Bab 6

1.8K 54 0
                                    

Ixuna mengelilingi sehelai tuksedo bewarna putih yang baru saja selesai direka oleh ayahnya.Tuksedo itu terletak betul-betul di tengah butik Crimson Butterfly dan berada dalam kaca lutsinar.Setelah puas meneliti pakaian lelaki itu,dia mencatatkan sesuatu di dalam Samsung Galaxy Notenya.Kemudian dia berlegar legar pula di sekeliling butik itu dan mengira stok seperti arahan papanya sebentar tadi.

“Xuna,papa nak keluar sekejap.Ada customer nak jumpa papa dekat restoran berdekatan sini.Kamu jaga butik ini ya Xuna?”

“Okey papa.”

“Em,lagi satu kalau ada mana mana customer datang butik ini untuk beli pakaian kita.Tolong layan dengan baik ya sayang.Ikut saja permintaan mereka.Customer sekarang ni memang banyak yang demand dan agak mengada ngada,jadi kamu kenalah bersabar untuk melayan kerenah mereka untuk memastikan kita dapat keuntungan.Boleh Xuna?”

“Boleh papa.”

Ixuna sempat menyalam tangan papanya dan mengiringi papanya itu keluar daripada butik .Dalam masa tiga tahun berada di Malaysia,begitulah rutin harian Ixuna.Kadang-kadang dia akan membantu papanya di Crimson Butterfly Boutique.Kadang-kadang dia menjadi tenaga kerja di Rene Scent Corporation pula.Semua itu dilakukan untuk memuaskan hati kedua orang tuanya.Walaupun begitu,Ixuna tidak pernah merungut.Malahan dia sukakan rutin hariannya yang sentiasa bertukar setiap hari.

“Xuna,cuba tengok ni.Okey tak?” Suara Shahida,kawan baik Ixuna merangkap anak pembantu rumah Vila Cahaya menganggu Ixuna daripada terus mengira stok.Dia berpaling ke belakang dan tercengang seketika.Di hadapannya berdiri seorang gadis sebayanya yang lengkap mengenakan uniform sekolah ala-ala gadis jepun.Bermini skirt berpetak-petak dengan kot tight bewarna hitam.Rambut gadis itu lurus paras bahu dan warna kulitnya yang kuning langsat kelihatan padan sekali dengan uniform itu.

“Comelnya!” Belum sempat Ida menarik nafas,Ixuna sudah memeluk tubuhnya dengan wajah teruja.Cik mudanya itu menggesel geselkan pipi pada pipinya pula.Rimas pula rasanya bila dilakukan sebegitu.Namun,Ida tidak boleh kata apa.Cik mudanya itu memang suka memeluk orang dan meleset-leset pada orang yang disukainya seperti kucing parsi.

“Xuna,dahlah.Panaslah,peluk-peluk macam ni.” Sedikit lembut Ida menolak tubuh Ixuna daripada berterusan memeluknya.Anak majikannya itu mencebik bibir kecil dan kemudian membelek penuh perhatian uniform yang dipakainya.Nasib baiklah dia perempuan,jika dia lelaki..sudah tentu dia sudah lama jatuh hati pada gadis seperti Ixuna.Dahlah pandai,kuat,baik hati,sangat menghormati orang tua dan gaya penariknya yang paling utama ialah kecomelan yang tiada tolok bandingnya.Walaupun sudah berumur 25 tahun,wajah Ixuna seperti wajah gadis belasan tahun saja.Babyface!

Dengan tona warna kulit yang putih gebu,bibir kecil seksi yang merah merekah juga mata yang bulat bersinar membuatkan Ixuna sering menjadi tumpuan ramai lelaki.Bukan Ida tidak tahu,ramai daripada pelanggan Crimson Butterfly Boutique sanggup membeli banyak pakaian setiap kali Ixuna yang menjaga butik tersebut.Tapi..perkara yang paling malang bagi mereka semua,Ixuna yang selalu blur itu tidak pernah pula menunjukkan minat pada mana-mana lelaki yang cuba menghampirinya.Setia sangat cintanya pada tunang yang telah menghilang entah ke mana.

Kadang kala Ida terfikir juga,bertapa bodohnya Alex Emrys,tunang Ixuna yang tidak dikenalinya itu kerana sanggup meninggalkan gadis seperti Ixuna.Jika dia yang menjadi tunang Ixuna,tidak akan sesekali dia mengabaikan gadis itu.Ixuna umpama berlian daripada lautan kaca.Berlian yang sukar dicari dan ditemui.Selama tiga tahun bersama gadis itu,tiada satu pun sikap Ixuna yang dibencinya.Jika ada perkataan manusia sempurna dalam dunia ini,pastilah Ixuna adalah orang pertama yang dia akan berikan gelaran itu.Namun,dia tahu dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna.Bukan Ixuna dan bukan sesiapa pun…

“Ini stok pakaian cosplay yang papa design empat bulan lepas ke?” pertanyaan Ixuna mematikan lamunan Shahida.Segera saja dia mengangguk angguk kecil.

