Bab 20

1.8K 47 0
                                    

Petang itu Eric dan Ariel mengaduh sakit

badan.Mereka berdua terbaring lesu di atas

lantai ruang tamu Teratak Kasih.

“Inilah jadinya bila seseorang sudah lama sangat tidak melakukan aktiviti berkebun.Asyik

terperap dalam pejabat je sebab tu badan sakit-sakit.Mengalahkan atuk yang dah tua je kamu

berdua ni.” Yahya membebel sambil tangannya lincah mengurut badan Ariel.

Pulang dari kebun tengahhari tadi,Ariel dan Eric merungut badan lenguh dan sakit.Jadi,dia

yang mempunyai kebolehan mengurut membantu mengurut badan Ariel.Sementara Ixuna

berbaik hati ingin belajar darinya cara mengurut untuk mengurut badan Eric.

“Auch! Sakitlah sayang!” Eric terjerit apabila merasakan tangan Ixuna menekan kuat tulang

belakangnya.Ada juga patah tulang belakangnya akibat diurut gadis comel itu.

“Alahai kamu ini Eric,lembik sangat.Kalau tangan kecil Ixuna yang mengurut tu pun kamu

dah terjerit,belum lagi atuk kamu yang urut.Pengsan kamu agaknya.” Jannah yang baru

keluar daripada bilik selepas bersolat menegur cucunya itu.

Eric mendongkol geram mendengar bicara neneknya itu.Neneknya bukan tahu yang kekuatan

Ixuna boleh mengalahkan kekuatan beberapa orang lelaki.

“Abang,Jannah nak buat kuih dengan Elya dan Reny dekat dapur.Kalau ada apa-apa

panggillah ya.” Jannah memberitahu Yahya dan Ixuna terkebil-kebil memandangnya.

“Xuna nak tolong nek.” Ixuna ingin meninggalkan Eric yang meniarap tidak berbaju di atas

lantai.Ariel pula hanya bersinglet.Segan untuk tidak memakai baju di hadapannya.

“Tak perlu Xuna.Xuna urut Eric sampai dia rasa okey ya sayang?” Jannah menjawab dengan

“Okey nenek.” Jawapan Ixuna menyebabkan Eric melopong.

Nampaknya hari ini badan dia akan patah dua.Ixuna kembali duduk disisinya dan tangan

kecil itu menggosok-gosok lembut belakangnya.Elak pandangan Yahya saja,pasti Ixuna

mencubit dan menekan kuat belakangnya.Apabila dia terjerit kesakitan,Yahya akan kata

dia lembik dan tidak tahan sakit.Ixuna tersenyum geli hati.Sabar jelah Eric dengan kerenah

“Em,dahlah Ariel.Penat atuk urut kamu.Pergi baring dalam bilik.”

Yahya menepuk lembut belakang Ariel yang sudah dianggap seperti cucunya sendiri

sebelum berlalu ke dapur.Ariel kelihatan sedikit sukar untuk berdiri setelah dia berurut.Dia

turut meninggalkan ruang tamu dan masuk ke biliknya dengan wajah berkerut menahan

“Sayang jagalah malam ni abang balas balik apa yang sayang dah buat dekat badan abang.”

Eric membuka mulut dengan suara bernada jahat.

“Awak nak buat apa dekat saya?” Ixuna berhenti daripada mengurut badan Eric.

“Abang akan buka baju sayang lepas tu abang nak urut badan sayang sampai lebam.” Eric

mengukir senyuman penuh makna.Fikirannya mula menggambarkan sesuatu.

Kahwin 6 bulan jer!?Where stories live. Discover now