Bab 23

2.8K 61 18
                                    

Sepanjang perjalanan pulang ke Teratak Kasih Ixuna menadah telinga mendengar ceramah percuma daripada Eric.Mujurlah Ariel membawa kereta sendiri,jadi Elya,Reny,Jannah dan Yahya pulang dengan keretanya.Eric buat perangai dengan mengheret Ixuna pulang awal ke rumah.Dia memang panas hati dengan perangai Ixuna yang langsung tidak kelihatan seperti seorang isteri.

“Jangan setakat pakai tudung tapi perangai tak tahu nak jaga!” Eric meledakkan kemarahan yang tidak berhabisan sebaik Ixuna menapak masuk ke dalam Teratak Kasih.

“Oh,kalau macam tu saya tak perlu pakai tudung dan saya tak perlu jaga perangai saya.”

“Susah betul nak cakap dengan perempuan blur macam awak ni.Nak kata tak pandai,awak pandai sangat sampai nenek saya sukakan awak.Tapi perangai dan sikap awak macam orang tak bertamadun.Macam orang takde agama!” Tempik Eric lagi.Ixuna melabuhkan punggung di atas sofa dan memerhatikan Eric yang berjalan ke hulu dan ke hilir dihadapannya.Sudah hilang gelaran sayang dan abang daripada bibir pemuda itu.

“Saya bukan pandai sangat pun.Saya kurang ilmu agama.” Ixuna jawab pendek.Sedikit sebanyak kata-kata Eric menyentap tangkai hatinya.Tidak menyangka yang perbuatannya menyanyi di majlis kahwin tadi mendatangkan kemarahan Eric.Jawapan Ixuna menyebabkan Eric terdiam lama.Dia beristighfar dalam hati dan cuba menenangkan diri.Beberapa ketika dia duduk di sisi Ixuna dan menghela nafas panjang.

“Sayang,seorang perempuan tak elok menyanyi atau menari di hadapan orang ramai.Takde adab dan  berdosa sayang.Mendedah aurat itu berdosa,suara pun adalah aurat kepada wanita.Tak baik terlalak-lalak di hadapan orang ramai.Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 32. ‘Maka janganlah kamu wahai wanita, melembutkan suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik kandungan dan tatacaranya’” Nasihat Eric dengan suara kecewa.Ixuna diam tidak berkutik mendengar bicara suaminya itu.

………………..

“Akak okey?” Elya bertanya apabila melihat Ixuna tidak banyak mulut malam itu.

“Okey je.” Ixuna jawab ringkas sebelum memaut bahu Elya.Tangan kirinya menjimbit bungkusan sate untuk dibawa pulang ke rumah.

Mereka bertiga baru pulang daripada warung Mak Limah yang terletak agak jauh daripada Teratak Kasih.Elya teringin makan sate yang dijual daripada warung itu. Ixuna tidak berfikir panjang.Dia terus mengheret Elya dan Reny berjalan kaki menuju ke warung itu.Ixuna malas memandu kereta kerana ingin mengambil udara malam.Eric dan Ariel pula lewat pulang daripada masjid kerana mendengar tazkirah selepas Solat Isyak bersama Yahya.Jannah di rumah tidak sempat menghalang tindak tanduk cucu dan cucu menantunya.Ixuna bukan seorang gadis yang mendengar kata!

“Abang Eric tu sayang dekat akak.Sebab tulah dia marah bila akak menyanyi depan orang ramai tadi.” Reny yang tadi berdiam diri mula berbicara.

“Mana Reny tahu yang Abang Eric sayangkan akak?” Soal Ixuna pelik

“Abang Ariel cakap.Abang Eric bukan jenis pemuda yang ambil kisah akan hal orang yang dia tak sayang walaupun ada pertalian darah.Mengenangkan akak adalah isteri kesayangan abang Eric,barulah abang Eric bengang dengan akak.” Jawapan Reny membuatkan dahi Ixuna berkerut.Dia isteri kesayangan Eric? Macam tidak percaya saja?! Tapi reaksi Eric siang tadi benar-benar mengejutkan Ixuna.Suaminya itu marah sangat apabila nyanyiannya menjadi tontonan ramai.

“Abang Eric bukan setakat marah tapi dia cemburu sebab ramai lelaki usha akak.Yalah,akak kan cantik dan comel sangat.Sebab tulah abang Eric takut akak digoda lelaki lain.” Tambah Elya dan Ixuna sekadar memerhatikan langit.Langit terang dengan sinaran bulan dan ribuan bintang bergemerlapan.

Jam tangan menunjukkan pukul sepuluh malam.Suasana sangat tenang dan mendamaikan hati.Ixuna menarik nafas panjang dan menghembusnya berkali-kali.Sangat suka udara segar kampung! Langsung tidak terlintas kata-kata Elya dalam benak fikiran Ixuna.Eric cemburu terhadap lelaki lain yang ingin mendekatinya? Lelaki itu tidak perlu dan tidak patut cemburu kerana daripada awal hati Ixuna memang bukan milik Eric.Apabila berada dalam hening malam,fikiran Ixuna menerawang mengingati Alex.Entah apalah khabar buah hatinya itu.Berapa lama janjinya terhadap Alex boleh bertahan jika sikap ambil berat Eric mula mempengaruhi diri.

Kahwin 6 bulan jer!?Where stories live. Discover now