Bab 17

1.9K 43 0
                                    

Rihanna tersengih sendirian apabila melihat leher Eric yang kemerahan apabila turun ke dapur pagi itu.Ixuna terus menonong ke meja makan meninggalkan suaminya.Nampaknya tidak salah Rihanna menjodohkan Eric dengan Ixuna.Walaupun secara paksa hubungan perkahwinan cucunya itu kelihatan telah menapak ke arah yang lebih baik.

Dia gembira dengan kejujuran Ixuna.Masih dia ingat bagaimana Ixuna memohon maaf darinya dengan bersungguh hati kerana telah memfitnah Eric cuba memperkosanya kali lepas.Setelah meceritakan perihal sebenar yang berlaku,Rihanna tidak menyebelah mana-mana pihak. Eric tetap bersalah kerana cuba menyentuh Ixuna walaupun secara gurauan pada mulanya.Tidak tentu pasal penamparnya mendarat pada wajah cucu kesayangannya itu.

"Wei,kau dah buat projek buat anak ke dengan Xuna semalam? Kata kahwin enam bulan je?" Pertanyaan Ariel menyebabkan Eric yang sedang meneguk jus oren tersedak besar.Mujurlah ketika itu tiada sesiapa yang berdekatan dengan mereka.

"Tengkorak kau.Dengan perempuan tunggul kayu tu macammana aku nak buat anak." Eric bersuara perlahan.Bimbang didengari nenek.Sebenarnya dia telah menceritakan semua perihal perkahwinannya kepada Ariel mengenangkan dia telah menganggap pemuda itu sebagai adik kandungnya sendiri.Ariel seorang yang sangat boleh dipercayai jika dalam bab menyimpan rahsia.

"Habis tu yang leher kau penuh love bite apahal pulak?"

Ariel bertanya penuh curiga.Semalaman dia berfikir tentang hubungan perkahwinan yang terjadi antara Eric dan Ixuna.Akankah bahagia sepupunya itu apabila berkahwin dengan gadis yang memandai meletakkan amaran tidak masuk dek akal sebelum kahwin.Melihat leher Eric yang kemerahan sebaik keluar daripada bilik tidur membuatkan Ariel beranggapan yang sepupunya itu sudah berjaya menawan Ixuna.Nampaknya dia tersalah sangka.

"Bukan love bite lah sengal.Semalam Ixuna rosakkan pengawal air cond bilik aku.Jadi,aku kenalah tidur dalam panas.Kau bukan tak tahu yang kulit aku ni sensitif bila berpeluh."

Eric menjawab jujur.Semalam tidurnya langsung tidak nyenyak.Badannya berpeluh dan terasa gatal.Hendak membuka baju rasa segan dengan Ixuna.Isterinya molek saja tidur dengan baju yang seksi ya amat.Malam pertama yang sepatutnya menjadi malam indah buat dirinya menjadi malam yang penuh ketidakselesaan.Bangun solat subuh, Eric terus mandi dan dia tidak tidur lagi.Hari ini dia harus memanggil penyelenggara untuk memperbaiki air cond biliknya.

"Lawak gilalah malam pertama kau dengan alien tu.Kau boleh tahan iman pulak ek tidur sebilik dengan si comel tu?" Ariel bertanya seraya menjeling ke arah Ixuna yang sedang rancak berbual di meja makan dengan nenek,Elya,Reny, serta mama dan papanya.

"Aku boleh tahan sebab tak nak patah tulang.Bukan boleh diikut sangat kepala gila dia tu.Habis semua benda dia libas." Eric selamba mengutuk isteri sendiri.

"Eric,Ariel jomlah sarapan.Yang kamu berdua berbisik-bisik dekat peti sejuk tu kenapa?" Teguran Dato' Kahar dari meja makan menyebabkan kedua pemuda itu menapak ke meja makan. Eric duduk disisi Ixuna dan Ariel duduk bertentangan.

"Abang nak makan apa? Nasi goreng ke mee goreng? Sayang tolong cedokkan?"

Pertanyaan lembut Ixuna menyebabkan sekali lagi Eric tersedak jus yang diminumnya.Mata Ariel membulat memandang Ixuna dan yang lainnya menayang sengih.Tidak pelik dengan kemesraan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

"Er..apa-apa jelah." Eric tiba-tiba jadi gagap.

Apa pulak permainan Ixuna kali ini? Hendak berlakon baikkah dihadapan keluarganya? Akhirnya dia hanya mendiamkan diri melihat Ixuna mencedokkan mee goreng ke dalam pinggannya.Hati dia berdebar bagai nak gila apabila Ixuna mengiring ke kiri dan menatap wajahnya lama.

"Err,kenapa sayang pandang abang macam tu? Makanlah.." Eric bertambah gugup apabila melihat senyuman wajah setiap ahli keluarganya.

"Em sayang nak tengok abang makan dulu.Lepas tu baru sayang makan." Ixuna bersuara manja dan jiwa Eric terasa melayang-layang.Dengan perlahan dia menyudu masuk makanan ke dalam mulut.Setelah itu barulah Ixuna memulakan sarapannya.

Kahwin 6 bulan jer!?Where stories live. Discover now