Bab 11

1.5K 37 0
                                    

“Macammana ni Reny?.Ada satu jam tiga puluh minit lagi sebelum pukul satu tengahhari.Abang memang sengaja nak kenakan kakak.”

Elya berbisik geram ke arah Reny dengan muka yang membersut menahan marah.Dia sempat mengerling sekilas ke arah Ixuna yang sedang membelek bahan-bahan masakan dalam peti sejuk yang berada di dapur Vila Oracle.

Daripada gayanya memang kakak mereka itu tidak pandai memasak.Lagipun Ixuna tidak pernah menipu tentang kebolehan atau kekurangannya.Jika dia kata dia pandai,dia boleh buat atau dia tahu tentang sesuatu perkara itu maka benarlah apa yang diungkapkannya itu.Begitu juga jika sebaliknya.

Nampaknya,Ixuna memang langsung tidak ambil kisah akan arahan Eric.Dia dan Reny pula yang pening memikirkan apa yang patut dilakukan mereka berdua untuk memastikan Ixuna diterima sebagai isteri Eric.

Pada mulanya,Reny merancang untuk menggunakan khidmat chef sedia ada yang bertugas menyediakan makanan di vila mereka untuk melaksanakan tugas yang diberikan Eric.Malangnya,seperti yang sudah diagak,semua chef yang bertugas di Vila Oracle telah mengambil cuti satu hari atas arahan Eric.Semua pembantu rumah juga dilarang menjejakkan kaki ke dapur jika tidak mahu kehilangan kerja.Eric dan Ariel benar benar melampau!.

“Sekaranglah masanya…” Tiba-tiba saja Reny bersuara.

“Masa untuk apa?”

“Masa untuk kita buktikan kemahiran memasak yang telah kita pelajari secara rahsia selama ini.” Reny cepat menjawab pertanyaan Elya dengan senyuman penuh makna.Elya yang berdiri disisinya memahami senyuman itu dan mereka sama-sama tersenyum lebar.

“Bijaklah kau Reny.Takpelah kalau akak Ixuna tak pandai masak.Asalkan kita dapat memenuhi permintaan abang Eric,akak dah kira berjaya dalam tugasannya.Mari kita mulakan!.”

Bersemangat sekali kedua gadis itu.Ixuna memerhati dari satu sudut.Terkebil kebil dia melihat dua gadis genit itu memulakan masakan.Gaya mereka seperti orang sudah biasa memasak.Nampaknya,kedua sahabat kecilnya itu betul betul berharap yang Eric dapat menerimanya sebagai isteri.

Dia memang malas hendak ambil pusing akan semua permintaan bodoh Eric itu.Ixuna bertenggek di atas kabinet dapur dan menggigit sebiji epal merah yang didapatinya daripada peti sejuk.

Sebelum lima minit mencecah pukul 1.30 tengahhari sepuluh jenis masakan yang dimasak oleh Elya dan Reny terhidang di atas meja.Ixuna membantu dua sahabat kecilnya menghidangkan semua masakan itu dengan wajah tidak bersalah.

Eric dan Ariel mendengus kecil apabila melihat tanda yang Ixuna berjaya memenuhi permintaan mereka.Tidak tahu yang mereka telah dibohongi.Setelah semua makanan dihidang dua pemuda itu segera duduk di meja makan.

Kelihatan sepuluh jenis masakan aneka ragam di hadapan mereka.Ada seafood lasagne,chicken lasagne,beef lasagna,sphageti bolognaise,sphageti carbonara,udang goreng tepung,sotong goreng tepung,nasi goreng,sup sayuran dan sup ayam.Eric dan Ariel berpandangan sama sendiri apabila melihat makanan itu sebelum tergelak kecil.

“Ini kau kata sepuluh jenis masakan? Hei,apa beza sphageti bolognaise dengan sphageti carbonara ni? Kau dah tak pandai masak masakan melayu ke?”

Eric menyindir secukup rasa sambil duduk berpeluk tubuh,bersandar di kerusi makan.Dia menunjukkan wajah tidak puas hati.Seolah-olah semua makanan itu adalah menjijikkan.Daripada pemandangan matanya,makanan di atas meja itu lebih kurang sama dan bercitarasa barat.Lebih baik Ixuna memasak sepuluh jenis sphageti untuk dia makan.

“Kau ni bodoh ke apa? Beza sphageti bolognaise dengan sphageti carbonara pun tak tahu ke? Bolognaise warna merah,carbonara warna putih.Dahlah bodoh,buta pulak tu.”

Kahwin 6 bulan jer!?Where stories live. Discover now