Bab 7

1.6K 54 0
                                    

Ixuna terkejut kecil apabila terdengar bunyi tepukan yang agak kuat datang daripada arah pintu.Sangkanya rakan-rakannya yang bertepuk tangan.Malangnya,kelihatan dua jejaka tampan sedang ralit merenung setiap aksinya.Entah sejak bila dua pemuda itu memasuki butik tersebut,dia sendiri tidak tahu.

“Dengan kekuatan bulan aku akan menghukummu.Hiargh!Hiargh!” Ariel mengajuk kembali aksi Ixuna sambil berpusing-pusing seperti menari pula.Semua pekerja yang terdapat di butik Crimsom Butterfly kecuali Ixuna sudah tergelak besar melihat telatah lelaki itu.

Mata Eric tertumpu pada empunya wajah yang mengenakan rambut palsu bewarna kuning yang bertocang dua persis Sailormoon itu.Beberapa ketika dia memandang wajah comel yang kerap muncul dalam mimpinya itu.Dia merasakan dia sedang bermimpi,namun mimpinya mati begitu sahaja apabila Ixuna sudah menapak mendekatinya dan Ariel mencengkam kuat lengannya dan sepupunya itu bersembunyi di belakangnya.

“Alamak,budak kuku rimau nilah Eric!Jom blah!Jom blah!.Aku tak nak jadi mangsa dia!” agak kuat juga Ariel berbisik di telinga Eric sebelum dia bergesa menarik tangan sepupunya itu agar keluar daripada butik tersbut.Pada mulanya,dia menyangka gadis yang membuat imitasi Sailormoon itu adalah salah seorang daripa perkerja Crimson Butterfly Boutique yang dikenalinya.Namun,sangkaannya meleset sama sekali apabila dia dapat mengecam wajah comel yang semakin mendekati tempat mereka berdua berdiri itu.Entah apa ke malang nasib mereka berjumpa dengan gadis itu.

“Selamat datang Tuan Muda Eric,Tuan Muda Ariel.” Langkah Ixuna mati tatkala Naseha menyapa dua pemuda itu.Dia menggaru garu kepalanya seketika.Ingatkan dia sedang bermimpi tadi.Mimpi yang menjelmakan bayang dua manusia yang dibencinya itu.Ringan saja tadinya dia ingin menghapuskan bayang mimpi kedua pemuda itu.Namun sekarang,dia sedar,dia bukan bermimpi! Memang Eric dan Ariel yang sebenar berada di hadapan matanya.

“Tuan Muda berdua nak cari pakaian untuk apa pulak kali ini?” giliran Ayu menyapa ramah.Semua pekerja Butik Crimson Butterfly mengenali Eric dan Ariel sebagai pelanggan tetap butik mereka.

“Kalau saya nak baju macam dia ni,boleh tak?” jari telunjuk Ariel tepat menghala ke tubuh Ixuna yang masih lengkap dengan cosplay Sailormoonnya.

“Boleh,kenapa pulak tak boleh.Saya tolong awak pakaikan baju ni sekali ya.” dengan selamba Ixuna cuba menarik tangan Ariel yang masih berada di belakang Eric agar menuju ke fitting room.Eric terkebil-kebil melihat wajah Ariel yang sudah pucat membiru.Hish,dia ni..tak pandai nak jaga mulut betul!.

“Eric,tolong!Tolong!.Aku tak nak perempuan ni tanggal baju aku!.Aku gurau jelah!.” Jelas sekali nada cuak dalam bicara Ariel apabila Ixuna sudah mengheret tangannya dengan agak kuat sambil menuju ke bilik persalinan.

“Stop it Vifeinia Ixuna!.Tolong jaga sikit kelakuan awak dengan lelaki!.” Serentak dengan tarikan Eric terhadap tangan Ariel,semua mata tertumpu ke arahnya.Pegangan Ixuna terhadap tangan Ariel terlepas begitu saja.Ariel kembali bersembunyi di belakang sepupunya.Intonasi tinggi yang keluar daripada bibir sepupunya itu memang menarik perhatian semua mata yang terdapat dalam butik itu.

Eric mendengus kecil.Mengapa pula dia boleh mengungkap ayat sedemikian rupa? Boleh pula nama penuh gadis itu terpacul keluar daripada bibirnya.Gila betul! Entah apalah pula yang akan difikirkan gadis comel dihadapannya itu nanti.Tapi…dia memang sakit mata melihat Ixuna sesuka hati menarik tangan Ariel.Sudahlah gadis itu mengenakan pakaian yang tak cukup kain!.

“Er..Tuan Muda.Sebenarnya..”

“Awak ni salah orang agaknya.Saya bukan Vifenia Ixuna.Saya ialah Usagi Tsukino,Sailormoon!!! Penegak keadilan di bumi ini!!!Menghapuskan semua kejahatan dengan kuasa bulan!!! Hiargh!Hiargh!”

Bagai mahu terjatuh semua rahang yang melihat aksi selamba badak Ixuna yang sekali lagi melakonkan watak Sailormoonnya.Siap tidak mengaku diri sebenarnya lagi.Semua orang tengah serius,dia boleh buat lawak bodoh pula.Eric dan Ariel sendiri melopong tanpa mereka sedari apabila melihat telatah gadis comel dihadapan mereka itu.Waras ke tidak gadis itu?.

Kahwin 6 bulan jer!?Where stories live. Discover now