“A’ ah,ada kat dalam stor.Banyak jenis cosplay.Xuna cuba nak tak?” Ida tersenyum lebar sebelum menarik tangan Ixuna menuju ke stor tanpa gadis itu sempat memberikan persetujuan.Uniform yang dipakainya adalah salah satu daripada pakaian cosplay yang direka khas oleh Insan Nur Kamil atas tempahan pelajar-pelajar kolej yang berkehendak baju bertema sedemikian bagi menghadiri annual dinner tempat mereka belajar.

……………..

“Wah,comelnya Xuna..” Itulah sebaris ungkapan serentak yang keluar daripada bibir empat pasang mata pekerja Butik Crimson Butterfly yang melihat Ixuna dalam pakaian cosplay.Ida pula tersenyum lebar dan mengangguk-angguk mengiyakan pujian itu.

“Ha,ha,ha.Comel ke? Macam gadis daripada planet Marikh je?” Ixuna tergelak besar sambil melihat tubuhnya yang lengkap dibaluti pakaian Cosplay Sailormoon.Ida siap memaksanya memakai rambut palsu warna kuning lagi.Katanya teringin sangat untuk melihat Ixuna lengkap dalam Cosplay watak utama anime jepun yang menjadi kegilaan sewaktu dia kecil dahulu.

“Bukan planet Marikhlah Xuna.Usagi kan puteri bulan.” Sela Naseha,salah seorang pekerja butik itu dengan bersungguh.Dia tidak lekang daripada memandang anak majikannya yang sangat comel itu.Orang kalau dah cantik atau comel,pakai pakaian yang pelik-pelik pun tetap dapat menarik perhatian ramai.

“Oooh puteri bulan.”

“Xuna,jom kita buat mimic?” Ida tiba-tiba mengutarakan idea.

“Okey,kau buat dulu.Lepas tu aku ikut.” Sudah namanya Ixuna,sentiasa bersetuju dengan pendapat semua orang.Ida tersengih-sengih di hadapan Ixuna dan empat pekerja butik yang lain sebelum memulakan mimic nya.Dia mengajuk aksi Geum Jan Di dalam drama Korea Boys Over Flower.Seperti biasa juga Ixuna memeluk tubuh gadis itu sebaik saja dia tamat membuat mimic.

“Cepat Xuna,giliran kau sekarang ni.Kita orang tak sabar nak tengok.” Fatin merakam setiap inci babak tidak berfaedah itu dengan handphonenya.Ixuna masih terkebil-kebil memandang wajah wajah di hadapannya.Mentang-mentanglah papanya tiada dan pelanggan juga masih belum mengunjungi butik mereka,jadi bolehlah mereka semua bersuka ria.

“Takde muzik lah..tak best.” Ixuna menggumam kecil sambil menggaru garu kepalanya yang ditutup rambut palsu bewarna kuning itu.

“Jangan bimbang Xuna.Aku ada muzik sailormoon.”Bersungguh-sungguh Ayu menyampuk sambil mengeluarkan handphonenya pula.Bukan Ixuna tidak tahu yang Ayu seorang gadis yang sangat menggilai kartun jepun.Kebanyakkan daripada lagu jepun pun sudah dihafalnya dengan baik.

“Cepatlah Xuna,nanti kalau Encik Insan balik,melepas lah kita orang nak tengok kau mimic sailormoon.Sekarang ni pun customer takde lagi.” Gesa Zaty pula.Hubungan antara pekerja butik itu dengan Ixuna memang agak rapat.Sikap Ixuna yang tidak membangga diri dan mudah berkawan menyebabkan dirinya disenangi ramai.

“Yalah.Cepat Ayu turn on the music.” Ixuna menggapai aksesori yang berupa tongkat plastik yang hujungnya berbentuk hati sebelum menapak beberapa kaki di hadapan rakan-rakannya.Apabila muzik sailormoon dimulakan,Ixuna mula mengambil posisi.

“Penjahat seperti kau harus dihapuskan daripada muka bumi ini!” dengan gaya bercekak pinggang Ixuna memulakan imitasi watak Usagai Tsukino,dalam kartun Sailormoon.Ida dan yang lain memandang dengan penuh minat.

“Daripada kau membuat kejahatan dan menganggu orang-orang.!” Sambung Xuna lagi.

“Aku gadis cantik,yang memperjuangkan keadilan!” Ixuna sudah mengangkat tangan kirinya tinggi ke atas.

“Sailormoon!!!” Dia betul betul mengikut gaya Sailormoon ingin berhadapan dengan musuhnya.Semua mata yang berada dalam butik Crimson Butterfly tidak berkelip-kelip memandangnya.

“Dengan kekuatan bulan,aku akan menghukummu!!!”

Ixuna terkejut kecil apabila terdengar bunyi tepukan yang agak kuat datang daripada arah pintu.Sangkanya rakan-rakannya yang bertepuk tangan.Malangnya,kelihatan dua jejaka tampan sedang ralit merenung setiap aksinya.Entah sejak bila dua pemuda itu memasuki butik tersebut,dia sendiri tidak tahu.

Kahwin 6 bulan jer!?Where stories live. Discover now