kata-kata Ida,sebuah kereta Toyota Alphard tiba-tiba saja meluncur laju dan berhenti di kawasan mereka berdiri.Tiga orang lelaki berpakaian serba hitam dengan topeng hitam keluar daripada kenderaan itu bersama sebilah pisau di tangan masing—masing.Mereka menghunuskan pisau itu kepada rakan-rakan Ixuna sebelum dengan paksa mengheret Ixuna masuk ke dalam kereta itu.Kelihatan tiga lagi lelaki lain yang berpakaian sama turut menanti kehadiran Ixuna dalam kenderaan itu.

“Kak Ida,Kak Xuna kena culik.Apa yang kita patut buat ni?!!!” Siti Solehanom,salah seorang daripada sahabat Elya dan Reny menjerit ketakutan apabila melihat kereta Toyota Alphard tadi sudah berlalu pergi.

“1 saat” Ida tidak menjawab pertanyaan pelajar Tingkatan 5 itu namun dia melihat jam tangannya dan mula mengira.Sahabat-sahabat Reny dan Elya yang lain mula cuak dan ketakutan.Wajah mereka kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Kahwin 6 bulan jer!?Where stories live. Discover now